CPIM 17

4.8K 182 12
                                    

Kelas 5 Aurus sunyi dengan keberadaan guru dihadapan. Sedang aku khusyuk membuat latihan yang diberi Ustazah aku teringat sesuatu eh bukan sesuatu tapi seseorang. "Wehh asal aku lama tak nampak Khalil eh ?" aku beralih ke belakang bertanya kepada Irfan. 

Irfan yang tekun menulis mendongak kepala melihat aku. "Ntah la. Dia cakap tak sihat" balas Irfan lalu menyambung semula kerjanya. "Tapi kenapa kenduri aku dia tak datang eh ?" soal aku lagi. "Dia tak bagitahu kau ke ?" Soal Irfan sambil tangannya lingkas menulis. "Bagitahu apa ?" . "Kalau kau pun taktahu maknanya dia bagitahu aku sorang je la" balas Irfan tanpa memandang aku. "Dia kata dia pergi bercuti dengan family dia". Mulutku berbentuk bulat 'O' . Tapi kenapa diaa tak bagi tahu aku eh ?

Pelik jugaa kawan kawan aku yang lain semua datang kecuali Khalil je yang aku tak nampak batang hidung dia. Rupanya syok bercuti eh ? Last aku jumpa dia kat Mall masa dia keluar beli barang dengan Khairul. Aku punya mesej pun dia tak balas.Ish munsykil aku dengan mamat sorang ni.

"Eh Qhai. Kau menung apa lagi ?" aku tersentak dengan teguran Bella. Kacau daun betul laa minah ni. Baru  nak buat kronologi tentang Khalil haihh. "Tak ada apaa la. Dah sambung buat keja kau tu" aku menghadap hadapan semula. Pelik. Aku mesti dapatkan jawapan jugaa ! Kenapa Khalil jadi begitu ?

.
.
.

"Wehh korang tak pelik ke ?" soal aku sebaik sahaja kami tiba di garaj motor.

"Pelik ? Apa yg pelik ?" soal Bella sambil meletakkan bag sekolahnya di raga motor. "Haah Qhai. Apa yang pelik ?" soal Hasya pulaa lalu memandangku dengan hairan.

"Ish korang ni. Pasal Khalil la. Tetiba je hilangkan diri. Whatsapp pun takde,krik krik je dengan kita. Kenduri aku tak datang. Ni sekolah pun tak datang" balas aku dengan panjang lebar biar diorang faham. Kalau terang sikit sikit bukannya dua minah ni nak faham.

"Alaa kan Irfan bagitahu yang dia pegi bercuti." balas Bella yang sudah pun duduk di atas motosikalnya. "Habis tu sekolah ? Tak akan bercuti sampai dah mula sekolah ni?" soal aku yang masih tak puas hati. Aku dapat rasakan ada sesuatu tetapi tak tahu bagaimana mahu tafsirkan. "Alaa biasaa la tu. Kan Irfan bagitahu yang dia taksihat. Selalunya kalau pegi bercuti jauh jauh,mesti adaa sakit. Demam la, sakit kaki la ,sakit tangan la, sakit..."

"Yeye. Dah jom balik" lebih baik aku memotong percakapan Hasya kalau taknak kebuluran nasi dekat garaj motor ni. "Alaa kau ni Qhai. Aku nak terang bagi kau faham dengan situasi macam tu" rajuk Hasya sambil memeluk tubuhnya lalu memandang ke arah lain. "Yeye. Aku dah terlebih faham sekarang ni" balas aku dengan menutup sedikit mata kerana panas terik di tengah hari ini. Sudah laa panas tambah pulaa dengan penjelasan panjang si Hasya.

"Dah dah. Hasya cepat la naik. Aku dah panas ni" marah Bella yang dari tadi menunggu Hasya menunggang motor bersamanya. Macam mana ntah motor Hasya boleh pula kehabisan minyak pagi tadi. Ini mesti pergi jalan jalan tak ingat dunia punya pasal.  "Yeye. Aku nak naik la ni. Eh Qhai tu bukan laki kau ke ?"

Aku yang baru hendak menghidupkan enjin motor tergendala. Khairul ? "Mana ?"

"Tuuuu" Hasya menunjuk ke tempat para guru memarking kereta. Dia dah nak balik dah ke ? Bukan diorang ada meeting ke ? Haa sudah aku kena pederas bawa moto laju laju ni. Taknak bertembung dengan dia. Tapi.. laju macam mana pun kau,kau akan bertembung juga dengan si dia. Di rumah. Haihh

