"Angah tunggu sini,ibu nak bawa nenek jumpa doktor" kata Puan Salehah kepada anaknya. "Okeyy, tapi angah nak pegi cafe lapar laa hehe" balas Bella dengan sengihan
Puan Salehah hanya mengangguk lalu menolak kerusi roda yang diduduki oleh ibunya, nenek kepada Bella masuk ke bilik doktor untuk membuat pemeriksaan.
Bella berjalan ke arah cafe yang berada di tingkat bawah, "Ramai betul orang kat cafe eh, mesti geng geng lapar juga" bicara Bella sendirian lalu ketawa kecil
Tiba tiba matanya teralih ke arah satu pasangan yang dia cukup kenal. "Eh tu laki Qhai tapi asal dia kat sini. Qhai sakit ke kenapa tak bagitahu pun hmm" Tanpa banyak soal lagi Bella terus mengeluarkan iPhone X dan membuka applikasi whatsapp.
Qhai gengster :
Wey Qhai, kau sakit ke ?
Beberapa minit kemudian mesejnya dibalas.
Qhai gengster :
Sakit ? Apa yang kau merepek ni. Manada aku sakit
Kau okey ke takk
"Lahh aku tanya dia,dia pula tanya aku okey ke tak" kata Bella pelik.
Qhai gengster :
Tapi aku nampak laki kau kat hospital, aku ingatkan kau sakit ke apa
Ting !
Qhai gengster :
Ohhh dia lawat member dia sakit.
"Ohhh lawat member tapi perempuan yang dengan Khairul tadi aku macam kenal" bicara Bella sendiri lagi lalu memandang ke arah pasangan tersebut.
"Haaa Cikgu Dahlia !" Kata Bella dengan terkejut apabila sudah ingat perempuan tersebut.
"Bukan Qhai baru berbaik je ke dengan laki dia tapi pahal Khairul dengan Cikgu Dahlia sekarang ishh musykil laa aku" kata Bella yang runsing dengan keadaan sebenar.
"Kalau Qhai tahu habis laaa" kata Bella lagi sambil menggeleng. Tiba tiba deringan lagu Bad guy penyanyi Billie Eilish kedengaran.
"Ehh dah kenapa Qhai call, firasat aku mengatakan ada benda buruk akan terjadi aduhhh" nak tak nak Bella terus mengangkat panggilan tersebut.
"Kau dah kenapa call aku ?" Soal Bella pelik.
"Kau kat hospital lagi ke ?" Soal Qhaira dari hujung panggilan.
"Haa, asal ? Kau nak order ubat ke ?" Soal Bella spontan.
"Hotak kau, pikir kat kedai makan ke" marah Qhaira Tasneem. Bella ketawa mujur tak didengar oleh orang lain kalau tak mesti orang suruh dia pergi wad psikiatri untuk pemeriksaan.
"Ni aku nak minta tolong something" kata Qhaira serius.
"Tolong apa tapi..air Starbucks laa. Kalau orang tolong kita kena balas budi baik dia" kata Bella dengan sengihan, dan sekali lagi nasib tiada siapa melihatnya kelakuannya.
"Iye iye erh. Aku nak kau tengok sapa member Khairul tuu" kata Qhaira dengan penuh penasaran.
Eh ini mesti Qhai tak tahu yang Khairul dengan Cikgu Dahlia sekarang.
"Woii dengar tak ?" Jerit Qhaira dihujung panggilan.
"Ishh kau ni, yee aku dengar..." Bella sudah menggaru kepala yang berlapikkan tudung bawal coklat.
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...