Seminggu telah pun berlalu sejak kejadian bertemu dengan Khalil di mall tempoh hari. Sumpah aku tak sangka yang Khalil sanggup lakukan semua tu.
Pulang dari tu kami tidak membangkitkan langsung hal itu, sebab aku tak nak berlaku pergaduhan antara aku dan Khairul. Biar lah benda dah jadi pun nak putar balik perbetulkan semua dah tak boleh.
"Termenung jauh nampak" tegur suara dari belakang.
"Eh tak laa termenung dekat" balas aku selamba. Khairul ketawa terkekek lalu duduk berhadapan dengan aku.
"Dah dah termenung jauh ke dekat ke jom masuk, ibu ada masak pisang goreng" ajak Khairul lalu menarik lengan aku untuk masuk ke dalam rumah. Nak tak nak kena turuti juga laa dibuatnya dia dukung aku depan ibu ayah tak haru nanti fuh.
"Saya yang tolong ibu kupaskan pisang okey" kata Khairul dengan bangga semasa kami berdua melangkah masuk ke dalam rumah.
"Halahh poyonya baru tolong kupaskan pisang dah acahh rajin konon" usik aku sambil memandang Khairul dari atas bawah.
"Suami awak ni memang rajin, cuma isteri pulaa yang malas hmm" balas Khairul lalu ketawa melihat reaksi aku. Amboii sedapnya mulut dia cakap aku malas eh.
"Disebabkan awak mengaku yang awak rajin dan saya malas, dengan ini awak laa yang kena settle kan semua kerja termasuk memasak, mengemas, cuci pinggan, sidai kain, siram po... " tak sempat aku menghabiskan kata kata Khairul terus menekup mulut aku.
"Hmm hmm hmm" marah aku walaupun tidak difahami oleh Khairul.
"Ye ye,banyak la awak saya kena buat semua kerja tuu. Amboihh habis awak pula nak buat apa ? Tido makan tido ? Pikir saya ni orang gaji awak?" leter Khairul lalu melepaskan tapak tangannya yang menekup mulutku.
"Yelaa dah awak cakap awak rajin,buat laa semua tu werkk" aku terus melarikan diri ke dapur,ibuuu tolong Qhairaaa.
"Haii apa yang lari lari ni, korang ni dah besar panjang tapi main kejar mengejar lagi. Dibuatnya jatuh nanti kat dapur haihh laa bertuah punya budak" leter Puan Noraini melihat anak dan menantunya yang main kejar mengejar di dapur.
"Qhaira ni ibu, dia nak Khai yang buat semua kerja" ngadu Khairul seperti anak kecil.
"Eyy ngada ngadanyaa mengadu kat ibu kite" balas aku dengan menyampah, halahh main mengadu dengan ibu pulaa tunggu kau ehh Muhammad Khairul.
"Ish apa ni Qhaira, kenapa nak suruh suami pula kena buat kerja semua ni? Sebagai suami isteri kena saling bantu membantu. Mana boleh harapkan sorang je" jelas ibu yang sudah berpengalaman menjadi seorang isteri serta ibu.
"Dengar tu Puan Qhaira Tasneem?" perli Khairul lalu ketawa melihat muka aku yang masam mencuka hmph!
"Tadi Khairul claim diri dia rajin, so dia laa kena buat semua tuu" balas aku yang tidak berpuas hati.
"Dah memang saya rajin nak buat macam mana, semua orang cakap saya acah acah rajin tapi saya memang dilahirkan untuk jadi rajin hmm" balas Khairul dengan berlagak campur bangga.
Aku mengerdip mata berkali kali. Macam pernah dengar dialog tu tapi bunyi lain sikit. "Wahhh rajin yee? Rajin ehh mari sini kauu" Aku terus mengejar lelaki yang claim dirinya rajin tu.
"Ibuu tengok Qhaira nii sakit laaa, lepas laaaa pikir ni gaduh perempuan lawan perempuan ke haa? Lepas laa" mengaduh Khairul apabila rambutnya menjadi sasaran oleh ku. Ahh perempuan tak perempuan rambut adalah sasaran yang terbaik untuk bergaduh antara pasangan. Kalau tak tarik rambut nak tarik apa lagi kan?
