Pejam celik dah bulan Mac dan cuti penggal!! Yeahh cuti. Ibu dan Ayah akan berangkat ke umrah lagi 5hari. Dan aku akan bernikah dengan Khairul Lusa?!!
Aduh rasa cepat je masa berlalu. Rasa macam aku ni baru dilahirkan. Acewahh Qhaira, kau bukan baru dilahirkan tapi bkal melahirkan anak. Eh apa yang aku merapu.? Ya Allah buangkan lah perangai aku yang suka merapu ni!
Knock Knock
Lamunan aku mati bila mendengar ketukan pintu. Aku bangun dan memulas tombol pintu. Terlihat ibu berdiri di hadapan bilik aku. "Kenapa ibu?"
"Tu Khai datang. Dia ajak beli barang. " Kata ibu. Khairul datang? Ajak beli barang? kenapa aku?
"Ala Qhaira malas la bu" balas aku
Sungguh aku berasa sangatlah malas di petang hari."Apa malas malas? Khai tu bakal suami kamu" Ha sudah ibu mula nak membebel la tu. Baik aku pegi. "Yala ibu Qhaira pegi. Suruh dia tunggu qhaira siap dulu"
Ibu mengangguk dengan senyuman dan berlalu dari situ. Aku menutup pintu. Dan pegi ke arah bilik air dengan kaki yang berat nak melangkah.
****
"Kau nak beli apa lagi Khai?" soal aku. Hampir sejam kami jalan jalan. Tapi satu barang tadak kat tangan. Ish tadi kata ajak beli barang. Sekarang mana barangnya?
"Ala kita jalan jalan la dulu" balasnya sambil berjalan. kedua tanganya menyelup ke dalam poket seluar jeansnya yang berwana hitam. Hari ini dia kelihatan kacak pakai cap, baju tshirt berwarna hitam putih dan ada logo Supreme.
Eh jap logo Supreme? Aku memandang pula baju aku. Supreme?! Aku baru sedar baju kami sama kecuali warna je lain. Baju aku berwarna biru dan berlengan panjang. Macam mana la aku tak perasan tadi.
"Qhai!"
aku tersentak bila terdengar ada orang memanggil Qhai.Tapi aku keliru. Qhaira ke? Khairul?
Aku dan Khairul memandang ke arah yang menjerit memanggil Qhai.
Khalil!
That means aku la. Aku memandang Khalil yang berlari ke arah kami. "Kau buat apa kat sini?" soalan apakah? Dah terang terang aku kat Mall dia boleh tanya buat apa?
"Aku tengah jual ikan kering. Tak nampak?" balas aku sinis. Khalil mengaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.
"Hehe sorry. Eh ni sapa?" soalnya apabila nampak seorang lelaki yang berpakaian serba hitam di sebelah Qhaira.
Aku memandang Khairul yang tengah buat muka macam tak suka. Eleh jangan kata tak suka kalau aku kawan dengan Khalil ae. "Sepupu aku Khairul"
Khalil kelihatan sedikit terkejut. Khairul? Eh itu bukan ke nama.. Muka Khalil kelihatan tersangat lah terkejut untuk kali kedua. Muka jangan tanya kalah beruk kat hutan.
"Khai yang bakal.."
Dengar je bakal. Terus aku memotong percakapan dia. " Eh lil aku nak cari barang. Jumpa kat sekolah nanti bye" pamit aku dulu dan menarik Khairul ikut bersama.
Sejujurnya ramai yang tahu aku akan bakal menikah. Macam mana boleh heboh pun aku tak tahu. Kalau aku jumpa siapa yang viralkan siap dia! aku gumpal dia jadikan bola futsal!
Hanya geng aku saja yang tahu siapa jejaka yang akan jadi imamku. Acewah Qhaira sempat kau lagi berimam bagai.
Khalil masih berdiri disitu. "Orangnya boleh tahan segak." kata Khalil sendirian lalu ketawa kecil. Semoga kau bahagia Qhaira.
Kami berjalan menuju ke kedai apa ntah. Aku tak tengok pun. "Kawan kau ke?" soal Khairul. "Haah" balas aku pendek.
"Qhai.."
Aku memandang Khairul. Dah kenapa mamat nih panggil aku macam tu. "Asal?"
"Kau ada nak beli something ke? Yang privacy?" soalnya. Hah? Barang privacy? Apa maksud dia?
"Hah?"
Khairul menunjuk kedai yang kami tuju tadi. Aku memandang kedai tersebut.
Gulp.
Kedai Pakaian dalam wanita!! Macam mana aku boleh langkah sampai sini? Dah la tarik Khai ke sini lagi. Arhhhh malunyaa!! Ibu ayah nak balikkkk!!!
"Kau nak suruh aku pilih pun aku on je. Jom masuk" katanya lalu menarik lengan aku. "Eh wait! kau gila ke? nak masuk kedai ni ?!" soal aku dengan nada yang sedikit getar. Memang otak senget plus kuning la!
"Kau yang tarik aku ke sini ye" balasnya sambil menghadap ke arah aku. Aku hanya mengaru kepala yang dibaluti tudung bawal chiffon yang berwarna hitam.
"Aku tak sedar la langkah aku boleh sampai sini" balas aku dengan memandang ke arah lain. Taknak la bertentang mata nanti tak pasal pasal pengsan keluar buih kat mulut.
"Oh jadi maknanya kau tak akan sedar la apa yang akan berlaku pada malam pertama kita nanti?" Soalnya dengan kening terangkat disertai dengan senyuman nakal.
Terbuntang biji mata aku. Ya allah.. kenapa otak kuning sangat ni!! "Eii boleh jadi sewel aku kalau cakap dengan kau!" aku terus berlari . Malu! Ibu Ayah Khai buli Qhairaa Wuahh taknak kahwin dengan dia!
Khairul ketawa melihat gelagat aku . Eii dia nih suka sangat usik aku pasal malam pertama!
Khairul mngejar aku yang sudah ke depan. "Qhai tunggu la aku! Nanti kang silap masuk kedai pulak" terbahak bahak ketawa Khairul. Dia dah tak peduli orang disekelilingnya.
Tak malu! Gila! Maaf ya saya tak kenal lahanat mana tu. Aku melangkah laju meninggalkan dia yang masih ketawa lagi. Sambil tu tengok tengok juga kedai. Kang silap masuk malu aku. Tambah lagi bila Khairul nampak. 200 tahun aku akan menaanggung malu!
Keep reading and vote!
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...