CPIM 51

1.8K 112 36
                                    

"Lia dari mana dengan bag semua ni?" soal Encik Rahman yang sedang memotong rumput di halaman rumah.

"Jangan sibuk laa" balas Aimi Dahlia lalu terus berjalan masuk ke dalam rumah.

"Lia dah balik?" soal Puan Mona dengan senang. Risau dirinya apabila mengetahui yang anak sulungnya masuk ke dalam hutan.

"Habis mama nampak siapa depan mama ni hah?" soal Aimi Dahlia dengan sinis.

Riak wajah Puan Mona terkejut dengan perangai anak sulungnya yang kini sudah berubah 360° tak seperti dulu.

"Lia penat laa, jangan ganggu". Aimi Dahlia terus menyelit ketepi untuk masuk ke rumah.

Kenapa anakku berubah sebegini? Adakah ini salahnya kerana tidak dapat didik dengan sempurna? Ya Allah kau kuatlah hatiku ini. Doa Puan Mona dalam hati.

Aimi Dahlia terus membaringkan badannya ke atas katil yang empuk. "Huh penatnya".

Aimi Dahlia tersenyum apabila mengingati sesuatu. Dia mengeluarkan iPhone,"Tak sia sia juga laa aku join camping ni kan". Aimi Dahlia tersenyum melihat gambar gambar yang di tangkap semasa di camping.

"Handsome juga Khai walaupun dalam hutan" bicara Aimi Dahlia sendirian dengan senyuman manis. Dia meneliti wajah dalam skrin iPhone itu.

-
"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam, eh Khai dah balik" Puan Noraini yang sedang menyiram pokok terus berjalan ke arah menantunya.

"Ingatkan balik petang" kata Puan Noraini dengan melihat wajah menantunya yang kelihatan penat.

"Kalau ikut jadual memang petang tapi ketua ada urusan so semua terpaksa balik awal sekali" terang Khairul dengan senyuman.

"Ohh, dah kamu pegi laa rehat, ibu tengok kamu ni macam penat jee" arah Puan Noraini.

"Okey. Err ibu Qhaira mana?" soal Khairul yang teruja untuk berjumpa isterinya.

"Qhaira macam biasa laa tidur lagi time ni. Haihh bila nak berubah ntah laa dah kahwin pun tetap bangun  lewat juga". Keluh Puan Noraini sambil menggeleng.

"Hehe, Khai masuk dulu". Pinta Khairul lalu terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Hatinya tidak sabar mahu mengejutkan isterinya. Dia menguak pintu bilik perlahan dan menjenguk ke dalam.

Khairul tersenyum melihat isterinya yang sedang nyenyak tidur. Khairul berjalan tanpa mengeluarkan bunyi dan perlahan-lahan meletakkan bag di tepi meja.

"Qhaira Qhaira, suami awak takde kat sebelah pun awak boleh tidur dengan nyenyak eh. Aku punya laa susah nak tidur tapi dia kat sini hmm" bicara Khairul keseorangan sambil melihat wajah polos isterinya.

Qhaira mengeliat tapi matanya masih terpejam.

"Amboi mengeliat. Nyenyak betul awak tidur ye sayang". Tegur Khairul yang dari tadi hanya memandang isterinya.

Aku terus membuka mata dan beralih ke arah suara tersebut. Aku melihat Khairul mendepakan tangan.

Aku terus bangun dan memeluk Khairul. Khairul memelukku dengan erat.

"Awak rindu saya eh?" soal Khairul dengan menunduk melihatku.

"Tak pun" nafi aku.

"Habis kenapa terus peluk saya?" soal Khairul dengan sengihan.

"Dah awak depa tangan, nanti saya reject awak nangis pula". Selorahku dengan mata yang masih terpejam dalam pelukannya.

Khairul ketawa dengan gelagatku. Comel, getus hatinya.

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now