Ending

462 21 2
                                    

5 tahun kemudian.

"Opah lemang dah hangit" jerit Nizam yang cuba untuk mengibas mengawal api yang semakin marak.

"Astaghfirullahalazim Zam ! Panggil paklong kau datang" jerit Opah yang sibuk menyediakan bahan untuk membuat rendang.

"Ara tolong potong daging" pinta opah sambil menghulurkan papan pemotong dan bekas yang dipadatkan dengan daging lembu.

Aku tanpa banyak soal terus melakukan kerja yang disuruh sehingga siap.

Beginilah malam raya, mesti huru hara jadinya, nasib cucu opah ni ramai dan semuanya beraya di sini. Kecuali...

"Dah habis potong ke Ara?" Soal opah yang sambil menganyam ketupat.

"Ha dahh, Ara nak keluar jap tengok budak budak main mercun" pinta aku lalu terus beredar keluar.

Aku melihat sepupu aku yang masih kecil seronok gelak ketawa bermain mercun dan bunga api bersama sepupu yang lain.

Tiba tiba kenangan waktu kecil imbas kembali bersama Khairul. Dulu kami lah yang paling riuh belum lagi masuk bahagian kalau dah gaduh berebut bunga api. Tanpa sedar aku tersenyum.

Pejam celik sudah 5 tahun berlalu, kali terakhir aku berjumpa dengan Khairul tahun yang sama lepas kami bercerai. Setelah itu aku dah tak jumpa dia.

Katanya dia nak sambung belajar di luar negara lagi. Alhamdulillah sekurang-kurangnya dia dapat menimba ilmu baru lagi.

"Arul tak balik raya lagi ke tahun ni ?" Soal suara dari dalam rumah. Aku yang mendengar hanya mendiamkan diri sahaja.

"Dia busy laa tu, senang senang kau call je dia daripada tanya kami yang tak tahu apa" balas Kak Ain. 

Betul apa yang dikatakan oleh mereka, kalau masuk tahun ni dah 5 tahun di tak balik raya. Dia masih marahkan aku ke ?

"Opah ada orang datang" jerit Hana yang berusia lapan tahun itu.

Lamunan aku mati mendengar jeritan budak kecil itu. Siapa pula yang datang waktu orang tengah sibuk masak untuk raya esok.

Seorang lelaki keluar dari kereta Alza putih dengan membawa bagasi. Siapa dia ? Mukanya samar samar kerana cahaya yang meriah di kawasan rumah opah membuatkan mata aku menjadi silau untuk melihat.

"Assalamualaikum"

Aku terkedu mendengar suara itu. Aku kenal suara itu ! Suara yang menghilang 5 tahun lepas.

"Waalaikumussalam, Allahuakbar Arul !" Jerit Opah yang sememangnya rindu akan cucu kesayangannya ini.

Semua datang melihat adakah betul Khairul sudah pulang. Tapi aku masih terkedu.

"Lama tak jumpa kau Qhai.." aku terkejut apabila sosok tubuh yang sekian lama menghilang tapi sekarang dia berdiri di hadapan aku..

Semua diam memandang kami. Mereka semua sudah tahu apa yang dah terjadi dan kami berpisah secara baik dan alhamdulillah mereka memahami dan tak ada yang soalkan.

"Err..yee" balas aku yang tergagap. Khairul tersenyum melihatnya.

"Kau ni asal jumpa aku je mesti tergagap kan" usik Khairul dengan ketawa. Aku memandangnya pelik. Kelakar ke ?

"Kau laa, tetiba hilang lepas tu muncul" balas aku dengan berani. Khairul ketawa kecil. "Perangai kau dari dulu memang tak berubah eh" balasnya lalu masuk ke dalam rumah.

"Alhamdulillah Khai balik juga. Baru sebut nama dia tadi" kata Kak Ain dengan senyuman.

Aku melihat dia baik baik sahaja. Mungkin 5 tahun dia menghilang untuk rawat luka yang tak berdarah seperti aku.
.
.
.
Allahuakbar Allahuakbar

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now