CPIM 11

6K 234 5
                                    

Pejam celik pejam celik. Dah mula hari persekolahan. Rasa sekejap pula dan sedar tak sedar dah lebih kurang seminggu  ibu ayah ada dekat Mekah dan sedar tak sedar juga aku telah pun bergelar isteri kepada Muhammad Khairul Bin Tahir. Dan sedar tak sedar juga dah nak masuk bulan April. Dan sedar tak sedar juga tahun ni aku akan menduduki SPM. Huh banyak sedar tak sedar aku nih.

"Menung apa tu hah ?" soal Khairul yang sedang berdiri bersebelahan aku. Aku yang sedang mengikat tali kasut terkejut. Haih mujur tak termencarut jer. "Mana ada termenung pun" balas aku lalu mempercepatkan ikatan tali kasut sekolah. Haihh Qhaira waktu ikat tali kasut pun boleh nak mengelamun lagi.

"Erm ye la tu" balas Khairul yang bersandar pada pintu. "Awak pergi daftar jadi cikgu bila ?" soal aku sambil memperkemaskan kasutku. "Ehh awak ingat saya budak sekolah macam awak lagi ke yang nak berdaftar bagai" balas Khairul dengan ketawa kecil. Aku menjeling.

"Saya tak kata pun awak daftar sebagai pelajar. Saya kata sebagai cikgu. Cikgu" balas aku dengan mengulangi perkataan cikgu. Bagi dengar jelas sikit. "Hmm apa apa je la. Kira nak menang jerr" kata Khairul sambil merosakkan awning tudung sekolah aku.

"Awak! Eyy habis dah tak jadi tudung saya laaa" Hish ni yang nak marah. Aku cukup pantang la kalau orang main tudung aku nih. "Aloo orang sentuh sikit jer" bela Khairul sambil ketawa. Tengok dia yang selalu buli aku ! Tengok la aku report kat ayah nanti ! Whuahhh.

"Mana bolehh!" balas aku sambil memperbetulkan tudung dengan melihat side mirror motor. "Ni nak tanya pergi sekolah sebab nak belajar ke atau nak melawa je ?" soal Khairul lagak seorang ayah sambil menjongket kening sebelahnya.

"Erm what ever" balas aku. Malas nak layan,nanti tak pasal pasal aku pergi sekolah lewat semata mata berperang mulut dengan mamat otak senget nih. Aku berjalan ke arah motor milik aku.

"Ehh awak lupa sesuatu la Qhaira" langkahku terhenti apabila mendengar Khairul kata aku ada terlupa sesuatu ? Aku memeriksa seluruh badan aku. Baju,tudung,kain,bag,buku,kotak pensel,botol air,stokin,kasut,lencana Ok PERFECT ! tapi apa yang aku lupa ?

"Apa yang saya lupa ?" soalku untuk mendapat jawapan. Apa yang aku lupa. "Sini" arah Khairul. Malas nak melawan aku pun berjalan ke arahnya.
Tiba tiba Khairul menyua tangan kanannya. Aku memerhati tangan yang berkulit cerah itu. Dia nak suruh aku kerat tangan bawa pergi sekolah sekali ke ?  Aku memadang wajah bersih Khairul sambil membuat muka yang maksud 'apa' . Aku melihat Khairul mengeluh.

"Salam"

Mulutku berbentuk 'O' sambil mengangguk. Eh jap. Salam ?! Gulp.
"Err perlu ke ?" soalan bodohku yang terpancul keluar. Khairul menepuk dahi. Err

"Kalau nak ke sekolah awak kena salam saya dulu. Selagi awak tak salam dengan saya. Selagi tu awak tak boleh ke sekolah" kata Khairul seperti memberi perintah. Alaa Khairul ni, tetiba rasa malu menguasai diriku. Aku melihat jam tangan pada pergelangan tangan kananku. Lagi 5 minit dah nak dekat pukul 7. Nak tak nak aku terpaksa juga salam. Haih Qhaira tak baik mengeluh. Salam dengan suami je pun bukan  suami jiran sebelah.

Semasa aku bersalaman dengan Khairul tiba tiba ada sesuatu mengosok kepalaku. Gulp. Aku mana biasa dengan situasi yang macam ni ! .

"Belajar rajin rajin ya" katanya dengan memberi senyuman yang boleh membuatkan aku mendapat diabetes. Allahu akhbar. Suami aku ke ni ? Tanpa berlengah aku terus berjalan ke arah motor dan menghidupkan enjin. Pipi aku terasa bahang apabila teringat senyumannya Khairul serta kata katanya. Walaupun terasa biasa apabila didengar tetapi boleh membuatkan hati aku berbunga bunga.

Aku meninggalkan halaman rumah dengan senyuman yang tak dapat digambarkan. Harap harap masa belajar nanti aku tak angau la dengan senyuman si mamat otak senget tu ! Kalau tidak mati !

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now