"Kenapa awak cakap macam tu depan Dahlia?" soal Khairul sambil memandu.
"Dahlia?" soal aku hairan, kedengaran seperti mereka berdua ni rapat ya.
"Ohh yaa maksud saya Cikgu Dahlia, awak cakap kat saya yang minyak motor awak habis tapi kat dia awak cakap saja nak naik kereta harini?". Haish Khairul ni tak reti menyabar ehh, kalau iye pun bagi laa sampai dalam rumah dulu.
"I dont know why but saya tak berkenan dekat Cikgu Dahlia" aku lebih suka berterus terang daripada rahsia.
"Tak berkenan? Maksud awak?" soal Khairul sambil memandang aku dengan kerutan di dahi.
"Saya pun tak tahu nak jelaskan macam mana tapi apa yang saya boleh bagitahu saya tak selesa bila tengok awak dan dia" balas aku sambil memandang diluar tingkap.
"Ohhh okey paham" balas Khairul sambil tersengih. "Paham ? Apa yang awak paham?" soal aku yang ingin tahu adakah Khairul dapat memahaminya.
"Awak cemburu ehh. Kan kan?" jawab Khairul sambil jari telunjuk menunjuk ke arah muka aku.
Kenapa semua orang cakap aku ni cemburu eh? Kan aku cakap aku tak suka dan tak selesa tengok diorang asyik berkepit je kat sekolah.
"Cemburu? Ohh hell no" balas aku sambil menjeling ke arah Khairul
"Hahahaha. Macam macam laaa awak ni Qhaira" ketawa Khairul sambil matanya fokus sedang memandu
Apabila suasana sunyi, ketawa Khairul sudah pun hilang terlintas satu soalan di otak aku.
"Awak dan Cikgu Dahlia dah lama kenal ke? Yela sebab nampak rapat semacam je" soal aku yang ingin tahu.
"Haah, kitaorang dulu sekolah sekali masa sekolah menengah lepastu awak tahu kan saya pegi UK sambung mengaji disana pula" terang Khairul sambil memutar stereng belok ke kanan.
"Ohhh kawan sekolah patut laa rapat lain macam je" balas aku selamba sambil terangguk-angguk.
"Kenapa Puan Qhaira ? Ada yang tak puas hati lagi ke?" soal Khairul dengan selorah.
"Takde apa laa, eh awak cakap nak beli minyak motor saya" hairan juga aku tak nampak kedai motor pun tapi dah nak masuk lorong taman.
Khairul menepuk dahi, "Lahhh kenapa dah nak sampai rumah awak baru nak ingatkan" balas Khairul lalu patah balik untuk ke kedai motor.
Aku hanya mampu ketawa dengan keadaan sekarang, boleh pula lupa nak beli minyak motor haihh suamiku ni.
***
Sedang aku ralit membaca buku terdengar deringan IPhone X milik Khairul."Lahh siapa pula yang call suami aku ni, Khairul pegi mana ntah dari tadi tak masuk bilik" rungut aku lalu melihat skrin iPhone X dan terpapar nama 'Aimi Dahlia'
"Perempuan ni dah kenapa call laki orang memalam ni, haih ini mesti kes sendu kan" Aku hanya membiarkan sahaja iPhone X milik Khairul berdering.
3 kali deringan yang tidak henti. "Haish apa perempuan ni nak eh? Dah orang tak jawab tuu sudah laa" marah aku lalu mengapai iPhone X tersebut.
"Hello, ye ada apa Cikgu Dahlia?" aku memulakan bicara terlebih dahulu.
"Err Khai ada tak?" soal Aimi Dahlia dia dalam panggilan. Khai? Oh yelaa diorang kan kawan sekolah hmm. Eh dia ni tak malu ke call suami orang ish
"Maaf suami saya busy, ada apa apa pesanan nak sampaikan ke Cikgu Dahlia" aku sengaja menekankan perkataan 'suami' biar jelas sikit.
"Erm takpe laa" Cikgu Dahlia terus menamatkan panggilan.
"Nak try laki aku laa tuu" aku terus mencampak iPhone X ke atas katil. Baru mahu membuka pintu tiba tiba pintu sudah dikuak dari luar.
"Eh nak pegi mana?" soal Khairul yang baru mahu melangkah masuk ke dalam bilik.
