"Qhai!! eyy lama tak jumpa kau" kata Hasya teruja melihat sahabatnya.
"Eleh over la kau, aku duduk kat kampung baru berapa minggu je bukan setahun pun" balas aku dengan ketawa kecil. Ada ada je dia ni haihh.
"Iye laa tapi untuk aku seminggu tu bagaikan setahun tauu" balas Hasya spontan dengan reaksi yang dibuat buat sedih.
" Banyak laa kau setahun konon. Tak sekarang ni mana Bella ?" Soal aku sambil melihat sekeliling.
"Alaa kejap lagi sampai lah tu, jangan risau dia tak sesat" balas Hasya selamba.
"Bukan itu yang aku risau, aku risau kalau dia terlupa yang harini kita nak jumpa haihh" balas aku dengan menggeleng kepala. Hasya menepuk dahi, "betul juga kau cakap, kau tunggu kejap aku call dia". tak sempat Hasya menekan icon telefon kelibat Bella kelihatan.
"Sampai pun minah ni" kata ku.
"wahh kau punya pukul 3 kan hmm" perli Hasya sambil melihat jam tangan yang menunjukkan pukul 3:45 petang.
"Sorry korang,aku tertido tadi hehe" balas Bella dengan sengihan lalu duduk bertentangan dengan aku. Aku hanya mampu menggeleng sahaja dengan perangai sekor sekor ini. "Ha kau Qhai, macam mana dah berbaik dengan laki kau belum?" soal Bella dengan selmba menghirup air Hasya.
"Kau ni Bella, dan la tak bagi salam pastu terus tanya soal rumah tangga orang sudahnya minum air aku pula tu" bebel Hasya lalu mengambil semula air teh ais yang dipesannya tadi. "Alaa aku minum sikit je, dengan kawan sendiri pun nak berkira ke" balas Bella dengan jelingan. Hasya yang tidak mahu mengalah terus memberi jelingan maut.
Haihhh dah habis sekolah pun perangai macam budak budak lagi. Eh kata kat orang kau pun apa kurangnya Qhaira sampai lari balik rumah opah.
"Termenung pula member kita sorang ni haihh" tegur Hasya apabila melihat aku diam. "Dah korang gaduh aku diam je la, habistu korang nak aku buat apa ? record post kat instagram bagi viral?" soal aku spontan.
"Ha boleh juga,manatahu jodoh aku rupanya followers ig kau ke hehe" gurau Hasya dengan sokongan Bella. Eleh tadi gaduh jeling sana sini, sekarang support each other pula eh dua minah ni hmm.
"Banyak laa kau jodoh,dapat yang toxic baru tahu" balas aku selamba. Hasya memandang tidak puas hati ke arah aku. "Ish soalan aku kau tak jawab lagi, kau dah berbaik dengan Khairul?" soal Bella yang ini tahu.
"Kalau aku tak berbaik dengan dia buat apa aku balik sini anak tapir sekalian" balas aku dengan memandang wajah sahabatku. "Ntah Bella ni, dah laa anak tapir patut laa datang lambat" sakat Hasya lalu ketawa.
"Diam kau, kalau aku anak tapir kau tu anak monyet" balas Bella geram, dari tadi hanya dirinya sahaja disakat oleh sahabatnya. "Takpe monyet comel" balas Hasya selamba dengan menjelir. "Hotak kau"
"Ha sudah, korang ni tak habis habis gaduh je eh kalau macam tu aku balik dulu laa" acah aku lalu bangun. "Kau jangan ngada ngada nak balik eh. Duduk sini dengan kitaorang. aku korbankan tido aku sebab nak jumpa kau tauu" balas Bella dengan menarik lenganku unruk duduk semula.
"Korbankan tido konon,elok kau dah berdengkur sedap haa korbankan laa tu. nak dekat sejam kitaorang tunggu" balasku tak puas hati. "Hehe sorry" balas Bella dengan sengihan.
"cerita la sikit perkembangan kau dengan Khairul sekarang. kitaorang nak tahu juga" kata Hasya yang ingin tahu serta disokong dengan Bella. kalau tak sibuk pasal orang memang bukan Hasya dan Bella.
"so far kitaorang dah okey cuma.." tiba tiba mesej Anis Dalina menyinggah ke dalam fikiranku. kenapa dia nak jumpa Khai ? dan kenapa aku rasa diorang ada sembunyikan sesuatu.
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...