"Menung lagi. Sejak sejak ni Qhai rajin termenung laa. Kan Bella?" jujur Hasya apabila diaa sudah duduk elok dia atas motor Bella. "Betul. Termenung apa pun tak tahu laa" balas Bella seraya dengan ketawa. Hasya hanya mengangguk saja. "Diam laa korang. Dah aku nak balik dulu. Bye !" lebih baik aku blah dulu sebelum kata kata mengarut keluar daripada mulut diorang. "Balik laa. Tu encik husband pun dah nak balik. Hahahaha". Wahh seronok eh korang. Tunggu korang nanti. Vroomm..
.
.
.
"Eh Khairul tak balik lagi ? Tadi kat sekolah nampak gaya macam dah nak balik. Tapi kereta dia takde pun" aku melihat ke arah pagar,tak dengar bunyi kereta yang ingin masuk ke perkarangan rumah. "Haih kau Qhai tadi taknak bertembung ni lain pulaa". Aku berjalan ke arah pintu. Baru saja hendak memulas tombol pintu selepas membuka kunci,kedengaran bunyi enjin kereta. Aku beralih ke belakang. Oh my god ! Dia dah balik ! Aku laju membuka nak terus lari masuk ke dalam rumah.

Khairul yang baru mematikan enjin keretanya,tersenyum dengan gelagat Qhaira. Malu la tu. Getus hati Khairul. "Itulahh cari pasal lagi dengan suami. Kan dah kenaa" Khairul ketawa kecil apabila teringat pertembungan mereka di tangga sekolah. Hampir ketawa besar dia apabila melihat muka cuak Qhaira selepas dia mengenyitkan mata kepada Qhaira. Tambah pula di dalam kelas dia kena bahan dengan kawan kawannya. Senyuman Khairul masih tak lekang dibibir.

Knock knock

Lamunan Khairul terhapus dek ketukan cermin dari luar. Khairul beralih ke tingkap dan menurunkan cermin tingkap.

"Ni apahal senyum sorang sorang ha ?" soal aku. Ye laa dari tadi tunggu dia keluar dari kereta,tapi tak keluar keluar pun. Nak tak nak kena la pergi tengok. Manatahu mati sesak nafas ke apa. Haih kau Qhaira suka berfikir benda tak elok. Kalau jadi betul baru tahu !

"Biar la saya nak senyum. Bukan guna bibir awak pun" balas Khairul yang masih tersenyum sambil memandang aku. Haa ni mesti dok ingat kejadian kat sekolah la tu ! Benci la !

"Suka hati awak la ! Dah cepat la keluar" rengek aku. Haihh laki aku ni takkan nak berumah dalam kereta kesayangan dia ni. "Kenapa rindu saya ke ?" aku rasa hendak hentak je kepala Khairul dengan stereng kereta ni. Ada ke kata aku rindu ? Tapi mungkin laa ada sikit ? "Ish takde maknanya nak rindu mamat otak senget ni. Saya lapar la" balas aku. Sejujurnya memang aku tengah lapar okey. Sekarang dah waktu tengah hari siapa la tak lapar ? Lain la orang yang tengah diet mungkin sedang tahan lapar sekarang ni ?

Khairul membuka pintu kereta dan keluar dari perut kereta "Kalau macam tu jom la makan luar. Nak ?". Aku terkebil kebil. Serius dia nak bawak aku makan kat luar ? "Kenapa pula ? Kalau tak sebelum ni awak banyak potpet kalau saya ajak makan luar." Adakah Khairul sudah berubah ?

"Harini je. Sebab saja nak belanja orang tu yang kena bahan dalam kelas tadi hahahaha" kata Khairul seraya dengan ketawa. Wahh main kasar nampak laki aku ini. Aku menampar lengan Khairul bertubi tubi. "Sakit la." Khairul mengosok lengan akibat tamparan bertubi tubi daripada aku. "Padan muka werk" Aku sempat menjelir lidah sebelum berlari masuk ke dalam rumah.

Khairul tersenyum. "Comel pula aku tengok bini aku " Khairul mengeleng geleng dengan perangai sebenar Qhaira yang mungkin orang lain tak nampak dan tak tahu. Kalau diorang tahu mahu meraung Qhaira Tasneem itu.

"Ha tengok tu senyum lagi ! Ni mesti ada pikir benda lawak tentang saya la tu ! Kan ?" jerit aku di depan muka pintu. Dari sekolah sampai pulang rumah senyum memanjang je laki aku harini. Tapi kau patut bersyukur Qhaira,sekurang kurangnya dapat tengok wajah tampan laki kau dengan dihiasi senyuman.

"Yeye. Nak masuk la ni" Khairul berjalan ke arah pintu. "Termenung apa  lagi kat sini ? Cepat la pegi bersiap. Ke nak saya tolong siapkan ?" Khairul menjongket kening sebelah dengan senyuman. "Eyyy pervert !" aku terus berlari mendaki gangga.

Khairul mengurut dahinya dengan ketawa. "Dia kata aku pervert ? Tak sedar ke yang aku ni laki dia ? Qhaira Qhaira"

"Awak pun cepat la siap. Saya dah lapar ni !"

"Yee !"

Sorry for the late update ! 🙏😂

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now