CPIM 40

1.9K 112 6
                                    

Sedar tak sedar esok merupakan hari terakhir Khairul menjadi cikgu praktikal di sini, wahh rasa sekejap je walaupun terpaksa melalui detik detik yang boleh membakarkan hati apabila melihat Khairul bersama Cikgu Dahlia.

Qhaira kau kena belajar jadi matang, ingat nasihat orang sekeliling kau jangan main tuduh serang je Khairul suami kau!

"Qhaira Tasneem"

Aku masih mengelamun memikirkan soal bagaimana mahu menjadi matang.

"Puan Qhaira Tasneem" panggil Cikgu Zalita.

"Qhai" panggil Hasya lalu menyiku aku

"Uish pahal kau main siku siku orang pulaa" marah aku tanpa menyedari orang keliling. Hasya mengerakkan matanya ke arah papan putih

Aku melirik kearah papan putih dan melihat wajah Cikgu Zalita yang sedang memandang aku dengan wajah yang tidak dapat ditafsirkan. Gulp

"Cik..gu ada panggil sa..ya ke?" soal aku dengan gugup. Takut betul dengan renungan Cikgu Zalita.

"Eh tak, saya panggil isteri muhammad Khairul" selorah Cikgu Zalita tapi dengan nada yang tegas.

"Err..saya la tuu" balas aku dengan gugup lagi. Yang lain sudah mula ketawakan aku, aahh maluu

"Haa habistu, dah mari ambil buku latihan ni jangan sampai kejap lagi ada pula buku terbang dalam kelas ni. Cepat" balas Cikgu Zalita sambil menggeleng kepalanya, runsing dengan anak muridnya sekarang, semakin dekat dengan peperiksa semakin banyak pula yang mengelamun sana sini.

"Hehe baik" aku segera bangun dan berjalan ke arah meja guru.
.
.
.

Sedang aku berjalan ke arah bilik guru untuk menghantar buku latihan aku terlihat dua figura yang boleh buatkan hati aku panas.

"Khai esok you last dekat sekolah ni kan?" soal Cikgu Dahlia yang duduk bertentangan dengan Khairul.

"Ye, hampir 3 bulan juga laa I praktikal kat sini" balas Khairul dengan segaris senyuman.

"So apa kata kita celebrate nak?" cadang Cikgu Dahlia dengan teruja.

"Ermm nice idea, nanti i beritahu dengan cikgu lain" balas Khairul sambil memandang sekeliling dalam bilik guru. Hanya tinggal beberapa orang guru sahaja yang sedang sibuk di tempat masing-masing, mungkin cikgu cikgu lain sedang mengajar sekarang.

"Eh tak, maksud i just you and me. Kita dua je" balas Cikgu Dahlia seraya dengan senyuman yang manis.

Tidak semena mena buku latihan yang aku pegang terjatuh selerak di atas lantai. Alamak kantoi!

Khairul terus bangun berjalan ke arah aku, mati la nak bagi alasan apa ni, tak akan laa nak bagitahu aku curi curi dengar perbualan diorang?

"Qhaira?" soal Khairul yang kelihatan sedikit terkejut.

"Qhaira?" soal Aimi Dahlia lalu turut berjalan ke arah aku.

"Err habis tu awak nampak macam siapa?" soal aku untuk menutup malu. Aku terus mengutip buku yang berselerakan itu.

"Awak buat apa kat sini?" soal Khairul lalu turut membantu mengutip buku.

"Hantar buku laa, masa tengah jalan kaki tersepak kerusi ni haa" bohong aku lalu terus bangun.

"Ohh itu laa awak lain kali jalan guna mata kan dah tersepak, mujur buku je jatuh kalau awak jatuh?" bebel Khairul seraya menghulurkan buku yang dikutipnya tadi.

"Saya guna mata laa kalau saya jalan tak guna mata tak adanya saya sampai kat bilik guru ni" balas aku dengan dingin. Ntah la lepas dengar perbualan diorang buatkan aku rasa lagi panas fuh.

"Awak okey?" soal Khairul yang sedar akan perubahan aku.

"Okey je, dah saya nak pegi hantar buku dan masuk kelas jap lagi kelas dah nak start". Tanpa berlengah aku terus berjalan ke arah tempat Cikgu Zalita.

