Aku memarkir motor. Selepas mematikan enjin lalu aku turun dan berjalan ke arah pintu. Tiba tiba kedengaran bunyi kereta.
Ya Khairul dah pulang. Dia perlu jelaskan kenapa dia praktikal dekat sekolah yang aku tengah belajar sekarang.
Selepas habis perhimpunan tadi. Ramai yang sedang memerhatikan aku sambil berbisik. Tapi aku buat dunno je. Tapi yang paling malu bila ada beberapa budak hingusan datang dan sakat aku ! Siapa lagi kalau bukan geng Irfan. Arghhh tunggu korang esok. !
"Surprise!"
Aku yang mengelamun terus terkejut. Aku melihat Khairul yang berdiri di hadapanku dengan senyuman yang tak dapat digambarkan. Aku menjeling dan menoleh ke belakang untuk membuka pintu.
"Alolo marah ke sebab saya tak bagitahu awak" soal Khairul sambil menarik-narik bag sekolahku yang elok tergantung di bahuku.
"Eyy eyy" aku menepis lalu masuk ke dalam rumah. "Awakkk"
Aku berhenti lalu menoleh ke belakang. "Kenapa awak tak bagitahu saya awal awal yang awak praktikal kat sekolah saya?" soal aku terlebih dahulu sambil menyilang lengan di dada.
"Ehh tu sekolah awak ke. Laa saya tak tahu pun" sakat Khairul sambil ketawa terbahak bahak. Ohh syok la tu sakat bini sendiri ? Hmph !
"Alolo jangan la marah" Khairul berjalan ke arah aku. Dia memegang kedua bahuku. "Orang nak buat surprise kat isteri orang nii" sambung Khairul sambil merosak awning tudung sekolahku. Mujur balik sekolah kalau masa nak pergi sekolah dia buat macam ni. Haa sarapan kaki la jawapannya.
"Awak patut beritahu saya dulu. Saya kan isteri awak " aku membalas tanpa sedar apa yang aku katakan. Khairul tersenyum lalu memeluk aku. "Kalau saya beritahu awak dulu. Apa yang akan awak buat ?" soal Khairul sambil memandang wajah putih bersihku. Ye ke bersih. Bersih la sebab kulit mukaku dihindari daripada jerawat dan seangkatannya. Hehehe bukan selalu nak riak.
"Mungkin saya pindah sekolah lain " Khairul ketawa dengan jawapan bernas aku. Ya mungkin aku akan pindah sekolah lain. "Alolo comelnye isteri saya nih. Nak pindah sekolah sebab taknak bertembung si suami kat sekolah yerr" Kata Khairul lalu mencubit pipiku. Aku menepis lalu memandang ke arah lain.
"Dah pegi bersiap. Kita makan kat luar nak ?" soal Khairul. Mahu tak mahu aku hanya mengangguk lalu berjalan ke tangga. Malas la aku nak masak masak ni hehehe. Sebab selalu setiap kali balik sekolah ibu yang menyediakan hidangan makanan tengah hari. Aku hanya masuk bilik mandi dan turun makan hehehe. Hmm tetiba aku rindu ibu ayah. Bila la diorang nak balik ni.
****
"Siap!" akhirnya latihan sekolah subjek sejarah telah selesai dijawab. Aku mengerling ke arah jam. Sudah pukul 9 malam. Aku keluar dari bilik,agak agak apa yang Khairul buat sekarang ni?"Awak ?"
Aku berjalan ke arah ruang tamu. Aik tak ada. Aku menyelak tirai tingkap untuk melihat diluar. Kereta ada. Tiba tiba aku terdengar bunyi bising di dapur. Aku terus berjalan je arah dapur.
Ya seperti sudah diagak. Khairul masak. Selalunya kitaorang order makanan atau makan kat luar je. Jarang la dapur ni nak berasap. Haihh isteri apa la kau ni Qhaira oii.
