"Lusa saya ada camping, so saya tak balik rumah 3 hari tau" kata Khairul sambil mengunyah keropok lekor.
"Okey" balas aku dengan ringkas.
"Jangan rindu saya sudah laa" usik Khairul sambil mengerling ke arah aku.
"Rindu? Takde masa laa nak rindu" balas aku selamba dengan menyuap keropok lekor ke dalam mulut. Sedap!
"Ohh tak rindu ehh". Khairul terus menyerang aku dengan mencuit cuit di pinggangku."HAHAHA awak stop laa! Saya geli!" jerit aku yang cuba mengelak tapi Khairul lebih pantas.
"Ini baru sikit tau, saya belum pegi lagi awak dah cakap takde masa rindu saya. Tunggu saya balik nanti tahu laa" usik Khairul lagi dengan sengihan lalu tubuhnya mendekatiku.
"Aahh jangan nak mengedik sangat,nanti ibu ayah nampak buat malu jee" marah aku lalu menolak badan Khairul jauh dariku."Alaa biar laa, bukan dosa pun apa yang kita buat" balas Khairul selamba lalu cuba mendekati aku lagi.
"Eyyy dia ni.. memang laa tak dosa tapi malu paham tak? Malu!". Aku menekan perkataan malu biar jelas sikit. Kalau ibu ayah nampak anak menantu tengah bermanja manja di tengah ruang tamu ni malu laa aku haihh.
"Malu apanya Qhaira Tasneem" tegur suara dari belakang. Kami terkedu.
Kami berdua beralih ke belakang dengan perlahan. Ibu!
"Err sejak bila ibu berdiri kat si..situ?
" soal aku dengan gagap. Ya Allah malunya kalau ibu sendiri tengok!! Agak agak ibu berdiri situ berapa lama eh?"Ermm tak lama sangat, dari Khai cakap dia nak pegi camping. Lusa ke Khai nak pegi sana?" balas Puan Noraini sambil melihat menantunya.
"Aaa..ye lusa Khai pegi hehehe". Khairul balas dengan sengihan sambil menggaru kepalanya.
"Kenapa ibu tak datang duduk sini je terus? Yang berdiri situ buat apa ibuu?" soal aku yang sudah berasa malu. Aahh ini semua salah Muhammad Khairul!
"Ibu saja je tak nak ganggu. Dahh laa ibu masuk bilik dulu" pinta Puan Noraini lalu melangkah ke bilik.
Hilang saja kelibat ibu aku terus memukul Khairul menggunakan bantal sofa.
"Awwhh sakit laa" aduh Khairul sambil melindungi lengannya daripada dipukul oleh aku lagi.
"Salah awak la ni! Kan ibu dah nampak, malu tau takkk". Aku terus memukul Khairul dengan bantal. Eyy geram!
"Hahaha awak ni cepat gelabah juga eh" kata Khairul dengan ketawanya.
"Dah laa saya nak masuk bilik." Aku terus bangun, baru dua langkah aku terasa seperi ada yang menarik aku mendorong ke belakang.
Aku terduduk di atas paha Khairul dan muka kami begitu rapat.
"Apa yang awak buat ni!" marah aku dan cuba meloloskan diri tapi Khairul terus memeluk aku dengan erat.
"Alaa nak masuk bilik buat apa, keropok lekor ni banyak lagi siapa yang nak habiskan?" soal Khairul dengan suara romantik. Iye ke romantik atau kau je yang perasan Qhaira oii.
"Awak makan laa sorang. Dah saya nak masuk bilik". Aku tetap dengan keputusan untuk lari masuk bilik.
"Yang awak kalut nak masuk bilik ni kenapa? Atau awak nak saya join sekali...." usik Khairul dengan berbisik di tepi telinga. Bulu romaku menaik. Aahhh sudah Khairul kepala senget is back.
"Eyyy apa awak ni. Okey fine saya duduk sini! Dah lepaskan saya please" minta aku, kang ayah pula nampak hmm aku taktahu nak berlagak tenang macam mana lagi.
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...