"Kenapa Khai tak angkat call aku ni ! Dia pegi mana" soal Aimi Dahlia geram kerana sudah 3 hari Khairul tidak menghubunginya.
Teringat kejadian dimana dirinya berada disebelah Khairul ketika dia sedang tidur. Nasib menyebelahi aku nampaknya. Kata Aimi Dahlia dengan senyuman sinis
"Ini laa jadinya kalau call taknak angkat, memang depan rumah aku cari kau Khairul." Kata Aimi Dahlia apabila sudah berdiri tegak di hadapan rumah buah hatinya.
Aimi Dahlia berjalan masuk tanpa berfikir panjang. Dia melihat pintu rumah itu tidak tertutup. senyuman sinis terhias di bibirnya.
Terlihat sekujur tubuh sedang lena diulit mimpi di atas sofa ruang tamu . "Bagus kerja korang ni, nah". Puji Aimi Dahlia sambil menghulurkan sampul yang berisi .
Dua lelaki yang berbadan sasa mengambilnya dengan senyuman lebar dan beredar selepas mengucap terima kasih.
"Bahaya betul, nasib aku yang datang kalau perompak?" Soal Aimi Dahlia sendirian dengan senyuman nakal. Dia mendekati tubuh lelaki itu.
"Muka ini laa yang patut aku tatap setiap kali bangun tido" bisik Aimi Dahlia perlahan kerana tidak mahu mengganggu tidur lelaki itu.
Lamunanya terhenti apabila teringat Qhaira Tasneem yang tetiba sampai di rumah. Kacau daun betul la !
Ting !
Ada mesej masuk. Aimi Dahlia terus menatap iPhone dan membaca mesej tersebut.
Khairul :
I nak jumpa you pukul 2Senyuman lebar terukir dibibir Aimi Dahlia. Finally !
Tanpa berlengah Aimi Dahlia terus mencari pakaian yang sesuai untuk berjumpa kekasih hatinya !
.
.
."You sorry lambat, jalan jem tadi" Kata Aimi Dahlia sebaik sahaja tiba di tempat yang ingin berjumpa.
"Kenapa you nak jumpa I ? Mesti you dah tak tahan dengan bini you kan ? Hmm I faham" sambung Aimi Dahlia yang yakin dengan kata katanya.
Khairul tersenyum sinis.
"You kenapa ni ? Qhaira buat apa kat you ? Dia ada minta cerai ke ?" Tanpa berlapis Aimi Dahlia terus menuju soalan tersebut.
Khairul memandang tajam ke arah Aimi Dahlia. Berani dia cuba burukkan isterinya yang sedang terlantar di hospital itu.
"Apa yang you cuba buat Lia ? Apa sebenarnya plan you ?" Soal Khairul yang tidak mahu kelihatan terdesak.
Aimi Dahlia terdiam.
"Apa maksud you ? Plan.. ? I takde plan apa apa pun" Balas Aimi Dahlia sedikit tergagap.
"3 hari lepas, macam mana you boleh ada dalam rumah I ?" Soal Khairul yang tidak berpuas hati.
"Apa you ni.. you lupa ke.. err you yang ajak I laa" nafi Aimi Dahlia.
"You tipu, hari tu kita takde jumpa pun macam mana I nak ajak you masuk rumah I" balas Khairul dengan nada yang mendatar.
"Tapi I ada mesej you nak jumpa kann" balas Aimi Dahlia untuk pertahankan supaya tidak terkantoi.
"Cukup laa Lia, baik you jujur je. You plan semua ni sebab nak rumah tangga I musnahkan ?" Soal Khairul dengan nada yang sama.
"Tak laa, betul I tak tipu" nafi Aimi Dahlia yang sudah mati akal.
"Kenapa you tipu Lia ?" Soal Khairul lagi tapi dengan nada yang lemah.
"Sumpah I tak pernah tipu you Khai" balas Aimi Dahlia dengan yakin.
"Amnesia ? Hilang ingatan?" Balas Khairul yang malas mahu berdebat dengan wanita dihadapannya.
Gulp. Terkesima Aimi Dahlia.
"Kenapa Lia.. kita dah takde apa apa Lia cukup laa what have you done Aimi Dahlia ! Enough!" kata Khairul dengan nada tegas. Terhinjut bahu Aimi Dahlia dek terkejut.
