CPIM 24

2.5K 130 14
                                    

"Haa Qhai minggu depan mak ayah kau balik kan?" soal Bella apabila selesai membuat latihan yang diberi cikgu.

Aku berhenti menulis dan mula ingat tarikh tarikh. "Ye laaaa minggu depan mak ayah aku dah balikk yeayyy" sorak aku keriangan, haih macam mana laa boleh pula terlupa. "Thanks babe sebab ingatkan" ucap aku pada Bella, haih sekarang ni siapa anak diorang sebenarnya ?

"Macam mana laa kau boleh lupa Qhai oii, ni laki kau pula ingat tak?" soal Bella lagi untuk mengambil tahu. "Hmm ntah laa" balas aku dengan malas lalu menyambung semula menulis.

Sedar tak sedar sudah sebulan lebih aku sudah menjadi isteri kepada Muhammad Khairul, rasa sekejap saja. Aku tersenyum bila memikirkan bahawa status aku sekarang adalah isteri orang.

"Qhai kau pahal tersengih sorang sorang" tegur Bella apabila melihat sahabatnya senyum secara tiba tiba.

"Ish takde apa laa, sibuk laa kau ni" marah aku untuk menutup rasa malu. Haih Qhaira kau senyum ke tadi? Ya Allah malunyaa mujur Bella je nampak kalau si Hasya nampak fuh boleh buat modal untuk mengusik aku nanti.

Selesai membuat latihan aku meletakkan kepala di atas meja, penat memerah otak. "Qhai kau bagitahu tak laki kau pasal Khalil?" soal Hasya yang ingin tahu.

Kejadian beberapa hari lepas tentang Khalil membeli coklat sama seperti aku dapat terimbau semula. "Belum" balas aku tanpa mengangkat kepala.

"Kenapa tak bagitahu laki kau, senang laa nanti" balas Hasya yang kedengaran tidak puas hati.

"Hmm nanti nanti laa bila semua dah sahih ke" balas aku lalu mengangkatkan kepala dan mencapai air mineral di atas meja ku dan minum. Hasya hanya menggeleng sahaja dengan balasan aku.

Perlu ke aku bagitahu Khairul? Kalau aku bagitahu Khairul mesti dia akan sentiasa memandang tajam ke arah Khalil pula. Tak selesa pula si Khalil itu nanti apabila disekolah. Haih runsingnya! Tanpa sedar aku telah menghentak air botol dengan kuat di atas meja.

Suasana tiba tiba menjadi sunyi sepi, aku melihat mereka dan semua mata di dalam kelas memandang aku. Aku ada buat salah ke? Soal hatiku yang tak sedar akan hentakkan botol itu.

"Qhai kau okey tak?" soal Hasya dengan dahinya berkerut.

Aku mengelip mata beberapa kali, aku ada buat silap ke? Aku mengangkat kening untuk isyarat 'apa?'.

"Tadi kau hentak botol kuat kuat pahal?" soal Hasya yang kelihatan gerun. Aku memandang botol yang ditanganku. Eh aku hentak ke? Kenapa aku tak sedar? Ya Allah aku dah kenapaaa? Jerit hatiku.

Aku melihat mereka semua dan tersengih, "sambung laa kerja korang hehe" kataku kepada semua orang yang bagaikan patung cendanan sedang memerhatikan aku, seram.

"Kau okey tak?",kini giliran Bella pula menyoal aku. Aku hanya mengangguk sambil tersengih. Qhai kau kena sedar segala perbuatan kau sekarang Qhai,bisik hatiku.

***
Kami bertiga makan nasi lemak makcik kantin dengan berselera pada waktu rehat. "Qhai aku nak tanya ni" soal Bella secara tiba tiba.

Aku yang sedang tekun mengunyah nasi lemak memandang ke arah Bella. Bella tersengih sengih untuk menanyakan sesuatu. Ish Bella ni dah kenapa tersengih, ini mesti ada soalan yang mengarut dalam otak dia, getus hatiku. Macam tak kenal si Bella ni

"Kau kan dah nikah hampir sebulan lebih gituu",Bella memulakan ayat perihal perkahwinannya. Aku hanya menganggukkan sambil meneguk air kosong manakala Hasya hanya mendiamkan diri menunggu soalan Bella juga.

