Aku menghirup udara segar di luar rumah. Tenang seketika apabila dikelilingi dengan pokok hijau.
Setelah berhari hari terkurung dalam bilik akhirnya berkesempatan juga keluar hirup udara segara.
Eh yeke berkesempatan? Sebelum ni banyak juga peluang keluar rumah tapi aku sendiri je taknak haihh.
"Opah.. Ara nak siram pokok bunga boleh?" pintaku. Mana tahu kang ada pantang larang pula.
"Haa bagus laa siram. Harini opah tak siram lagi" balas Opah Fatimah dari dalam rumah. Aku tersenyum gembira.
"La la la la la" lagu yang sering dinyanyikan apabila menyiram pokok bunga.
"Qhaira.."
Senyuman serta nyanyian aku terhenti apabila ditegur seseorang dari belakang,aku kenal suara itu. Aku mengalih belakang perlahan perlahan.
"Khairul.."
"Betul laa firasat saya yang mengatakan awak ada dekat sini" kata Khairul dengan nada mendatar.
Gulp.
"Awak buat apa dekat sini?" soal aku sambil menutup pili air paip lalu berjalan menuju ke rumah.
"Awak..dengar dulu penjelasan saya" pinta Khairul dengan memegang lenganku.
Aku menarik semula lenganku. "Takde apa pun yang perlu dijelaskan. Awak lebih pentingkan dia dari isteri sendiri!" marahku lalu terus berjalan menuju ke tangga tapi dihalang oleh Khairul.
"Qhaira please..semua orang risaukan awak. Risaukan hubungan kita dua ni, hampir seminggu awak hilangkan diri Qhaira" kata Khairul yang tidak tahu bagaimana mahu memujuknya.
"Risaukan hubungan kita? Saya rasa parents kita je yang risau bukan awak" balasku sinis.
"Qhaira! Awak masih isteri saya.."
"So what?! Kalau saya isteri awak pun jadi awak boleh sesuka hati laa nak khianat saya?" soal aku sinis. Aku cuba menahan amarah ini.
"Apa yang bising ni.. Arul?" Opah Fatimah kelihatan terkejut apabila melihat tuan badan tersebut.
"Sampai hati opah tipu Arul kan? Opah cakap Qhaira takde kat sini habis ini apa?" soal Khairul kecewa.
Mujur saja ada homestay untuk menginap disini. Dan rancangan aku datang tanpa bawa kereta berjaya sebab sekurang-kurangnya Qhaira tidak sedar akan kedatangan aku disini. Getus Khairul.
"Opah.."
"Jangan sesekali nak salahkan opah! Saya yang suruh opah bagitahu awak yang saya takde kat sini!" marah aku apabila Khairul ingin menuduhkan opah yang bukan bukan.
"Kenapa perlu tipu ha?" soal Khairul dengan nada kecewa.
"Sebab saya taknak tengok awak. Tak paham lagi ke?" balasku dengan sinis lagi.
Khairul menarik nafas sedalam dalamnya. "Kenapa awak berubah macam ni sekali? Mana Qhaira yang saya kenal dulu?" soal Khairul dengan nada sedih.
Aku memalingkan wajah ke arah lain. "Saya tak pernah berubah tapi awak Khairul"
"Ikut saya balik please" rayu Khairul dengan meraih tanganku.
Perlukah aku sudahi semua ini dengan mengikut Khairul balik dan jalani hari hari seperti biasa.
"Ikut saya balik dan kita jumpa Lia.."
Aku memandang Khairul dengan riak terkejut tak percaya. Jumpa Dahlia? Dia masih pentingkan perempuan tu lagi?! Dia pujuk aku sebab Dahlia?!
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...