"Awak buat apa tu ?" soal aku lalu berdiri di sebelah Khairul. "Berperang. Tak nampak ni ?" balas Khairul sambil mengoreng nasi dalam kuali. Aku menjeling. Aku berjalan duduk di kerusi.
"Awak masak apa ?" sudah nampak tapi dibuat buat tanya pula aku nih. Khairul memandangku. "Awak rabun ke apa ? Tadi awak tengok kan apa yang ada dalam kuali ni." balas Khairul sambil menjongketkan keningnya. Aku sengih sambil mengaru kepala yang tidak gatal. Soalan apa la yang kau bagi ni Qhaira oii. Buat malu je !
"Ok nasi goreng kampung is done ! By chef Khairul yang handsome" kata Khairul dengn bangganya lalu meletakkan mangkuk berisi nasi goreng di hadapanku.
"Kenapa tak order je makanan?" soal aku sambil bangun mengambil sudu. "Ish selalu order makanan luar je. Rugi tahu tak. Habistu apa gunanya ada dapur kat rumah tapi tak masak?" Ha mula dah ceramah anak Tahir nih. Haihh dengar je la Qhaira. Suami kau jugakan.
"Erm baik lah Muhammad Khairul. Dah meh duduk makan. Orang lapar ni" lebih baik aku ikutkan je cakap Khairul sebelum dia sambung semula ceramah dia. Khairul membuat muka poker face lalu duduk bertentangan denganku.
Aku memasukkan nasi goreng ke dalam mulutku. Khairul setia memandangku. Nak tunggu aku komen la tu.
Aku menghayati rasa air tangan nasi goreng Khairul.
1 saat
2 saat
3 sa..Aku berlari ke sinki"Uwerkkk" . Khairul terkejut lalu cepat cepat ke arah aku. "Awak ? Awak okey ke ni ?" soal Khairul cemas. Aku mengangguk. Aku kumur dan mencuci mulut.
"Awak. Kenapa nasi goreng ni manis gila ? Awak letak gula ke ? " soal aku. Ya Allah nasi goreng apa la suami aku buat ni ? Manis kalah ABC . Tak pernah pernah dibuat orang !
"Gula ? Mana ada ? Saya letak garam dan perencah pastu telur, ikan bilis. Ha tu je la. Mana ada gula" balas Khairul sambil menyua air kosong kepadaku.
"Awak tunjuk bekas garam yang awak letak tu" arah aku. Pelik juga letak garam tapi rasa manis. Tak akan la suami aku tak kenal gula dan garam. Seram aku.
"Ni" Khairul memberi bekas berwarna biru. Aku membuka bekas tu lalu menepuk dahi. "Awak kenal tal garam dengn gula ?" soal aku.
"Mesti la. Gula tu manis. Garam tu masin" balasnya. Aku memejamkan mata sambil tersenyum. "Awak sebenarnya ni gula awak. Gula bukan garam !" balas aku. Rasa nak nangis je sebab suami sendiri tak tahu beza antara gul dan garam.
"Ehh la ye ke ? Ingatkan garam." balas Khairil sambil mengaru kepalanya. Aku mengeleng sahaja. "Habis nak makan apa malam ni ?" soal aku. Aku dah la tenagh lapar. Nak masak mana la reti. Kalau maggi boleh la. Tapi malam malam tak elok makan maggi.
"Saya order ae" balas Khairul sambil sengih. Aku menjeling. Eleh tadi cakap rugi la. Tu laa ni laa. Haihh order pun order la janji tal kebulur malam ni.
Qhaira mulai bila bila kau perlu belajar masak. Ya ! MASAK. Ibuuuu !!
Sorry lama giloss sis tak update !
Btw al fatihah untuk tok sis. Sebb tok baru meninggal minggu ni. Tu yg sis busy ke sana sini. Huhuhu~
Next week sekolah dah start uolls !!
SPM IS WAITING LOL ㅠㅠ
Btw thankyou so much ! Sbb sudi baca CPIM !!
Keep reading and vote yaa !!
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...