"Qhaira tu memang tak respect you as husband ke eh?" soal Aimi Dahlia sambil menjeling ke arah Qhaira Tasneem.

"Bukan macam tu but she's Qhaira Tasneem that i know, i kenal dia dari kecil lagi" balas Khairul dengan senyuman supaya tiada salah faham antara dia dan isterinya.

"Ye laa tapi itu masa tu you guys jadi cousin, sekarang korang dah husband and wife" balas Aimi Dahlia yang seperti tidak puas hati.

"Takpe Lia, i lebih selesa dengan Qhaira Tasneem sekarang. Oh yaa kita sembang pasal apa eh tadi?" soal Khairul yang tidak mahu membahas lagi tentang isterinya.

"Ermm yaa about our celebrate!" balas Aimi Dahlia dengan teruja lagi.

"Ours?" soal Khairul dengan terpinga pinga.
"Yeaa, esok kat you dah last praktikal kat sini" balas Aimi Dahlia yang berharap dapat meluangkan masa dengan Khairul.

"Tapi..macam tak best pula kalau celebrate dua je, takpe nanti i bincang dengan cikgu lain okey. Ohh yaa i nak kena pegi pejabat kejap". Balas Khairul yang kurang senang dengan cadangan Aimi Dahlia lalu dia bangun keluar dari bilik guru.

"Okey.." balas Aimi Dahlia dengan ringkas. Dulu Khai tak begini pun ini mesti sebab perempuan tu! Getus hati Aimi Dahlia yang terkilan apabila cadangannya ditolak.

****
"Awak busy ke?" soal khairul sambil memandang isterinya yang sedang tekun membaca nota.

"Tak sangat, kenapa?" soal aku yang masih fokus dengan nota yang aku salin di dalam kelas.

"Jom keluar" ajak Khairul dengan teruja.

"Keluar? Pegi mana?" soal aku dan kali ini aku memandang ke wajah Khairul.

"Dating?" soal Khairul dengan sengihan.

"Dating?  Dah kenapa pula..ini bukan hujung minggu lagi nak dating" balas aku sambil menggaru kepala, tibehh gatal.

"Habis kena tunggu hujung minggu baru nak dating, tak fun la awak ni" balas Khairul dengan nada seperti merajuk.

"Halahh halahh ye laa jom tapi mesti ada sebab kan ?" soal aku dengan curiga. Iyelah takde angin takde ribut tiba tiba ajak dating dah la bukan hari minggu.

"Hehe ini peluang terakhir awak tau nak berdating dengan lelaki yang bergelar cikgu praktikal. Esok kan lastday saya jadi cikgu praktikal nanti tak boleh nak merasa dah hahaha" balas Khairul sambil menayangkan giginya yang tersusun cantik.

"Lahh macam tu pula eh? Tapi untuk saya takde beza pun" balas aku sambil menjelir lidah. Cikgu praktikal ke tidak awak tetap suami saya Muhammad Khairul.

"Alaa jom laa" rengek Khairul yang seperti budak kecil yang mengajak keluar.

"Yelaa" aku terus bangun untuk bersiap,Khairul sudah tersenyum hingga ke telinga. Haih apa apa je la tapi ehh kejap bukan Cikgu Dahlia ajak nak celebrate ke ?

"Tapi.." Khairul memadang aku dengan riak hairan. "Kenapa pula dahh,jangan cakap awak nak cancel" balas Khairul yang seperti ingin membantah.

Perlu ke aku bagitahu yang aku ada dengar perbualan dia dengan Cikgu Dahlia. Ermm better tak payah laa nanti apa pula kata Khairul bila dia tahu aku curi curi dengar perbualan diorang masa dalam bilik guru.

"Ermm takde apa apa laa,awak tu pun pegi laa bersiap" balas aku untuk elakkan keruhan antara hubungan aku dan dia.

"Jom kita bersiap sekali laa senang,cepat sikit" balas Khairul dengan manja lalu memeluk aku sambil berjalan ke arah almari baju.

"Eyy ndaga ngada laa" balas aku yang  membiarkan sahaja pelukan Khairul.

Aku tak mahu hubungan aku dengan Khairul berantakan sebab orang luar. Selagi aku mampu bertahan,akan aku tahan.

Sorry for the late update ! 🙏❤

Jangan lupa vote,comment dan share ❤

Thankyou support CPIM ❤❤

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now