CPIM 58

2K 102 15
                                    

"Khai nak pegi mana ni pagi pagi ha?" soal Puan Munirah hairan.

"Rumah opah" balas Khairul ringkas.

"Rumah opah? Kenapa pula nak ke sana? Qhaira pun kamu tak jumpa lagi" bebel Puan Munirah.

"Khai nak pegi jumpa Qhaira laa mama, Khai dapat rasakan yang Qhaira ada dekat sana. Mana lagi Qhaira nak pegi kalau bukan dekat rumah opah" balas Khairul yakin.

"Hmm yela, bila dah jumpa bincang elok elok, fikir dulu sebelum bertindak" pesan Puan Munirah. Khairul hanya mengangguk.

"Eh Khai nak pegi mana pula tu dengan bag bagai" soal Encik Tajuddin sambil melihat anak lelakinya keluar dari rumah.

"Selesaikan rumah tangga dia laa bang" balas Puan Munirah dengan mata yang setia memandang anak lelakinya sehingga kelibat tersebut hilang.
.
.
.

"Opah masak apa harini?" soalku apabila melihat opah sedang menyiapkan makan tengah hari.

"Harini opah nak masak sambal udang petai. Ara suka kan?" balas Opah Fatimah seraya senyuman.

"Wahhh mesti laa suka, lauk favourite Ara" balas ku senang. Aku sudah tekad tidak mahu sedih lagi, aku tidak mahu orang sekelilingku risau dengan diriku.

Opah Fatimah hanya tersenyum melihat cucunya yang kini sudah sedikit ceria.

"Nak Ara tolong apa apa tak?" pelawaku. Tak akan nak biarkan opah je masak semua ni, kesian opah..

"Boleh juga. Kamu kopek ambil biji petai tu" minta opah Fatimah yang mengeluarkan bahan untuk memasak.

Aku hanya turuti sahaja.

"Eh kereta sapa pula tu?" soal Opah Fatimah apabila melihat kereta masuk ke halaman rumahnya.

"Kereta?" aku menghendap tengok dan terkejut. Khairul!

Ibu ke bagitahu dia yang aku tinggal sini sekarang? Ish semalam aku baru whatsapp dengan ibu.

"Opah..tu Khairul" kataku dengan sedikit gementar.

"Arul?"

"Opah..tolong Ara. Please jangan cakap Ara kat sini please opah.. Ara tak sedia lagi nak jumpa dia opah. Please Ara merayuu sangat.." rayuku. Aku sudah gelisah bagaimana kalau Khairul melihatku disini dan memaksa aku untuk pulang.

"Hmm yela, kalini opah tolong kamu" balas Opah Fatimah yang kasihan melihat cucunya yang merayu.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" Opah Fatimah terus berjalan menuju ke pintu.

Aku berlari masuk kebilik dan menguncinya.

"Eh Arul. Ada apa kamu datang sini?" soal Opah Fatimah yang berpura pura tidak tahu apa.

"Arul tahu yang Qhaira ada dekat sini kan?" kata Khairul yakin.

"Ara? Apa yang kamu cakap ni? Manada Ara dekat sini. Dia kan isteri kamu" nafi Opah Fatimah.

"Mesti opah tipu kan. Arul nak jumpa Qhaira. Qhaira!" panggil Khairul yang masih tidak puas hati.

"Ish apa kamu ni terjerit jerit. Malu kalau jiran dengar." marah Opah Fatimah yang sudah runsing bagaimana mahu menipu cucunya lagi.

"Biar Arul yang check." Khairul terus menerjah masuk ke dalam rumah Opah Fatimah.

"Masya Allah, bertuah punya budak!" Opah Fatimah terus mengikut cucunya.

"Qhaira keluar! Saya tahu awak ada kat sini" jerit Khairul dengan melihat sekeliling.

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now