Setelah seminggu berperang untuk menjawab soalan peperiksaan percubaan spm akhirnya berakhir juga, eh iye ke berakhir tapi SPM sebenar belum lagi ish.
"Qhai petang jom lepak nak?" soal Bella sambil mengemas barang di atas meja. "Ermm nak lepak mana?" soal aku pula, kang si Bella ni bawa aku pegi club pula tak naya aku, Iyelaa dah habis exam kan.
"Lepak je la mana mana,dah alang alang kita baru habis exam so otak ni kena laa chill sikit" balas Bella dengan sengihan. Bella ni pantang ada kesempatan mesti nak enjoy je kerja dia mujur otak tu geliga juga bila waktu belajar.
Dari jauh aku lihat Hasya sedang berlari masuk ke dalam kelas. "Wehh korang korang aku ada cerita ni" kata Hasya dengan nafas tercungap.
"Apa lagi Hasya, ada cikgu praktikal baru lagi ke?" perli aku sambil melihat Hasya yang sedang menarik nafas dan hembus berkali kali.
"Eyy takk laa,tadi aku hantar barang cikgu dekat bilik guru pastu kann aku dengar..." Hasya masih tercungap cungap lagi,dia menarik nafas sedalam dalamnya dan hembus. Kami berdua setia untuk mendengar cerita 'gempak' daripada Hasya.
"Aku dengar..yang Khalil dah dibuang sekolah" sambung Hasya lagi dengan nada yang sedih.
Aku terkejut dengan khabar berita ini,yee cerita kalini ni memang agak gempak. Khalil dibuang sekolah ?!
"Kau biar betul wehh, Khalil kelas lain kot" nafi Bella yang seperti tidak percaya.
"Ishh mana adaa,cikgu siap sebut nama kelas kita lagi" balas Hasya dengan serius sambil memandang kami berdua.
Aku tidak ada kata kata yang ingin dikeluarkan. Ianya secara tiba tiba,kenapa Khalil dibuang sekolah ?
"Kau biar betul Hasya" soal suara daripada belakang, kami bertiga melihat ke arah itu.
Irfan,sahabat baik Khalil. Wajahnya jelas kelihatan agak sedih. Iyelahh kawan baik dibuang sekolah tanpa tahu sebab.
"Apa masalah Khalil sebenarnya eh? Aku tak paham betul laa" rungut aku apabila terbayangkan Khalil yang semakin aneh.
"Khalil berubah lepas kau kahwin Qhai" balas Irfan sambil memandang lantai. Aku terkejut, what? Lepas aku kahwin? Apa kena mengena pula?
"Maksud kau?" soal aku yang inginkan kepastian.
"Sebenarnya Khalil dah lama syok kat kau tapi kau je tak sedar pastu tahu tahu je kau dah nak kahwin" balas Irfan tanpa berselindung. Yaa dia sudah tahu akan perasaan Khalil terhadap Qhaira tapi dia mengambil keputusan untuk senyap dan berlakon seperti tidak tahu apa. Dia taknak hubungan mereka sebagai rakan terputus gara gara semua ini.
"Syok kat aku? Wehh aku dah anggap dia macam kawan baik aku doo" balas aku yang masih tidak percaya. Suka dekat aku? Ahh gilaa laa!
"Ntah ntah coklat yang kau selalu dapat memang betul daripada Khalil" teka Bella dengan terkejut. "Oh my god!" diikuti Hasya juga.
"Habis kalau dia dibuang sekolah, spm macam mana pula?" soal aku yang risau dengan masa hadapan Khalil, ish kalau takde sijil spm kau nak keja pun susah bhaii.
"Parents dia kan kaya" balas Irfan dengan keluhan lalu beredar dari situ.
"Kenapa jadi macam ni doo" soal Hasya dengan nada sedih. Mereka sudah berkawan agak lama tapi berakhir seperti ini? Berakhir sebelum mereka menamatkan pengajian di sekolah menengah.
"Tapi yang aku hairan kenapa dia dibuang sekolah? Apa salah yang dia dah buat?" soal aku yang masih tidak berpuas hati.
"Mungkin sebab dia banyak ponteng sekolah" balas Bella sambil mengangkat kedua bahunya tanda tidak pasti.
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...