"Kak Rina!!" jerit aku dengan gembira, setelah beberapa tahun tak berjumpa kakak sepupu ehh kakak ipar hehe.
Aku terus berlari ke arah perempuan yang tinggi lampai berbadan langsing dan berambut perang dihujung pangkal rambutnya yang paras dada.
"Qhaira! Long time not see you dear" balas Kathrina Sofia lalu mereka berpelukan di ruang tamu.
"Yes, Kak Rina laa lama tak balik Malaysia" balas sambil memeluk lengannya dan kami duduk di atas sofa. Ye laa aku ni mana ada kakak abang so menumpang kasih manja sayang segalanya laa dengan diorang je hehehe.
"Sorry Qhaira, akak lately busy dengan test tambah pula praktikal itu yang akak tak sempat nak balik waktu wedding korang" balas Kathrina yang masih rasa serba salah kerana tidak dapat melihat adiknya menikah.
"Takpe laa kak, kitaorang paham bakal doktor ni busy macam mana hahaha" balas aku yang tidak mahu Kak Rina yang dilema dengan rasa serba salah.
Kathrina hanya tersenyum. Beberapa saat kemudian Khairul muncul di ruang tamu.
"Wahh awak tahu tak tadi saya cakap sorang sorang masa ambil barang dekat seat belakang. Saya ingatkan awak berdiri tepi saya nak ambil barang rupanya lahhh dah hilang" rungut Khairul yang tidak berpuas hati dengan isterinya. Habis air liur aku je bersembang sorang sorang di luar tadi, getus Khairul.
"Mana ada saya hilang, ada ni haa dengan Kak Rina" balas aku selamba tanpa melihat wajah Khairul.
"Ingat sikit, Kak Rina tu kakak saya. Akak sihat?" perli Khairul sambil menjeling ke arah aku. Wahhh depan Kak Rina bukan main jeling jeling lagi ehh kau.
"Sihat je, korang ni dari kecik sampai ke besar asyik gaduh je" balas Kathrina sambil menggeleng dengan perangai adik adiknya yang tidak berubah.
"Qhaira dah berubah tapi adik akak tu yang tak berubah erh" kutuk aku sambil menjeling semula ke arah Khairul.
"Apa jeling jeling, ingat sikit saya suami awak" balas Khairul dengan bangga lalu memandang tajam ke arah aku.
"See, adik akak tak berubah" balas aku lalu kami berdua ketawa melihat memek muka Khairul yang jelas menyampah.
"Haihh korang ni, tak sangka eh kahwin jugaa korang. Yela dulu rajin betul gaduh even just a trivial things tapi gaduh tu macam nak berperang" kata Kathrina yang masih dengan ketawanya.
Aku hanya tersengih manakala Khairul mengaru kepalanya yang ntah gatal ke tidak.
"So apa perancangan korang lepas ni?" soal Kathrina sambil memandang dua manusia di hadapanya.
"Perancangan? Perancangan apa?" soal aku yang tidak mengerti maksud tersirat Kak Rina.
"Alaa, baby?" soal Kathrina selamba. Khairul tiba tiba terbatuk kerana tersedak air liur.
"Akakkk Qhaira spm pun tak lepas lagi laaa" Aku menampar lengan Kak Rina dengan manja. Ada ke patut bangkitkan soal anak whuahhh
"Hahahah akak gurau je laa" balas Kathrina sambil ketawa apabila melihat reaksi mereka berdua.
Kami berbual panjang cerita itu ini, yela laa hampir 5 tahun Kak Rina tak balik ke tanah air ini, last balik pun 2 tahun lepas itu pun hari raya.
***
"Akak nak beli apa apa lagi? Nanti kang bila dah balik sana rindu pula nak shopping kat Malaysia ni" usik aku sambil tersengih"Hahaha balik sini bawa satu bagasi nanti balik sana bawa balik tiga bagasi pula" selorah Kathrina lalu mereka ketawa.
"Barang dekat LA sana tak sama dengan Malaysia so apa salahnya beli banyak banyak bawa balik sana hahaha" balas aku dengan gurauan.
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...