Suasana di dalam kelas menjadi sunyi. Hanya bunyi kipas kedengaran.
"Siapa tak siap. Siapa tak bawak buku. Bangun!" kata Cikgu Zalita. Cikgu Bahasa Melayu. Garangnya Ya Allah kalau harimau ada mesti dia cabut lari. Suara halilintar boleh gegar satu bangunan ni tambah lagi bila mood dia marah. Redha je la.
"Betul semua siap? Saya akan pegi check sorang sorang" kata Cikgu Zalita dan mula berjalan ke arah meja pelajar sambil melihat buku di atas meja.Dengar bunyi tapak kasutnya pun dah seram.
"Kenapa tak siapkan. Kenapa buat separuh je?" soal Cikgu Zalita pada Nizam. "Err.. sa..yaa"
"Saya apa?!Berdiri kat luar!" semua terkejut suara cikgu Harimau nih. Aku hanya dapat mendiamkan diri. aku periksa semula buku karangan. Kang ada tak siap naya kena jerkahan dari dia.
Habis Cikgu Zalita periksa ke semua kerja sekolah yang diberinya minggu lepas. Dia memulakan mengajar. Satu masa kena bebelan. Satu masa lagi baru mengajar.
Hanya 3 orang saja yang berdiri di luar. Dan 2 orang berdiri di belakang sebab tak bawak buku.
****
"Weh seram aku tengok Cikgu Ta tadi. Mujur aku siap kerja dia. Kalau tak. Tak tahu apa nasib aku bhai" Kata Bella sambil membayar duit untuk air kotak pada Kak yang menjaga koperasi tersebut.
"Tahu takpe" balasku pendek. Hasya hanya mengangguk. Kami berjalan ke arah kantin. Ramai pelajar yang beratur hendak beli makanan.
Selepas aku membeli makanan. aku ke meja yang diduduki oleh Bella. "Sya mana?" soal aku bila tak nampak kelibat rakannya sorang lagi.
"Aku kat sini. " kata suara dari arah belakang aku dan duduk di hadapan aku. "Kau pegi mana?" soal aku sambil menyuap nasi ke dalam mulut dan memandang wajah Hasya yang bersih dari sebarang jerawat.
"Beli makanan la.. Kau biar betul tak perasan aku berdiri tepi kau tadi." kata Hasya seperti seperti tidak percaya.
"Oh ye? tak perasan pun" balas aku dengam sengihan. "Ermm Sya kau kena paham. Kalau si Qhai ni nampak makanan dia tak pandang orang dah. Mata dia akan tertumpu pada makanan je. Aku rasa kalau hantu duk tepi dia pun. Dia tak sedar " Balas Bella lalu ketawa. Diikuti dengan Hasya.
"Eh mulut kau bebaik sikit. Mana ada" Aku menafikannya! "Ade laa.. buktinya tadi" balas Hasya pula. Mereka high five bersama. Aku menjeling.Baik aku layan nasi ni.
Mereka ketawa lagi bila melihat perubahan muka aku. Eiii sumbat kang straw dekat kerongkong tu. Padan muka.
Selesai makan. Kami pun ke kelas. Malas nak duduk kantin lama lama. Sesak.
****
"Assalamualaikum" Aku menjejak kaki masuk ke dalam rumah. Terlihat ibu sedang mengubah pokok bunganya di ruang tamu. Itulah hobi ibu bila takde kerja nak dibuat. Adehh apa yang istimewa kat bunga tu pun aku tak tahu. Aku tengok biasa je.
"Qhaira dah balik? Ha pegi mandi solat pastu turun makan. Kejap lagi ayah balik. Ada hal nak bincang dengan Qhaira" kata Ibu. Matanya masih lagi pada pokok bunga.
"Bincang? Nak bincang apa?" soal aku. pelik tetiba nak berbincang dengan aku pulak tu. Tak kan nak bawak pegi holiday lagi? Masa cuti haritu dah pegi Vietnam.
"Pegi la mandi dulu" Aku hanya mengakur kata kata ibu. Lalu aku melangkah ke bilik.
****
Aku menuruni tangga. Terlihat ayah juga turut berada di meja makan. Bila ayah balik?
Aku ke meja makan dan duduk berhadapan dengan ibu. "Ha hal apa nak bincang bu ayah?" soal aku sambil minum air yang dituang oleh ibu awal lagi.
Ibu ayah berpandangn. Pelik. "Sebenarnya.."
Kenapa perlu lambat cakap.? Haish makin pelik aku. "Sebenarnya apa ayah?"
"Nor awak la cakap" kata ayah. Ish lagi aku pelik .Tiba tiba ayah suruh ibu sambungkan kata kata tu.
"Saya juga. Abang la" balas Ibu.
"Ada apa ni ibu? Ayah? buat Qhaira curiga jer" balas aku bila melihat ibu ayah asyik berpandangan.
"Sebenarnya ibu ayah dapat pegi umrah lagi" balas Ibu dengan senyuman. Diikuti ayah juga. Okey..habistu nak bincang apa lagi ? Ish makin pelik ibu dan ayah ni. Kata hatiku.
"Wahh seronoknya"
"Tapii.." senyuman ibu ayah mati. Aik kenapa? Tak suka ke?
"Ibu ayah pegi sana lama. Mungkin 2 atau 3 minggu dan lepas tu ibu dan ayah akan ke Australia nak tengok Pakteh" kata ibu lagi.
"Takpe la Qhaira boleh duduk dengan opah macam selalu" balas aku. Ya setiap kali ibu ayah pegi umrah opah akan datang rumah kami dan akan menjaga aku. Yang paling seronok opah selalu masak makanan sedap hingga menjilat jari. Nak dikatakan opah ni memang sporting la.
"Tapi sekarang opah sakit" balas ibu. Senyuman aku mati. Sakit? Sakit apa? Teruk ke?
"Opah sakit?sakit apa bu?" soal aku dengan nada risau. "Opah demam je. Sekarang maksu yang jaga kan opah" balas Ayah sambil kerling pada ibu.
"Hbis Qhaira tinggal dengan sapa?" soal aku hairan. Tak akan tinggal sorang? Tapi seronok juga tinggal sorang kan? hehehe
"Ibu dan ayah dah cadang kan.." aku ternanti nanti kata kata ibu itu. Buat suspend pulak.
"Qhaira akan kahwin"
Sel otak aku seperti terputus. Darah seperti berhenti mengalir. Aku menjadi patung yang bernyawa di situ.
Kahwin?!
Keep reading !
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
Storie d'amoreQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...