CPIM 14

4.8K 191 9
                                    

Aku memandang cermin sambil membetulkan awning tudung. "Okee donee !" aku mengambil bag sekolah dan berlalu keluar daripada bilik. Mata ku tercari-cari mana laa si suami ku yang sorang ni.

"Hoi !" terjah Khairul. "Oh mak kau melambung" aku mengurut dada aku. Taguna punyaa suami boleh berhoi hoi dengan isteri sampai termelatah aku dibuatnya. Memang nak kena ! Aku melihat Khairul sedang galak gelakkan aku. "Awak ni dah kenapa ? Jangan sampai pagi ni awak sarapan dengan penampar saya pula. Mujur saya tak ada heart attack tahu tak ? Kalau tak, jadi duda la awak ni nanti" bebel aku dengan panjang. Haa bagi lagi Qhaira Tasneem terkejut amboi !

Khairul masih lagi ketawa terbahak bahak. Aku tengah marah boleh dia gelak lagi. Bukan setakat gelak je ni tangan pun turut main peranan menampar nampar aku ni apa kes ? Tak lama juga suami aku ini. Sabar Qhaira sabar. "Garang la awak ni cik Qhaira oii" kata Khairul yang masih dalam dunia ketawanya.

"Dah la ! Saya malas la nak layan awak pepagi ni. Saya pegi sekolah dulu. Bye!" aku terus beredar daripada jadi mangsa penampar dia pagi ini. Kang aku tampar balik tak ke sekolah dia harini. Eh jap ! Sekolah ! Aku terus beralih belakang melihat Khairul dan dia masih ketawa. Hobi mungkin ? Atau untuk terapi minda otak dipagi hari.

Aku berjalan ke arah Khairul. "Awak" aku inginkan semuanya berjalan dengan lancar. "Ape ?" soal Khairul. Ketawa dia sudah habis. Alhamdulillah kalau masih ketawa lagi mungkin aku akan sediakan yassin sesiap. Sebab aku pernah baca satu article ada sorang lelaki ni mati sebab over laugh. Mana tahu lepas ni Muhammad Khairul Bin Tahir pula. Ish ! Apa yang kau merepek ni Qhaira. Kau nak ke jadi janda muda ?!

"Ni apesal senyap pula ?" soal Khairul sambil memperbaiki tali leher yang sedikit senget akibat ketawa tadi. Macam teruk kan dia punya ketawa hahahaha. "Eh..ehemm" aku berdehem. Tu laa berkhayal lagi sampai apa kau lupa nak tanya apa.

"Haa ! Ni..." belum sempat aku nak terus bersuara Khairul memotong. "Nak tunggu awak bercakap ni sempat lagi kalau saya masuk toilet buang air besar..."

"Awak ! Pengotor laa buang air besar bagaii. Ish" benda kotor juga laa dia nak buat main pun. Khairul ketawa dengan reaksi aku. Hmph lawak sangat la tu. Tampar kang.

"Ni sayaa nak cakap kalau kat sekolah kejap lagi. Awak jangan tegur saya tau. Saya taknak jadi bahan dengan kawan kawan saya tu. Malu" kata ku. Sungguh aku tak sanggup diperkotak katikkkan oleh kawan kawan aku terutama sekali laki laki dalam kelas aku. Siapa lagi kalau bukan Irfan and the geng. Ada saja diorang nak menyakat aku nanti ! Dan akan disokong oleh Hasya dan Bella. Menyampah !

"Ermm tengok dulu" balas Khairul dengam senyuman yang penuh makna. "Awakk betul betul laa..janji ?"  bukan boleh harap sangat dengan mamat otak senget ni. "Hmm. Ni awak bila nak pegi sekolah. Selalunya pantang kalau pegi lewat." kata Khairul sambil menyinting lengan baju kemejanya yang berwarna kelabu.

"Awal la..gi.." aku mengerling jam DW yang terlilit pada pergelangan tangan kiri aku. "Haa ?! Pukul 7:05 minit ??!!!" aku terus berlari ke arah pintu. "Awak punya pasal la nii sayaa dah lewatt !!" jerit aku ni muka pintu.

Khairul berjalan ke arah aku. "Dia yang salah pastu salahkan kita pula. Apa punya isteri laa" balas Khairul sambil mengeleng. Aku endahkan kata katanya lagi terus ke motor. "Qhaira sayangg.." aku terkedu. Qhaira sayang ? Dah kenapa mamat ni kena sampuk ke apa ? Aku beralih ke belakang dan melihat dengan pandangan yang pelik. Dan tiba tiba Khairul menyua tangannya. Oh yaa ! Salam !

Aku terus meluru ke arah Khairul dan salam. Khairul masih lagi memegang tangan aku. "Awak nak apa lagi ? Saya dah lewat ni" . Lahai suamiku bolehkah engkau membiarkan aku pergi dengan tenang ? "Taknak peluk cium ke sebelum ke sekolah ? Berkat hidup awak nanti" balas Khairul dengan senyuman yanh mempunya maksud tersirat.

"Ish gedik laa awak ni " aku mengigit lengan putih Khairul dan berlari sebaik sahaja tanganku dilepaskan. "Aduhh. Qhaira Tasneem !" Aku terus membawa lari motor sehingga ke pagar. Sebelum memulaskan minyak aku pandang ke arah Khairul yang masih mengosok lengannya. Padan muka. "Byee !" aku menjelir lidah sebaik sahaja Khairul memandang aku.  Nak peluk cium sangat kan. Ambek kau HAHAHAHA. Pagi pagi dah buat jahat kat suami ye kau Qhaira. Takpe balik rumah tengah hari nanti saya minta maaf kat awak ye suamiku. Hiks.

"Ganas juga isteri aku ni. Sabar la Khairul dapat isteri macam Qhaira" keluh Khairul tapi terbit senyuman dibibirnya. Khairul mengunci pintu sebaik sahaja mengambil beg dalam rumah. Dia meluru ke kereta Inspira berwarna merah. Setelah masuk ke dalam kereta Khairul memikirkan sesuatu sambil mengetuk jari pada stereng kereta. Dan senyuman tiba tiba terukir di bibirnya. Tunggu kau Qhaira hehehe.

Khairul menghidupkan  enjin kereta dan meluru keluar daripada perkarangan rumah.

Sorry kalau buat korang tertunggu tunggu next chapter 🙏

Thankyou support #CikguPraktikalISMine ❤

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now