"Kawan kawanku sekaliann. Ustazah Asma ada memberi bekalan kepada kita pada hari ini" kata Faris sebaik sahaja menjejakan kakinya ke dalam kelas dan memegang sebuah bag hijau. "Ustazah tak datang hari ni sebab anak dia sakit. Jap lagi ada cikgu yang relief dalam kelas kita" sambung Faris lagi.
"Bekalan ? Bekalan ape ? Makanan kah ? Lauk ape ? Sedap tak" bertubi tubi soalan mengarut daripada Aizat yang sememangnya terkenal dengan sikap poyonya itu.
"Lauk apa tak pasti. Tapi sedap juga la" balas Faris yang sememangnya kepala masuk air sekali Aizat. "Nahh ambil sorang tiga helai" arah Faris sebaik sahaja mengeluar isi dalam bag hijau tersebut. "Watdehek men ? Kau kataa sedapp. Ni aku tengok pun tak lalu tauu" geluh Aizat apabila melihat kertas kerja rumah yang telah siap disediakan oleh Ustazah Asma untuk mereka sekelas. Semua ketawa dengan jenaka Aizat dan Faris.
"Hoii kau nak A+ ke tak ha ?" soal Bella apabila melihat Aizat yang bermalasan memegang pen. Satu kelas tahu perangai Aizat yang sememangnya tak suka akan homework tapi keputusan peperiksaan gempak. Rasanya bukan Aizat sorang je yang tak suka akan homework tapi boleh dikatakan seluruh pelajar di Malaysia. Hiks. "Kau kata kat aku ke ?" Aizat menunjuk dirinya. Dia berpura pura seperti tidak terasa dengan soalan yang diajukan oleh Bella.
"Eh tak laa aku cakap dengan kertas kau!" marah Bella sambil mencapai pen yang berada di atas mejanya dan terus membuat kerja yang diberikan oleh Ustazah Asma. "Ohh tak tahu pula aku yang kau boleh bercakap dengan kertas. Hebat" balas Aizat yang sengaja menyakitkan hati Bella.
Bella memandang dengan pandangan maut. "Qhai ! Tengok mamat poyo nii!" ngadu Bella pada aku. Aku jugaa laa yang kau cari Bella. "Ahh aku malas masuk campur rumah tangga orang" balas aku sambil tanganku bergerak menulis.
"Qhai ! Apa kau nii. Rumah tangga ? Ewww memang takk laa dengan mamat ni!" balas Bella dengan jelingan. "Elehh macam aku teringin sangat. Blah arr" balas Aizat yang sengaja buat hati Bella membara. Dari tahun lepas Bella dan Aizat asyik je perang mulut. Yang jadi mangsanya aku nanti yang akan leraikan peperangan tu. Bagi kahwin kang habis cerita !
"Dah dah senyap buat homework tu. Kau pun satu Jat takboleh bertolak ansur sikit ke dengan perempuan?" ketua kelas mula bersuara apabila menganggu konstrasinya untuk membuat homework. "Perempuan lain boleh. Kalau dengan dia. Sorry not sorry" balas Aizat sambil menunjuk ke arah Bella dengan pen biru yang dipegangnya.
"Wahhh dasar anjirr kau eh mamat" balas Bella dengan geram sampai terkeluar haiwan haram. Mujur haiwan tu comel kalau haiwan satu lagi yang warna pink tu oink oink mahu aku luku kepalanya nanti. "Language" tegur aku.
"Ehem"
Semua pelajar terdiam apabila mendengar deheman tersebut. Aku malas nak ambil tahu siapakah yang berdehem tu. Apa yang pasti aku nak siapkan homework sebelum balik rumah.
"Qhaii.." panggil Bella
"Ape kau ni jangan ganggu aku laa" balas aku. Aku nak siapkan homework aku ni haihh.
"Qhaii.." panggil Hasya pula.
Dah kenapa dua minah ni alaa. Aku ambil keputusan malas layan. Macam tak tahu perangai syaiton syaiton ni yang mencuba hasut aku supaya siapkan homework dirumah.
Tapi kenapa aku rasa suasana kelas sunyi sepi semacam ? Ahh tak apa laa aman sikit.
"Qhaii..." Bella dan Hasya memanggil aku dengan serentak. Ya Allah apa yang korang nak ni sebenarnya ha ?
"Korang ni dah kenapa ?!" sabar aku ada terhad juga. Dari tadi Qhai Qhai Qhai. Aku nak buat homework tak senang. Satu kelas memandang aku. Yang tadi sunyi sepi sekarang bertambah sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi kipas siling berpusing.
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...