"Aku nikahkan dikau dengan Nur Aera Ikma binyi Azli dengan mas kahwin sebanyak RM550"
"Aku terima nikahnya Nur Aera Ikma binti Azli dengan mas kahwin sebanyak RM550"
"Sah?"
"Sah!"
Aku menitiskan air mataku buat entah ke berapa kali. Semua ini bagaikan mimpi buatku. Aku tak sanggup. Kau kena kuat Aera! Kau jangan nampak lemah dekat depan dia. Ya kau mesti kuat!
Daniel bergerak ke arahku untuk sesi penyarungan cincin. Tangannya aku ambil untuk salam. Dia hanya menyuakan tangannya bagai nak tak nak saja malah semasa aku tunduk untuk salamnya dia sempat berbisik.
"Fine. Kau nak sangatkan kahwin dengan aku? Lepasni aku akan pastikan hidup kau akan sengsara. Kau ingat lepas kau kahwin dengan aku, kau akan jadi permasuri? No lah pompuan. Kau tak akan bahagia! Never!"
Ayat yang bisa itu aku hanya endahkan
"Fuh sweetnya pengantin! Salam salam apa yang lama sangat tu?" Segelintir tetamu berkata sedemikian.
Danial hanya tersenyum ramah.
Bijak dia berlakon. Diorang tak tau apa yang aku rasa. Aku pantas seka air mataku yang terus terusan mengalir.
Hari ini bermulalah penderitaan aku sebagai isteri kepada Tengku Daniel Izani. Penderitaan aku tak berakhir kat situ. Selalu orang semua asyik dok tengok kat tv kisah mak mentua ngan menatu. Aku tak sangka benda ni jadi kat aku sendiri. Aku dah la sebatang kara kat dunia ni nasib baik ayah Dani baik dengan aku. Masa hari kitorang kahwin aku jumpa dia. Dia hanya kata pasal takdir.
Lain pulak mak mentua aka sekarang ni yang benci pulak sangat kat aku. Dia tak habis habis dengan keturunan. Actually, dia nak Dani kahwin dengan keturunan yang ada tengku je.
Lepas kitorang kahwin tetiba ada satu minah datang menangis nangis depan Dani macam budak kecik. Ikutkan hati aku nak lempang je muka dia yang macam pontianak tu. Entah berapa banyak perempuan simpanan yang dia ada aku pun tak tau. Yang aku tau semuanya jenis tak cukup kain.
"Dani!!! How could you did this to me? Macam mana you boleh kahwin dengan perempuan ni? Mesti dia perangkap you kan? Baik you bagitau I!"
Berdesing telinga aku mendengarnya. Dah la datang majlis orang buat kacau pulak.
"Eh perempuan, kau memang tak malu ke? Kau tau tak yang Dani tu milik aku? Ouh aku lupa pulak dah ramai perempuan yang aku kenal macam spesies kau ni bukan baik sangat."
Dahtu kau nak kata diri kau baik sangat? Dengan baju dedah sana sini. What the
Aku merasakan kepalaku ditarik seseorang. Habis rambut aku hancur! Main ganas nampak!
Dani aku lihat hanya buat tidak endah, malah menyaksikan sesi tarik menarik itu. Mungkin dia seronok melihat aku begitu. Dia berhak untuk buat apa yang dia suka. So what.
YOU ARE READING
Andai Ada BAHAGIA Buatku
RomanceAku, Nur Aera Ikma terpaksa berkahwin dengan Tengku Daniel Izani tanpa kerelaan aku sendiri disebabkan satu tragedi yang aku sendiri pun tak tahu. ' Fine. Kau nak sangatkan kahwin dengan aku? Lepas ni aku akan pastikan yang hidup kau akan sengsar...