CPIM 37

2K 125 22
                                    

"Lia, saya ada nak bagitahu awak something" kata Khairul sambil melihat gadis didepanya.

Aimi Dahlia yang tekun membaca novel memandang sekilas lalu wajah lelaki dihadapannya. "Ye, awak nak bagitahu apa?"

Khairul kelihatan serba salah untuk memberitahu kepada gadis yang dicintainya itu. "Ermm saya akan sambung belajar dekat UK" balas Khairul yang sedang memandang wajah Aimi Dahlia itu untuk lihat reaksi gadis tersebut.

Aimi Dahlia jelas kelihatan terkejut. "Awak biar betul? Habis saya macam mana?" soal Aimi Dahlia dengan sedih.

"Takpe kita boleh call atau mesej ke" cadang Khairul sambil tersengih.

Aimi Dahlia sudah mencebit. "Kita putus je la, saya tak suka bercinta jarak jauh" cadang Aimi Dahlia lalu menutup novel, hilang mood mahu membaca novel.

Khairul terkejut dengan cadangan Aimi Dahlia, putus?

"Kenapa pula nak putus, kita boleh je call. Awak biar betul mahu putus" soal Khairul yang tidak dapat mempercayainya.

"Call? Masa di UK dan Malaysia berbeza awak. Dan saya tak tahu sama ada awak boleh setia dengan saya atau tak" balas Aimi Dahlia tanpa mempedulikan perasaan Khairul.

"Awak tak percayakan saya Lia? Tak mungkin saya nak curang dengan awak, saya sayang dan cintakan awak Aimi Dahlia" balas Khairul dengan jujur, mana mungkin dirinya mahu berlaku curang kepada gadis yang dicintainya.

"Hmm sekarang awak boleh laa cakap macam tu tapi bila dah sampai sana nampak perempuan lagi cantik daripada saya ada awak nak ingat setia ke tak" tuduh Aimi Dahlia tanpa berfikir. Dia kalau boleh tak mahu berjauhan dengan lelaki dihadapannya ini tapi lelaki itu yang mengambil keputusan untuk berjauhan dengan dia.

"Awak kita dah bercinta 2 tahun tapi awak masih tak percayakan saya?" soal Khairul dengan terkilan.

"Bukan tak percaya tapi ntah laa awak lagipun kita masing masing dah nak masuk sambung mengaji so apa kata kita fokus belajar dulu laa" cadang Aimi Dahlia seraya dengan senyuman.

"Liaa.."

"Saya balik dulu hari dah lewat petang. Bye" tanpa menunggu balasan Khairul Aimi Dahlia beredar dari situ.

"Bye.."

Kenangan 4 tahun lepas mengamit semula di minda Aimi Dahlia.

"Haihh kalau laa aku tak minta putus dengan Khai mesti sekarang dia dah jadi milik aku" marah Aimi Dahlia yang menyesal dengan keputusannya dahulu.

"Khai khai kenapa kau boleh buat keputusan untuk kahwin dengan sepupu kau sendiri eh?" soal Aimi Dahlia bersendirian sambil melihat foto mereka berdua seketika di bangku sekolah dahulu.

"Dan kenapa kau semakin handsome.." senyuman senget terukir di bibir Aimi Dahlia.

***
"Qhaira jangan laa merajuk gini, minggu lepas kan awak dah merajuk" pujuk Khairul sambil melihat aku yang sedang memakai tudung sekolah.

"Biar laa nak merajuk setiap minggu pun" balas aku selamba lalu aku mengambil lipbalm untuk calit dibibir aku yang kering ni.

"Kalau awak merajuk juga saya akan buat pengumuman minta maaf atas stage waktu perhimpunan kejap lagi" ugut Khairul yang sudah buntu mahu memujuk isterinya.

Terbeliak biji mata aku dengar ugutan itu. "Awak jangan buat kerja gila,terus saya taknak mengaku bini awak" balas aku dengan selamba lalu mengapai bag sekolag dah keluar dari bilik.

"Qhairaa..." rengek Khairul seperti budak kecil.

Dalam diam aku tersenyum. Mujur dapat suami yang pandai pujuk walaupun tak sehebat macam dalam oppa drama korea.

Ahh semua ni salah Bella kerana menghasut aku untuk tonton drama korea,sudahnya spm makin dekat.

"Ish apa korang ni haa?" soal Puan Noraini yang melihat kedua insan di hadapanya.

