CPIM 32

2.1K 126 24
                                    

Awal pagi lagi aku sudah bangun, malas nak bertembung dengan Khairul punya pasal lepas kejadian semalam.

"Qhaira taknak makan atau minum dulu ke?" soal Puan Noraini melihat anaknya yang berjalan keluar sebaik sahaja bersalaman dengannya

"Taknak, takde selera. Qhaira pegi dulu" balas aku lalu menghidupkan enjin motor.

"Eh awal Qhaira pegi sekolah, Khairul mana?" soal Encik Tahir yang melihat motor yang dibawa anak perempuannya keluar dari perkarangan rumah mereka.

"Itulahh, yang pelik dia tak breakfast pun. Khairul mungkin tengah bersiap" balas Puan Noraini lalu berjalan beriringan dengan suaminya ke dapur.

"Abang, saya tengok muka Qhaira tu masam jee. Selalunya waktu pagi diaa ceria jee" kata Puan Noraini sambil menuang kopi ke dalam cawan

"Alaa mungkin dia stress belajar kot" balas Encik Tahir sambil mencicip sedikit air kopi. "Saya rasa mungkin diorang gaduh. Iye laa Khairul tak bersiap lagi tapi Qhaira dah pegi dulu" teka Puan Noraini yang risau akan mereka.

"Diorang nak kahwin, pandai pandai laa diorang settle kan. Kita jangan masuk campur kecuali keadaan dah teruk" balas Encik Tahir dengan tenang lalu bangun untuk berangkat ke tempat kerja.

***
"Kau biar betul Qhai? Cikgu Dahlia call laki kau semalam?" soal Bella dengan terkejut.

"Apa motif aku nak tipu korang. Pasal perempuan tu laa aku bertekak dengan Khairul semalam" balas aku sambil mengengam air kotak berperisa mangga sehingga kemik. Mujur air dah habis kalau tidak mahu tersembur keluar kena tudung sekolah aku.

"Inilah dikatakan dugaan berumah tangga, sabar Qhai. Kalau apa apa terjadi terus roger kitaorang tauu" balas Hasya sambil menepuk bahuku. Aku hanya mampu tersenyum.

"Wehh belakang kauu" kata Bella sambil menunjuk kena arah belakang aku. Dah kenapa Bella ni, ada hantu ke apa belakang aku ni. Aku beralih ke belakang.

"Khairul?"

"Awak,we need to talk" kata Khairul dengan redupan di matanya.

"Kat rumah je laa, sekarang kat sekolah kan" marah aku, gila dekat sekolah nak buat hal ke apa. Tanpa berlengah aku terus bangun beredar dari situ diikuti Bella dan Hasya.

Khairul tetap mengejar aku dan dia berjaya memegang pergelangan tangan aku. "Qhaira please, im so sorry for the last night. Jangan la macam ni saya tak suka laa kalau awak bersikap macam ni" rayu Khairul dengan bersungguh. Mujur hanya ditontoni dua orang sahaja.

"Khairul please laa kat sekolah kan, jangan la macam macam" marah aku lalu melepaskan pegangan tangan Khairul. Aku beredar dari situ tanpa memandang ke belakang.

Kata kata semalam masih lagi terkesan. Dia suruh aku jadi matang? Apa dia ingat aku ni budak budak tadika ke! 

Sampai sahaja di kelas aku terus duduk di tempat. Aku meraba ke dalam laci untuk mengeluarkan buku tapi aku rasa seperti tersentuh sesuatu yang dibaluti plastik.

Aku mengeluarkan dari dalam laci, coklat cadbury hazelnut dan coklat kitkat? Halahh siapa pula yang bagi ni.

"Uishh Qhai dapat coklat lagi weh, suami kau bagi kot" teka Hasya sambil tersengih. Aku memeriksa didalam laci meja lagi. Eh ada kertas.

Aku membaca setiap perkataan yang ditulis di dalam kertas yang berwarna biru muda

Dear Qhaira, saya tahu semalam saya dah buat silap marahkan awak. Im really sorry. Please jangan merajuk lama lama nanti saya bosan sunyi sebab tak boleh kacau awak

Suamimu, Khairul

Aku tersenyum membaca 'surat minta maaf' daripada Khairul. Ohh baru tau rasa bosan sunyi, padan muka!

"Acehh Puan Qhaira tersengih nampak, halahh sweet betul Cikgu Khairul ni hmm" usik Hasya sambil menampar nampar Bella akibat teruja melihat agenda semua ini.

"Ish sakit laa bodo" marah Bella lalu membalas tamparan semula. Aku hanya ketawa melihat mereka berdua. Okey hati aku dah lega sikit dengan surat maaf dan coklat hehe.
.
.
.
Sedang aku menuruni anak tangga aku bertembung Cikgu Dahlia. Aku melemparkan senyuman yang manis sekali kepada Cikgu Dahlia.

"Ermm cikgu" sapa aku terlebih dahulu.

"Ye Qhaira? Ada apa apa ke?" soal Cikgu Dahlia dengan tenang seraya dengan senyuman. Muka je nampak tenang tapi hati tak tenang tengok kebahagian orang lain.

"Ermm saya nak ucap terima kasih" ucap aku disertai dengan senyuman. Cikgu Dahlia memandang aku dengan pelik.

"Terima kasih untuk apa ya?" soal Aimi Dahlia yang tidak dapat teka apa yang cuba ingin disampaikan oleh Qhaira Tasneem.

"Pasal semalam laa, kalau bukan disebabkan cikgu berbual mengadu something dengan Khairul dalam panggilan semalam mungkin saya tak dapat coklat dan surat cinta ini" balas aku seraya menunjukkan coklat dan surat yang dipegang tadi.

Muka Aimi Dahlia jelas kelihatan geram tapi cuba berlagak tenang.

"Bagus laa, jaga suami awak baik baik jangan sampai ada yang rampas pula" balas Cikgu Dahlia dengan senyuman terhias dibibirnya.

"Kalau ada yang cuba merampas suami saya, saya anggap dia tuu orang yang perlu di simpati laa. Sebab tak ada yang sukakan dia itu yang jadi perampas" balas aku selamba tak lupa juga dengan senyuman manis untuk Cikgu Dahlia.

Wajah Aimi Dahlia masih kelihatan tenang walaupun marahnya meluap luap. "Kalau takde apa apa cikgu pegi dulu, ada meeting" pinta Aimi Dahlia lalu beredar dari situ.

"Baru kau tahu langit tu rendah ke tinggi erh" aku terus menuruni anak tangga dengan riang.

Tanpa disedari Qhaira, Aimi Dahlia sedang memerhatikan sosok gadis itu. "Macam mana lain pula jadinya, si Khairul pun kenapa mudah mengalah dengan budak sekolah ni erh" marah Aimi Dahlia yang tidak berpuas hati.

"Ohh perempuan simpati eh? Heh" senyuman senget terukir di bibirnya. Lalu dia terus beredar dari situ, tak betah berada di sini lama.

Sebenarnya tiada perjumpaan guru hari ini kerana ditunda minggu hadapan tapi sengaja beri alasan mahu lari daripada Qhaira Tasneem supaya mukanya masih dapat dikawal daripada marah.

Apa laa rancangan seterusnya  Cikgu Dahlia nanti 😰

Okey esok pula sambung next chapter  😂
Tido dulu ,jaljaa ❤

Jangan lupa vote, comment dan share ❤

Do follow me to my next update ❤

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now