"Nak beli apa ye hari ni? Barang mentah semua bukannya ada pun dekat rumah." Tanya aku kepada diriku sendiri.
Hatiku berasa sedih tiba tiba memikirkan nasibku. Harini sudah genap seminggu aku dan Daniel berpindah ke rumahnya. Dan sepanjang itulah aku dilayan tidak ubah seperti kuli bataknya.
Wang nafkah juga tidak pernah diberikan kepadaku. Aku tidak pernah ambil kisah semua itu. Bukankah seorang isteri itu harus taat akan perintah suaminya?
Bukankah tanggujawab isteri untuk meyediakan keperluan suaminya itu? Ya memang betul. Tapi kalau itu semua yang patut aku buat habis dia itu sebagai suami tidak perlu berbuat apa apa?
Bawak perempuan sana sini. Tapi Alhamdulillah setakat ini aku tidak pernah melihat lagi dia melakukan perkara yang tidak senonoh.
Isteri mana yang tidak luluh hatinya? Aku sentiasa berdoa agar Dani akan berubah ke arah kebaikan. Amin.
Hari ini hari minggu, jadi aku berkesempatan untuk membeli barang dapur di Tesco.
Sejak seminggu yang lalu, Daniel tidak pernah makan dirumah. Jadi buat apa aku ingin membazirkan wang untuk masak jika akhirnya akan berada di tong sampah juga.
Tapi kali ini berbeza. Aku sudah mengatur strategi. Bak orang kata 'Misi Memikat Suami' acewahh. Kau perlu masak untuk dia, Aera. Dia tak merasa lagi penangan kau.
Aku lantas menghayun kakiku ke ruangan bahan mentah. Ikan tenggiri, ikan merah, ayam dan banyak lagi semua aku ambil.
Aku bergerak pula ke ruangan bahan kering lantas mengambil beberapa pek makanan yang aku mahukan.
Aku menolak troliku ke kaunter tapi troliku dihalang oleh orang lain.
Memikirkan itu merupakan kesalahan aku, aku lantas meminta maaf.
Apabila, aku mengangkat mukaku, aku terpandangkan seraut wajah yang amat aku rindukan itu. Sudah lama aku tidak menatapnya.
"Aiman?"
"Aera?"
Kami bersuara serentak. Dan akhirnya kami tertawa.
"Aiman, bila awak balik? Dah lama saya tunggu awak balik tau tak! Dah lah pergi Korea senyap senyap balik pun senyap senyap."
"Mianhe. Saja nak buat surprise. Awak pun tau kan saya pergi sana sambung belajar. Kalau saya bagitau pun, awak mesti tak kasi saya pergi."
"Amboi mentang mentanglah duduk korea dua tahun. Sampai sini pun nak cakap lagi?"
Aku terkaku apabila tubuhku ditarik ke dalam pelukanya. Erat.
Aku menolak dadanya perlahan."Shhh. Poggo shippo, Aera. Two years, I have been waiting for you. I really miss you damn much."
Aku yang faham akan maknanya itu berasa tidak selesa. Bukannya apa diriku yang sekarang sudah tidak sama lagi dengan diriku yang dulu.
Kami berkawan rapat sejak kecil di rumah anak yatim. Mungkin layananku kepadanya telah membuatkan dirinya salah faham.
Aku sudah menganggap Aiman seperti abang kandungku sendiri tapi tidak bagi Aiman. Baginya, aku adalah segala galanya buatnya.
Aku perlu jelaskan kepadanya tentang status sebenar diriku.
"Awak, awak. Dengar sini. There's something that I need to tell you..."
Baru aku hendak menyambung ucapanku. Telefon Aiman sudah berbunyi.Dia lantas menjawab panggilan. Setelah agak lama berbual, dia kembali kepadaku.
"I'm sorry, Area. I need to go. Bos saya call nak bincang tentang kerja. Nanti kita jumpa lain okay? You still use the same number right?"
"Yahh." Aku menjawab lemah.
"Okaylah kalau macam tu. Saya pergi dulu." Aiman melambaikan tangan lalu beransur pergi.
Lain kali kau kena cakap jugak dengan dia Aera. Kau tak boleh terus terusan bagi harapan palsu dekat dia. Ingat tu.
————————————————
Setelah selesai membeli, aku terus pulang ke rumah.
Aku melihat garaj kereta Daniel masih kosong.
Mana dia ni pergi. Dari pagi aku keluar sampai sekarang dah pukul 2 petang tak nampak batang hidung dia.
Setelah selesai mengemas barang dapur yang dibeli tadi. Aku terus naik ke atas untuk membersihkan diri serta solat.
Selepas solat, aku turun ke bawah untuk mengemas rumah. Begitulah rutin aku setiap hari. Mengemas rumah yang begitu besar bagiku amat memenatkan diri.
Selesai di tingkat atas, aku bergerak ke tingkat bawah pula. Baju baju semua sudah siap aku sidai, jemur dan lipat.
Jam menunjukkan pukul 7 malam. Aku nak masak tomyam dengan telur dadar lah untuk makan malam harini.
Setelah sejam berperang di dapur, akhirnya tomyam aku siap juga.
Sudah pukul 12 malam tapi kereta Daniel masih tidak muncul. Aku setia menunggu kepulangannya di sofa.
Setelah agak lama menunggu aku terdengar bunyi enjin keretanya. Aku lantas begerak ke pintu kerana Daniel tidak suka menunggu.
Buka buka sahaja pintu, aku terkejut dengan keadaannya yang agak serabai itu.
"Awak kenapa ni?"
"Eh perempuan kau jangan banyak cakap boleh tak? Dah tepi aku nak lalu."
"Saya masakkan tomyam untuk awak. Kalau awak nak makan saya panaskan."
"Yalah yalah."
YOU ARE READING
Andai Ada BAHAGIA Buatku
RomanceAku, Nur Aera Ikma terpaksa berkahwin dengan Tengku Daniel Izani tanpa kerelaan aku sendiri disebabkan satu tragedi yang aku sendiri pun tak tahu. ' Fine. Kau nak sangatkan kahwin dengan aku? Lepas ni aku akan pastikan yang hidup kau akan sengsar...