"Semua ni salah you !" Jerit Aimi Dahlia yang tidak dapat mahu nafikan apa lagi. Rahsia semua dah terbongkar.
Khairul terkejut dengan jeritan Aimi Dahlia yang tak disangka. "Apa yang I dah buat ?" Soal Khairul yang tidak faham. Hubungan mereka telah putus beberapa tahun lepas, apa lagi yang Aimi Dahlia mahukan.
"Kalau you tak tinggalkan I, I pun tak akan jadi macam ni ! You tinggalkan I waktu I perlukan seseorang untuk I luah ! You tahu tak sakitnya I kena hadap semua benda ni seorang diri." Balas Aimi Dahlia dengan tangisan. Khairul hanya diam mendengar.
"You pun tahu I tak ramai kawan dan you je yang I ada dan boleh diharapkan. Tapi you make a choose to leave me !" Sambungannya lagi.
"Tapi you yang minta break, bukan I" balas Khairul yang seperti tidak adil apabila dipersalahkan.
"Ye, I yang minta putus sebab I tak sanggup berhubungan jarak jauh sebab lagi sakit bila tahu mungkin you akan curang". Balas Aimi Dahlia dengan air mata yang tidak henti mengalir dari tubir mata.
"I still love you back then Khairul. Believe me" luah Aimi Dahlia yang cuba meraih simpati dari jejaka di hadapannya.
"You tahu kan I orang yang macam mana tapi you..you yang tak percayakan I eh bukan tapi kita. You yang tak percayakan hubungan kita. You pikir I sama macam ex you yang dulu" balas Khairul yang tidak mahu mengalah.
Aimi Dahlia terdiam. Betul apa yang dikatakan oleh Khairul. Dirinya trauma apabila ditinggalkan oleh kekasih yang sangat disayangi dengan alasan mahu sambung belajar jauh. Akhirnya dia dikhianati.
"You jangan salahkan orang lain sedangkan semuanya ada pada you Aimi Dahlia" pesan Khairul sebelum bangun dari kerusi batu di tasik.
"Khai.. please don't leave me again" rayu Aimi Dahlia dengan tangisan yang tak dapat dihentikan.
"Sorry Lia..I have my wife that need me right now" balas Khairul tanpa memandang wajah gadis dihadapannya.
Baru sahaja mahu melangkah tetiba terdengar suara ketawa. Khairul memandang belakang dan terkejut bila Aimi Dahlia yang ketawa. Apa yang kelakar ?
"You sure your wife need you right now ?" Soal Aimi Dahlia sambil mengelap air matanya.
"Apa maksud you?" Soal Khairul yang hairan. Tadi menangis sekarang ketawa, sah perempuan ni memang tak betul.
"Your wife mesti tengah bertarung nyawa atau tengah prepare nak menghadap Tuhan kan ?" Soal Aimi Dahlia dengan ketawa.
Khairul terkejut mendengarnya. Tiada siapa yang tahu tentang kemalangan Qhaira kecuali keluarga sahaja. Macam mana Lia..
Khairul memandang Aimi Dahlia dengan riak terkejut. "Jangan cakap you yang..."
"Exactly babe" balas Aimi Dahlia tersenyum. Puas hatinya apabila melihat Qhaira yang nyawa nyawa ikan apabila dikejarkan ke hospital waktu itu.
"How.. Lia ! Apa yang you cuba buat Aimi Dahlia !" Soal Khairul dengan nada tinggi. Dia tidak menyangka perempuan yang dianggap baik tapi cuba untuk bunuh isterinya.
"I cuma nak ambil hak I balik je !" Marah Aimi Dahlia yang masih tidak boleh lupakan kisah lalu.
"Tapi itu dulu Lia. Kita dah takde hubungan apa apa lagi, hubungan kita dah berakhir 5 tahun lepas" balas Khairul dengan nada direndahkan. Dia kasihan melihat gadis dihadapannya ini.
"No ! You milik I !" Jerit Aimi Dahlia yang tidak menghiraukan orang yang memandang mereka.
Tak mahukan perhatian orang lain, Khairul melangkah beredar dari situ. Hatinya menyesal kerana sudah menjadi penyebab isterinya yang sedang terlantar di hospital.
Ting !
Ibu :
Qhaira dah sedarKhairul tersenyum melihat mesej dari ibunya. "Alhamdulillah" tanpa berlengah Khairul masuk ke dalam perut kereta dan memandu laju ke hospital.
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...