"Ntah Khairul ni pagi pagi dah kena sampuk ke apa" balas aku lalu menghirup air susu yang sudah tersedia di atas meja.

"Qhaira ni buu..merajuk je kerja dia" ngadu Khairul sambil memandang isterinya yang sedang minum dengan muka selamba.

"Apa merajuk rajuk ni haihh korang ni laa pening ibu tengok laa" Ngeluh Puan Noraini lalu beredar dari situ.

"Tengok ibu pun dah penat tengok awak" usik aku lalu ketawa melihat reaksi muka suamiku.

"Apasal saya pula awak tu yang ibu penat tengok asyik merajuk je kerja" balas Khairul yang tidak berpuas hati. Mereka berjalan ke arah pintu tapi suara mereka masih boleh didengari oleh Puan Noraini dan Encik Tahir.

"Pagi pagi lagi dah bergaduh diorang tu" kata Encik Tahir yang baru menuruni anak tangga.

"Itulah bang..bergaduh ke kerja diorang tak kira pagi atau malam" balas Puan Noraini sambil tergeleng apabila memikirkan anak dan menantunya.

"Takpe laa Nor sekurang kurangnya tak laa sunyi sangat rumah kita" kata Encik Tahir lalu ketawa diikuti isterinya juga.
.
.
.
"Qhaira jangan laa merajuk" pujuk Khairul lagi sambil kaki kami berdua mendaki anak tangga.

"Ish apa awak ni kita kat sekolah kan" marah aku lalu berjalan dengan lebih cepat.
"Lantak laa kat sekolah selagi awak masih merajuk selagi tu saya akan ikut je awak kat mana" ugut Khairul yang masih tidak mahu beregang dengan isterinya.

"Ye ye saya dah tak merajuk, alaa baru test sikit je pun" balas aku sambil memeluk tubuh.

"Test sikit awak cakap? Hampir pecah kepala saya pikir macam mana nak pujuk awak tau" terkebil kebil mata Khairul mendengar balasan isterinya.

"Hahaha padan laa dengan muka awak. Kalau awak taknak saya merajuk lagi jangan sesekali awak duduk berdua dengan Cikgu Dahlia" peringatan aku atau lebih kepada amaran kepada Khairul.

"Lahh kenapa? Kitaorang takde apa apa laa sumpah" balas Khairul siap mengangkat tangan seperti berikrar.

"Saya tak tak suka tengok awak dengan dia, saya dapat rasakan aura jahat dalam diri Cikgu Dahlia tu" kata aku dengan wajah serius. Setiap kali aku memandang wajah tenang Cikgu Dahlia aku dapat rasakan aura yang tidak baik dengannya seperti dia sedang memendamkan sesuatu secara diam tetapi dilindungi dengan wajah tenangnya.

"Awak cemburu ehh" usik Khairul sambil mencucuk cucuk pipi aku.

"Kalau saya jealous pun salah ke ? Saya ada hak rasa macam tu sebab awak Muhammad Khairul adalah suami saya" balas aku tanpa sedar. Eh apa yang kau cakap ni Qhaira? Ayoo mesti kena bahan balik rumah nanti ish

Khairul sudah tersengih apabila mendengar tutur kata yang dilontarkan daripada isterinya.

"Dah laa saya nak masuk kelas". Tanpa berlengah aku terus beredar dari situ.

"Belajar elok elok ye sayang" jerit Khairul tapi tidak sekuat yang sampai boleh didengari satu sekolah.

Aku menjegilkan mata kepadanya apabila mendengar perkataan 'sayang' secara tiba tiba tapi dalam diam aku menyukainya. Ish kalau orang lain dengar mahu diorang buat modal untuk kenakan aku!

Khairul ketawa melihat reaksi isterinya apabila dipanggil 'sayang'. Senyuman masih belum lekang dibibir.

"Hai Khai" sapa suara dari belakang. Khairul menoleh ke arah suara itu.

Khairul terkejut melihat wajah tersebut. "Liaa.." ini kalau Qhaira nampak habis aku perlu pikir cara nak pujuk dia lagi.

Bila baca komen ramai sebenarnya yang tak puas hati dengan Aimi Dahlia  ni 😂 takpa takpa tunggu next update pula yaa ❤

Jangan lupa vote, comment dan share ❤

Do follow me for my next update 😘

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now