CPIM 19

4.1K 182 7
                                    

"Wehh sambal nasi makcik kantin harini masin bhaii. Korang tak rasa ke" soal Bella yang dari tadi tak puas hati dengan sambal makcik kantin. Tak puas hati pun habis jugaa ditelannya.

"Masin laa jugaa tapi sedap jee" balas Hasya yang sememangnya bukan jenis cerewet bab makanan. Sedap ke tak ditelannya je.

Haritu kitaorang makan roti sosej yg dah tarikh luput ! Patut la rasa lain macam.Aku dan Bella rasa nak muntah je. Tapi si Hasya ni boleh pula kata sedap. Ntah la deria rasa dia ni hilang ke apa.

"Eh Qhai dari tadi diam asal ?" soal Bella dengan kehairanan

"Tak ada apa apa la". Balas aku dengan pendek. Kami melangkah masuk kelas bersama sama. Berbaki lagi 10 minit rehat nak tamat.

Aku kearah meja guru dan duduk termenung melihat setiap penjuru kelas. Tak lama lagi aku akan tinggalkan kelas ni,tinggalkan sekolah ni,tinggalkan kawan kawan dan guru guru.

"Eh Qhai dalam laci kau ada coklat la !" jerit Hasya dengan teruja.

Aku yang tengah termenung masa depan terus tersedar dengan jeritan Hasya. Halah coklat je pun haih.

"Cadburry bhaii" sambung Bella pula sambil membelek belek coklat tersebut. Aku berjalan ke arah mereka. "Kau ni belek coklat macam tak pernah tengok je" kata ku dengan memandang pelik ke arah dua minah kepochi ni. Ye laa dok belek sana sini macam kali pertama jumpa coklat.

"Ish kau ni ingat aku hulu sangat ke ? Aku nak check manatahu adaa nama pemberi macam dalam novel dan drama tuu" balas Bella yang terus membelek plastik coklat tu.

Betul juga cakap Bella,aku pernah terbaca dalam novel scene macam ni. Tanpa berlengah aku terus merampas coklat cadburry daripada pengangan Bella. Aku membelek belek seperti Bella tadi.

"Haih takpernah tengok coklat ke?" balas Bella dengam sinis. Aku memandang tajam ke arah Bella. Bella berpura pura tak nampak pandangan aku. Aku terus menyambung membelek balutan coklat tersebut.

Ish sapa la baik hati sangat ni ? "Nah korang ambil laa. Aku taknak". Aku terus menyua coklat tersebut ke arah mereka berdua.

Diorang punya teruja tu jangan tanya la. Tapi biasa la untuk perempuan coklat adalah penawar dan kebahagian HAHAHA.

"Serius la kau ni Qhai ? Coklat ni untuk kau kot. Manatahu laki kau yang bagi" tanya Hasya untuk kepastian.

"Ye laa,lagipun takdak maknanya Khairul nak bagi. Kat rumah aku banyak coklat yang Khairul beli. Dia kata untuk kecemasan bila aku tengah sedih ke apa." balas aku lalu duduk di kerusi aku iaitu di tengah tengah antara diorang.

"Auch sweet la laki kau" balas Bella sambil menampar aku. Ye aku dah biasa dengan dua minah ni. Kalau excited ke nervous ke mesti tampar dan aku la mangsanya. Bertabahlah Qhaira Tasneem yee.

"Sweet celah mana laa. Kau ni pun". Nafi aku,aku cuba memyembunyikan perasaan semua ini. Ya betul kata Bella yang Khairul ni memang sweet orangnya.Ada ke patut borong habis coklat semata mata nak buat stok kat rumah. Nak bela bagi isteri dia sampai montel ke apa ni haih.

"Ehemm adaa kawan tu tersenyum sorang sorang laa" Usik Bella dengan senyuman nakal.

Hasya yang baru hendak memasukkan coklat kedalam mulutnya beralih melihat aku. "Acewahhh Qhai sekarang dah pandai feeling haa" Usik Hasya lalu mereka ketawa bersama.

Kurang asam ! Tapi tadi aku senyum ke ha ? Ahhh malunyaa aku ! Ish Bella ni cepat je nampak reaksi muka aku ni ha.

"Dah ahh aku malas layan korang. Aku nak gi tandas". Baik aku berambus buat sementara sebelum muka aku merah dengan usikan dua minah kepochi tu. Rehat berbaki lagi 5 minit. Halah lalu depan tandas pastu patah balik pun dah okey. Bukan apa nak hilangkan rasa malu je hahaha. Sebaik sahaja aku ingin melangkah keluar kelas aku hampir terlanggar seseorang.

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now