"Ermm kau dan Khairul tak buat apa apa lagi ke?" soal Bella dengan suaranya makin diperlahankan. Aku mengerut dahi tidak faham.

"Haish kau ni Qhai lembap laa, maksud Bella tu malam pertama, first night" jelas Hasya wakil untuk Bella. Aku yang belum kahwin pun paham maksud Bella ni, getus hati Hasya.

Air yang berada di dalam mulut ku tersembur kearah mereka. Ya Allah soalan ini yang tengah bermain main difikiran diorang?! 

"Qhai!!" Jerit Hasya dan Bella serentak.

"Tersembur bodo mujur nasi aku dah habis" marah Hasya sambil melipat kertas bungkusan nasi lemak itu.

"Nasi aku lagi sikit nak habisss" rengek Bella dengan suara sengaja disedihkan. "Sorry, korang la! Tanya soalan ntah apa apa waktu makan. Padan muka" tanpa berlengah aku terus bangun mencuci tangan.

Semasa berjalan ke kelas Bella dan Hasya masih lagi mengaju soalan tersebut, selagi aku tak jawab selagi tu diorang akan tanya. Pervert betul kawan kawan aku ni.

"Ish korang ni, boleh tak jangan tanya soalan bukan bukan. Pervert betul laa korang ni eyy" aku terus berjalan cepat meninggalkan mereka berdua.

Sedang aku ingin mendaki tangga aku bertembung dengan Khairul dan hampir terlanggar. "Oh mak kau terguling" latah aku tanpa sedar sambil mengurut dada.

Aku melihat wajah Khairul juga terkejut tapi dalam masa yang sama dia sedang menahan ketawa. Aku memandangnya dengan tajam. Sedang aku merenung tajam ke arah Khairul tiba tiba dua minah datang dengan soalan tak lain tak bukan pasal malam pertama.

"Alaa Qhai ni taknak kongsi laa pasal malam pertama dia" kata Bella dengan kuat yang boleh didengari oleh Khairul juga.

Aku sudah menepuk dahi. Apa masalah kawan kawan aku sebenarnya eh? Bella dan Hasya hairan melihat aku yang sedang menepuk dahi tadi lalu mata mereka memandang ke arah tangga. Mata mereka terbeliak melihat susuk tubuh di tangga itu yang sedang tersenyum. Bella segera menutup mulutnya.

Tanpa berlengah aku terus mendaki naik tangga. Semasa aku berjalan di tepi Khairul, dia sempat memegang lenganku dan memandang ke arah wajahku.

Gulp.

"Malam pertama?" bisik Khairul dengan nakal di tepi telingaku. "Diam la!" aku merentap lenganku dan terus berlari. Taguna Bella dan Hasya, diorang dah malukan aku depan Khairul!

"Err.. Maaf" pinta Bella kepada Khairul,dia sedar mulutnya tidak boleh dikawal langsung.

Khairul hanya tersenyum dan mengangguk. "Takpe.. Lagipun saya suka tengok Qhaira marah malu gitu" balas Khairul dengan ketawa kecil apabila memandang wajah Qhaira yang malu itu.

Bella dan Hasya melihat satu sama lain. "Ha.. Ha.. Ha" ketawa Bella dan Hasya yang kedengaran seperti gagap. Lalu mereka terus meminta diri.

"Weh betul la cakap Qhai yang laki dia tu pelik betul, kalau orang lain mesti dah jeling tajam kat kita bila tanya pasal malam pertama diorang" kata Bella separuh bisik kepada Hasya sambil mereka berjalan ke kelas.

Mereka sengaja mahu mengusik Qhaira tapi muncul pula si suaminya di tangga tadi."Itulahh. Tapi kann Sir Khairul nampak handsome doo"puji Hasya dengan sengihan.

"Aipp laki orang tuu" tegur Bella sambil mengetuk kepala sahabatnya. "Yelahh aku gurau je" balas Hasya sambil menggosok kepalanya yang diketuk oleh Bella.

Sorry kalau cerita sis makin hambar ke apa 😓
Keep reading, vote, comment and share ❤

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now