"Dahaga, nak minum air" balas aku yang kedengaran mendatar. Khairul terpinga pinga melihat perubahan aku secara tiba tiba.
Khairul menuju ke atas katil. "Eh bukan iPhone aku atas meja ke tadi?". Khairul mengapai iPhone X yang berwarna hitam lalu membuka skrin.
"3 missed call? Eh kenapa Lia call malam malam ni?" tanpa banyak fikir Khairul menelefon semula Aimi Dahlia.
"Hello, kenapa Lia call?" soal Khairul terlebih dahulu.
"Ohh Khai, tadi I call tapi isteri you jawab" balas panggilan disana.
Lebih kurang 5 minit mereka berbual dan mereka menamatkan panggilan.
Aku membuka pintu dan melihat Khairul sedang berdiri di tepi katil.
"Kenapa yang awak berdiri kat tepi katil ni, nak ganti tiang ke apa" bicara aku lalu mengemas buku di atas meja belajar.
"Awak ada jawab panggilan telefon saya ke?" soal Khairul dengan suara mendatar.
Aku memandang Khairul. "Yee kenapa?" soal aku semula dan aku dapat merasakan suasana tegang antara kami.
"Awak tahu kan saya tak suka orang kacau privacy saya" balas Khairul yang masih suara mendatar.
"Privacy ? Dia call awak banyak kali dan apa salahnya kalau saya yang angkat call tu" balas aku dengan memandang mata Khairul tanpa gerun. Amboih dengan perempuan tu pun nak privacy bagai eh
"Apa awak cakap dengan Dahlia?" soal Khairul yang kelihatan masih tidak puas hati.
"Saya just cakap awak takde, itu je" balas aku dengan jujur.
"Tapi dia cakap awak biadap dengan dia dalam panggilan tadi" kata Khairul dengan suara yang mendatar dan tegas.
Aku terkejut dengan perubahan Khairul, apa yang perempuan tu cakap?
"Biadap? Saya cakap awak takde kat sini kalau ada pesanan bagitahu saya nanti saya sampaikan. Itu je,boleh tak awak jangan mudah nak percayakan orang luar." balas aku dengan suara yang agak mendatar, ish geram pula aku!
"Dia cikgu serta kawan saya, awak tak boleh nak biadap dengan dia. Hormat dia seperti cikgu lain walaupun dia tak mengajar awak Qhaira." tegur Khairul dengan suara yang mendatar.
"Bila masa saya biadap dengan dia hah? Dia je yang melebih nak kan perhatian awak. Dan apa motif dia call suami orang malam malam ha? Boleh je kan jumpa esok kat sekolah" geram pulaa aku halahhh. Takguna kau perempuan berani mengadu dekat suami aku.
"Dia call sebab atas urusan kerja,takde motif lain pun,awak tu je yang suka fikir bukan bukan,boleh tak jadi matang sikit" balas Khairul yang tidak beranjak anak matanya memandang dua pasang mata aku.
Aku terkedu. Dia marah aku dan suruh jadi matang? Dia pikir aku apa hah? This too much!
"Ohh yee awak je laa yang matang kat sini. Saya budak mentah lagi yang sekolah pun belum habis tapi dah jadi isteri orang" balas aku dan sengaja menekankan perkataan 'matang'.
"Awak..." belum sempat Khairul habiskan bicaranya aku terus memotong.
"Dah saya nak tidur" aku terus berjalan ke arah katil baring membelakangi Khairul dan menyelimut sehingga paras dada.
Khairul memandang Qhaira dengan rasa serba salah kerna agak tegas dengan isterinya. Dia meraup wajahnya.
"Awak.. I'm sorry" ucap Khairul sambil memegang bahuku tapi aku mengelaknya.
"Saya nak tidur jangan kacau" aku terus menarik selimut sehingga paras kepala. Sungguh aku terkilan dengan Khairul malam ni. Apa yang perempuan tu dah cakap eh? Dasar kau perempuan muka je nampak baik tapi hati kotor! Tanpa diminta air mata aku gugur satu demi satu.
Kenapa kau nangis Qhaira? Kau kena kuat jangan lemah! Kata kata semangat untuk diri sendiri.
Omoo diorang dah start gaduh 😱
Jangan lupa vote, comment and share ❤
Do follow me for my next update ❤
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...