"Masya Allah..Qhaira Tasneem, Muhammad Khairul sudah!" marah Puan Noraini apabila melihat aksi tarik menarik rambut antara suami isteri. Tak pernah ada dalam sejarah keluarga suami isteri lawan tarik rambut.
Pergaduhan aku dan Khairul terhenti apabila disebut nama penuh oleh ibu cuma tak sebut nama ayah je.
"Kau ni laki ke perempuan eh ganas semacam" soal Khairul yang keliru dengan jantina isterinya. Itu tangan ke atau mesin tangan ehh sakit betul kepala aku ditarik rambut fuh, gerutu hati Khairul.
Aku memandang tajam ke arah Khairul. Sambil memperbetulkan rambut yang kusut.
"Haihh apa nak jadi dengan korang ha? Korang dah kahwin dah jadi suami isteri tapi masih lagi gaduh macam budak budak. Ini kalau ayah nampak mahu pening dia lihat korang berdua ya Allah" leter Puan Noraini sambil menggeleng kepalanya melihat anak dan menantunya ini.
"Hehe maaf" ampun aku terlebih dahulu.
"Ermm maaf ibuu" Khairul juga turut meminta maaf.
"Salah awak laa ni" kata ku perlahan sambil menjeling melihat Khairul.
"Saya? Awak laa yang mula dulu" balas Khairul yang tidak mahu mengalah juga.
"Haa sudah, haihh ibu tak tahu laa macam mana korang tinggal berdua tanpa pengawasan kami nanti" kata Puan Noraini yang pening memikirkan pasangan suami isteri ini.
"Ermm insya Allah dah tak gaduh kalau Qhaira ni dah matang nanti" balas Khairul dengan selamba disertai sengihan
Aku mengangguk tapi.. Eh kejap dia cakap aku tak matang laa sekarang ni? Aku menjegil mata ke arah Khairul yang masih tersengih.
"Sayaa? Awak tuu..." belum sempat aku ingin membalas ibu sudah memotong percakapan aku.
"Qhaira sudahh..kejap lagi ayah dah nak balik kalau dia lihat korang dengan serabut serabai ni tak tahu laa apa reaksi ayah nanti. Dah pegi naik atas kemaskan rambut lepastu baru turun makan pisang goreng" arah Puan Noraini lalu mengangkat dulang air ke ruang tamu untuk makan petang.
"Sayaa masuk bilik dulu" tanpa berlengah aku terus memecut laju lari ke arah bilik.
"Hoii hoii tunggu laaa" Khairul juga turut berlari ke arah bilik.
"Ya Allah apa nak jadi dengan diorang tuu, nak. Masuk bilik pun nak kena lawan lari ke haihh" Puan Noraini menggeleng melihat tingkah laku anak dan menantunya.
"Assalamualaikum"
"Walaikumsalam, ha abang dah balik" Puan Noraini terus mengambil barang dari pegangan suaminya.
"Abang tahu tak tadi Qhaira dengan Khairul boleh lawan tarik rambut, ya Allah pening saya dibuatnya" ngadu Puan Noraini kepada suaminya.
Encik tahir hanya ketawa mendengar cerita daripada isterinya.
"Awak! Itu sikat saya laa! Sikat awak kat dalam laci" jerit suara dari atas. Mendengar suara itu Puan Noraini dan Encik Tahir sudah dapat teka suara siapa.
"Abang tengok tuu anak perempuan awak, ya Allah tak habis lagi gaduh. Tadi gaduh pasal siapa paling rajin ini berebut sikat pula" Puan Noraini sudah memicit dahinya akibat pening mendengar pertelingkahan anak dan menantunya
Encik Tahir yang sedang mencicip air teh panas ketawa. "Biasa laa diorang tu masih mentah budak budak lagi, nanti bila dah besar matang okey laa tuu." balas Encik Tahir yang masih ketawa mendengar pergaduhan di tingkat atas.
"Harap begitu laa" kata Puan Noraini yang berharap agar anaknya cepat matang dan dapat berfikir dengan rasional.
Harini sis double triple update hehe, thankyou yang sudi membaca ❤
Jangan lupa vote, comment and share ❤
Do follow me for my next update 😊
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...