CPIM 1

10.6K 375 5
                                    

Nama aku Qhaira Tasneem binti Tajuddin. Aku ni orang biasa je baru nak menginjak alam budak budak kalut nak SPM nanti. Aku anak tunggal. Jadi paham la manja tu ada lah sikit.

Hobi aku main badminton dan futsal! Ramai yg kata aku ni perangai mengalah lelaki?! Lelaki pun boleh kalah ke? What the man?
.
.
.
.

"Masya allah. Qhaira bangun! Matahari dah naik atas kepala. Kamu masih tak jaga?" Marah Puan Noraini apabila anak daranya masih tak bangun tidur.

Knock ! Knock !

Aku bangun. "Siapala kacau aku tidur ni?"

Aku turun dari katil dan ke arah pintu dalam keadaan mamai. Aku memegang sesuatu tombol untuk dibuka. Pintu! Apabila dah dibuka aku pun celik la mata.

Alangkah terkejut apa yg aku nampak gelap! Dan dipenuhi dengan baju? Aku gosok mata dan membuka mata luas luas. "Laa almari rupanya!"

Aku berjalan ke arah pintu dan membuka pintu. "Ha!bangun pun. Mentang mentang cuti kamu bangun lewat.Qhaira kamu dah besar tahu tak? Tak elok anak dara bangun lewat macam ni" bebel Puan Noraini. Sudah banyak kali dicakap. Tapi tetap sama tak ada perubahan.

Aku mengaru kepala sambil tersenyum. "Hehehe sorry bu. Tak sedar pulak terlajak tidur" alasan yg sama diberi oleh Qhaira.

Puan Noraini hanya mengeleng sahaja. "Ha cepat mandi. Pastu turun makan". Aku mengangguk lalu tutup  semula pintu bilik selepas kelibat ibu sudah pergi.

Aku menghempaskan badan diatas katil yg lembut. Rasa ngantuk aku sudah hilang. Tapi rasa malas masih menguasai.

Aku bangun dengan malasnya dan pergi ke bilik air.

**********

Aku berjalan ke ruang tamu. Terlihat ayah sedang membaca surat khabar di atas sofa. Aku duduk disebelah ayah. "Ha baru bangun Qhaira?"

Aku sengih menunjukkan gigiku yg putih tersusun cantik. Alhamdullilah ciptaan Allah. "Ayah tak pegi kerja ke?" Soal aku sambil mengambil remote. Encik Tajudin hanya mengeleng.

Eh kejap. Hari ni hari Sabtu. Hujung minggu. Mestilah cuti! Ayah aku ni seorang guru Matematik tapi bukan sekolah yg aku tengah belajar skarang nih. Fuhh selamat!

Kenapa la bengong sangat aku ni? Haish Qhaira..Qhaira. Dah kau tak pegi sekolah mesti la ayah kau pun tak pegi!

"Qhaira tak keluar mana mana ke?"

Lamunan aku mati apabila disoal oleh ayah. "Err tak kot. Malas" jawab aku sambil melihat rancangan di tv. Rancangan apa ntah. Aku tengok jer.

"Nak ikut ayah tak?"

Aku memamdang ayah. "Pegi mana?"

"Futsal"  hanya dengan satu perkataan tu sudah membuat aku jadi gembira. Yeahh ayah ajak main futsal.

"Tak payah! Qhaira tu perempuan abang. Bukan lelaki. Daripada dia main futsal baik tolong saya kat dapur" aku sudah mencebik. Alaa ibu ni kacau daun la.

"Alaa bukan selalu. Kita nk kena exercise dengan sukan juga. Baru sihat" balas Encik Tajudin dengan selamba.

Yeahhh!! Hidup ayah!

"Ha yela. Macam la tak ada sukan lain. Kenapa perlu futsal? Futsal tu hanya untuk lelaki sahaja." Bebel Puam Noraini tidak mahu mengalah.

"Main futsal ok apa? Memberi kekuatan pada kaki. Hehehe" balas aku dengam sengihan. Puan Noraini sudah mengeleng kepala sambil memicit dahinya.

"Suka hati kamu la" aku ketawa. Ibu dah surrender! Yeah boleh main futsal!!

"Nak pegi bila ayah?" Soal aku dengan teruja. Rasa lama pulak tak main. Padahal baru minggu lepas main.

"Dalam pukul 3 " balas Encik Tajudin lalu bangun pergi masuk ke bilik.
Oh yeah!
.
.
.

"Best main?" soal ayah sambil menghidupkam enjin kereta. "Best ayah. Fuhh penat"

"Ha jom kita pegi minum. Memandangkan tadi Qhaira dah masuk 2gol tadi" kata ayah dengan seronok.  Ya kami menang tempat kedua. Boleh la tu daripada takdak kan?

"Minum je? Makan ?" soal aku dengan menunjukkan kecomelan mukaku ini. "Ha yela. Makan sekali. Tapi dengan syarat". Aku dah tahu apa syaratnya.

"Jangan kasi tahu ibu. Right?" aku mengjongket kening sebelah. Ayah mengangguk. Kami ketawa bersama sama dalam kereta. Syarat yang sama dari dulu hingga sekarang.

Ayah letak syarat tu bukan apa. Kalau ibu tahu riuh rendah rumah nanti dengan bebelan ibu. Ibu ni jenis tak suka makan kat luar. Katanya tak bersih la. Kita tak tahu diorang masak guna apa. Banyak la alasan ibu. Teliti sungguh ibu aku nih. Untung siapa dapat ibu. Eh!

Keep reading and vote 😘

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now