"Tahniah Qhaira,semoga kamu terus berjaya"
"Tak sangka pandai juga cucu Timah ni"
"Tahniah Qhaira,nanti boleh laa tolong ajarkan anak makcik yang baru nak SPM tu"
Aku hanya mengangguk disertai dengan senyuman. Aku berjalan ke dapur dan melihat opah yang sibuk menyediakan hidangan untuk tetamu.
"Opah pegi laa rehat, biar Ara dengan yang lain buatkan" arah aku,kesian melihat wanita yang setengah abad sedang gigih bekerja untuk memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar.
"Takpe laa Ara, opah larat lagi nak buat ni. Kamu pegi laa kat depan sambut tetamu yang datang tu" arah opah Fatimah sambil berjalan ulang alik dari meja ke meja.
Aku hanya mengeluh, nak halang tak guna juga sebab opah ni memang degil macam cucunya juga hmm.
Aku berjalan ke ruang tamu, tetamu mula memenuhi ruang. Aku memandang ke arah khemah yang dipasang dihadapan rumah, tujuan adanya khemah adalah untuk mengelakkan berlaku kesesakan untuk tetamu yang datang makan.
Tiba tiba sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah opah, aku memerhati kereta tersebut.
"Khairul.."
"Haa kamu termenung apa kat luar tu?" Tegur opah dari belakang.
"Khai datang laa opah" balas aku dengan sedikit cemas, aku tak bersedia untuk bersua muka dengannya selepas kejadian tempoh hari.
"Bagus laa dia datang, kalau tak datang mahu orang tu muncung mulut" usik opah Fatimah lalu berjalan ke arah tetamu.
"Takde masa la nak muncung mulut, kalau dia tak datang pun aku tak kesah" balas aku perlahan, risau kalau tetamu terdengar.
"Assalamualaikum"
"Walaikumusalam, haa Timah ni anak menantu kamu dah sampai" balas Halimah dengan menyua tangan untuk bersalaman.
"Cik Limah sihat ?" Soal Puan Munirah prihatin.
"Alhamdulillah, macam ni laa aku. Lama tak jumpa kamu berdua" balas Halimah dengan senyuman mesra.
"Haah cik Limah, encik abang ni busy je memanjang" balas Puan Munirah lalu ketawa.
"Eh mana Khairul ? Tak datang ke?" Soal Halimah sambil melihat ke arah pintu.
"Mesti laa datang, ni kan kenduri untuk isteri dia" balas Puan Munirah.
"Lama tak jumpa dia, eh jom ke dapur. Mak kamu ni dari tadi ke sana sini tak henti henti" ajak Halimah dengan melangkah ke dapur.
"Cik Limah macam tak kenal mak" balas Puan Munirah lalu mereka berdua ketawa.
Nampak sahaja susuk tubuh Khairul aku terus berjalan masuk ke bilik. Nanti kang tak pasal pasal ada drama tak berbayar kat sini.
Khairul juga turut melangkah mengikut isterinya.
"Awak.."
Aku memandang Khairul kosong walaupun dalam hati ini aku benar benar rindu dengan dirinya seperti mahu peluk sekuat kuatnya tapi...
"Ingatkan awak taknak datang" balas aku tanpa memandangnya.
"Mesti laa saya datang, saya nak raikan kejayaan isteri saya bersama" balas Khairul dengan nada yang rendah.
Aku memejamkan mata dan menarik nafas. "Lagipun bagus juga laa awak datang so takpayah la opah pening fikirkan kita" balas aku dengan ego.
"Sayang.."
Aku rindu panggilan tersebut. Tapi aku tak boleh nampak mudah dihadapannya.
"Saya minta maaf..saya mengaku saya salah sebab tengking awak. Saya minta maaf" pinta Khairul dengan menyesal.
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...