CPIM 20

4.5K 187 29
                                    

"Weh banyak dhoo homework untuk esok" ngeluh Hasya sambil memasukkan kotak pensel di dalam bagnya.

"Bertabahlah wahai sahabat. Nak berjaya kan ?" balas aku. Kalau ikutkan aku pun mahu meraung juga tapi demi kejayaan.

Harini cikgu cikgu dah bekalkan kami sekelas dengan homework yang banyak. 5 karangan bahasa melayu, 3 latihan matematik, 3 latihan bahasa inggeris, 2 latihan kimia, 3 latihan bio dan 4 latihan sejarah. Fuh mencabar betul nak siapkan selama satu hari,memang tak ada peluang la nak tengok movie.

"Dah jom" . Kami bertiga keluar daripada kelas bersama-sama,sedang seronok berborak tetiba Bella berhenti sambil memandang ke arah kanan.

"Kau dah pahal Bella tetiba berhenti. Kau tengok apa ha ?" soal Hasya yang turut memandang arah yang sama.

"Tu bukan laki kau ke Qhai?" soal Bella sambil memandang aku. Aku melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Bella.

"Ha betul la tu. Kenapa?" soal aku. Pelik la diorang ni macam tak biasa tengok laki aku dekat sekolah ni pula.

"Aku tengok dia macam dalam keadaan serabut je tu. Garu kepala sana sini. Ada kutu ke ?" soal Bella yang kehairanan melihat Khairul.

"Serabut ? Kutu ? Apa yang kau mengarut ni. Khairul tak ada kutu okey. Dia shampoo rambut dia tiap tiap hari" balas aku yang sedang memandang ke arah Khairul lalu Bella pula.

"Uuuu dia tahu bhai" usik Bella sambil sengihan. "Mesti ahh tahuu. Diorang kan laki bini tinggal sebumbung. Ish kau ni Bella" sampuk Hasya dengan usikan juga. Eyy diorang ni panas rambang macam ni la nak buat sesi usik mengusik ni. Tampo kang.

"Dah dah. Korang pegi balik dulu laa. Aku nak pi tengok Khairul. Byeee" balas aku lalu terus beredar dari situ. Kalau tidak apa yang akan diusik lagi taktahu la. "Byee"

Aku berjalan ke arah Khairul. "Awak ?" aku menegur dia dari belakang. Kalau main terjah je tak pasal pasal kena luku kang.

"Ha ? Eh awak tak balik lagi ?" soal Khairul sebaik menoleh memandang aku. Betul kata Bella tengok dari segi raut wajah Khairul dia kelihatan seperti serabut.

"Nak balik la ni tapi nampak awak tercegat kat kereta tak masuk lagi kenapa?" soal aku pula. Dari tadi dibelek belek kereta kesayangannya.

"Tak laa. Awak tengok ni haa" Khairul menunjuk ke arah keretanya. Aku memerhati dan aku ternampak kesan calar.
"Calar ke?" soal aku untuk kepastian. "Ye laa. Haishh siapa la bagi aku punya kereta calar ni " marah Khairul sambil mengesat kesan calar itu.

Aku memandang Khairul lalu tertawa. Khairul memandang aku dengan kehairanan,"Ni apasal ketawa ha ? Orang tengah geram ni dia boleh pulaa ketawa" marah Khairul yang dibuat buat. Memang patut juga Khairul rasa marah dan geram sebab ini adalah kereta kesayangannya. Kalau aku pun marah juga kalau sesiapa calarkan moto aku ! Berani mati meh ahh.

"Haih macam macam la awak ni. Kejap lagi pegi la bengkel" balas aku seperti isteri yang mithali giteww. Khairul membalas dengan senyuman.

Oh my god dalam keaadan serabut pun senyuman dia masih nampak manis ! Ahhh kau kena kuat Qhaira !.

"Ye saya tahu kereta ni boleh hantar bengkel tapi yang saya geram ni siapa pedajal saya ni. Ish kalau saya jumpa mahu kerat kerat jari tu haa" balas Khairul dan tidak dilupai dengan gayanya mengerat jari.
Aku ketawa kecil. Macam budak budak la ! "Alaa mungkin orang tu tak sengaja ke?". Aku cuba menyedapkan hati Khairul lagipun tak baik kan buruk sangka.

"Hmm yela yela" balas Khairul yang masih mengesat kesan calar tersebut. "Saya balik dulu la. Jumpa kat rumah". Aku terus beredar dari situ dan Khairul juga turut masuk ke dalam perut kereta.

Tanpa mereka sedar ada yang sedar memerhatikan mereka dari tingkat atas.

"Heh ini baru permulaan la bro. Calar sikit dah gelabah lain macam." senyuman sinis terhias di bibirnya. Dan dia berlalu dari situ sebaik sahaja kereta Inspira milik Khairul meluncur keluar dari kawasan sekolah.

***
"Awak ! Awak !"

Aku yang sedang menyiapkan latihan sekolah terkejut dengan terjahan Khairul. "Apa ? Awak ni terkejut orang tahu tak !" marah aku. Tak boleh ke ketuk pintu dulu ? Ini tak tetiba awak awak amboi.

"Hehehe maaf laa" balas Khairul dengan sengihan. "Ni kenapa awak panggil saya ? Saya tengah buat homework ni." Aku menyambung buat latihan tanpa memandang Khairul.

"Alaa awak ada homework ke. Saya baru nak ajak awak tengok The Avengers kat tv hmm. Takpa la". Khairul mahu beredar dari bilik belajarku tapi aku menahannya.

"Apa awak cakap ? Movie Avengers ? Ada kat tv ke sekarang ?" soal aku dengan teruja. Ish movie kegemaran aku mana boleh terlepas ! Ulang la beratus kali pun tak pernah jemu aku menonton ! 

"Ye laa. Avengers End Game. Takpa la awak siapkan la homework awak tu saya tengok sorang la cenni".

Whats ?! End game ?! Ohhh my favorite season ! Ahhhhhh. Aku terus tutup buku dan bangun dari kerusi. "Jom kita tengok sama sama". Ajak aku sambil memeluk lengan Khairul. Sweet bukan aku ?

"Eh tapi homework awak tu ?" soal Khairul. Rasa bersalah menguasai dirinya. Dia tak patut menganggu isterinya yang sedang menyiapkan latihan sekolah.

"Alaa takpe. Lagipun lusa cikgu nak. Yang latihan cikgu nak esok dah siap. Jom laa tengok" aku menarik lengan Khairul dan menutup bilik belajar aku. Kalau sempat saya siapkan awak ye encik homework. Getus hatiku.

"Are you sure Qhaira Tasneem ?" soal Khairul dengan kepastian. Kalau tidak tak pasal pasal dia juga turut terkena tempias juga kalau Qhaira kena denda sebab tak siapkan latihan.

"Yeaa pretty sure !" balas aku dengan senyuman gembira. Ingatkan taknak tengok movie tapi dah ada The Avengers kena ahh layan hiks.

"Ish macam macam la awak ni" kami berjalan ke arah ruang tamu bersama.

Hye ! Sorry for the late update !

Btw korang stay safe and healthy yaa guys dengan musim COVID-19 sekarang ni. Jaga kebersihan dan jangan keluar rumah oke ? Stay at home layan wattpad ke kan ? 😜 atau kdrama hiks 🙈 kalau nak lebih bagus perbanyakkan ibadah la 😊

Jangan lupa vote this chapter ! Thankyou ❤

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now