CPIM 48

1.8K 109 17
                                    

3 hari sudah berlalu tapi aku dan Khairul masih tidak bercakap. Masing masing senyap tanpa bicara.

"Korang dua ni ada masalah ke? Senyap je" soal Puan Noraini yang kehairanan melihat anak dan menantunya. Kalau sebelum ini tak kira dekat meja makan ke, ruang tamu ke, bilik ke mesti dengar je dua orang tu bising tapi harini dalam sejarah mereka hanya mendiamkan diri saja.

"Takde apa laa bu, kitaorang okey je" balas aku sambil menyuap nasi kemulut tanpa melihat mereka.

"Betul ke Khai?" soal Puan Noraini yang inginkan kepastian.

"Err ye kitaorang okey je ibu, jangan risau laa hehe". Balas Khairul dengan sengihan lalu menyuap nasi kemulut. Dia memandang Qhaira yang sedang tekun makan tanpa melihat sesiapa.

Dia marah kat aku lagi ke? Aduhh cemana nak pujuk dia ni halahh.

"Khai tak balik jenguk mama ke?" soal Puan Noraini sambil melihat menantunya.

"Tak sebab mama dan abah takde, diorang pegi LA jumpa Kak Rina". Balas Khairul dengan tenang. Puan Noraini hanya mengangguk sahaja.

Selesai makan tengah hari bersama aku terus naik atas rebahkan diri di atas katil.

Sampai bila aku nak dingin dengan Khairul eh? Ibu pun dah mula sedar perubahan kami haihh kalau ibu ayah tahu mati kami nanti.  Tapi ini semua salah Khairul! Dia nak sangat menyebelahi perempuan plastik tu!

Sedang ralit termenung tiba tiba pintu dikuak. Aku melihat Khairul melangkah masuk kedalam dan aku terus mengapai iPhone lalu buka instagram.

"Awak.." panggil Khairul dengan nada perlahan.

Tapi panggilan itu diendah oleh aku. Aku masih tekun scroll melihat gambar di instagram.

"Qhaira Tasneem". Panggil Khairul dengan tegas. Aku memandang sekali lalu, "Apa?".

Keluhan berat terdengar dari mulut Khairul. Pandai pandai kau laa nak pujuk aku Muhammad Khairul.

"Sampai bila kita nak jadi macam ni hah? Ibu pun dah perasan tau perubahan kita ni" balas Khairul yang melabuhkan punggung disebelah aku.

"So?" soal aku ringkas.

Masih kedengaran keluhan dari mulut Khairul. Rasa kelakar pula tapi aku cuba untuk menahan dan hanya fokus pada skrin iPhone.

"Okey saya mengaku lagi semua ni salah saya, please Qhaira kita berbaik semula macam sebelum ni?" rayu Khairul yang buntu bagaimana mahu memujuk isterinya lagi.

"Awak tak mengaku pun saya tahu ini semua salah awak sebab awak lebih pentingkan perempuan lain daripada isteri sendiri" balas aku dengan memandang wajah polos Muhammad Khairul.

"Okey saya mengaku. Maafkan saya sayang" rayu Khairul lagi tapi kalini dia mengenggam tangan kanan aku.

"Tapi awak boleh janji yang awak tak akan rahsia apa apa daripada saya? Tak akan tipu saya dan tak boleh jumpa dengan perempuan tu tanpa pengetahuan saya?" soal aku untuk kepastian.

"Ye saya janji tapi.."

"Tapi apa lagi hah?" potong aku sebelum mendengar habis ayat Khairul.

"Err saya dan Dahlia satu universiti mungkin kami akan berjumpa tapi tapi kami berjumpa sebab study. Please jangan salah faham" rayu Khairul dengan memandang kedalam anak mataku.

"Satu universiti?!" soal aku dengan terkejut. Adakah ini satu kebetulan atau memang dan dirancang ?

"Err yee" balas Khairul dengan gugup.

Aku cuba positifkan diri. "Okey awak boleh jumpa dia tapi hanya untuk study dan tak boleh berduaan". Peringatan daripada seorang isteri kepada suami.

"Okey anything for you sayang". Khairul terus memeluk aku dengan erat seperti sudah lama tidak berpelukan.

"Kalau awak mungkir janji, tahu laa nasib awak" aku memberi amaran keras kepada Khairul yang masih memelukku.

"Insya allah saya akan pegang janji ini. Thankyou sayang". Pelukan kami semakin erat.

***
"What? Qhaira buang?!" soal Aimi Dahlia dengan terkejut.

"Ye maafkan i  Lia. I  bukan tak hargai tapi you fahamkan Qhaira macam mana?". Balas Khairul yang rasa serba salah kerana tidak menghargai pemberian tersebut.

Aimi Dahlia menarik nafas dan beriak tenang. "Takpe la dah takde rezeki you. I beli mahal mahal tau jam tu tapi takpe la" balas Aimi Dahlia dengan senyuman.

Taguna kau budak! Aku dah agak pasti kerja kau punya! Getus hati Aimi Dahlia.

"Takpe i  bayar balik berapa harga jam tu" balas Khairul yang semakin menebal rasa bersalah apabila mengetahui bahawa harga jam itu agak mahal.

"Takpe i  halalkan. Biasa la budak lagi kan memang macam tu hahaha" balas Aimi Dahlia dengan ketawa kecil tapi dalam hatinya sudah sumpah seranah kepada gadis yang bernama Qhaira Tasneem.

"Sorry sekali lagi tau" mohon Khairul lagi.

"Kalau macam tu you belanja i  makan baru i  maafkan" cadang Aimi Dahlia dengan senyuman.

"Tak boleh sebab.."

"Isteri you tak bagi?" teka Aimi Dahlia yang seperti faham dari riak wajah Khairul. Khairul hanya mengangguk.

Melampau betul si Qhaira ni sampai nak makan dengan suami dia pun tak bagi. Kau tunggu la budak..

"Takpe laa dah isteri tak bagikan nak buat macam mana hmm" kata Aimi Dahlia dengan nada sayu.

"Sorry Lia" mohon Khairul tanpa henti.

"Its okay, i  faham biasa la perempuan kan.." balas Aimi Dahlia dengan senyuman yang tak lekang dibibir.

"Thankyou sebab faham i  Lia" balas Khairul dengan senang hati sambil tersenyum pada gadis itu.

Aimi Dahlia terpana melihat senyuman itu. Dia mahukan senyuman itu hanya untuk dirinya sahaja! Aku perlu buat sesuatu sampai Khairul gilakan aku semula!

Game start Qhaira Tasneem.

Harini  rasanya 3chapter dah update hehe ❤

Vote, comment and share ❤

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now