CPIM 25

2.5K 140 12
                                    

"Yeayy tusyen cancel, so harini aku nak tidur je". Sorak aku lepas membaca mesej daripada Cikgu Safinah di grup whatsapp.

"Eh tak bersiap pegi tusyen ke?" soal Khairul yang kehairanan melihat aku yang masih berpakaian baju tidur.

"Tak, tusyen cancel" balas aku sambil membaringkan badan di atas katil lalu memejamkan mata. Eyy seronoknya dapat tidur waktu cuti, selalunya setiap minggu pasti ada tusyen. Almaklumla tingkatan 5 ni memang struggle sikit.

"Ohh" balas Khairul dengan ringkas. Dia berjalan ke arah katil dan duduk disebelah aku. Aku membuka mata melihatnya.

"Awak ada nak kata apa apa ke?" soal aku yang pelik melihat tingkah laku Khairul.

"Ermm.. Jom pegi dating" ajak Khairul sambil memandang aku. Terbuntang mata aku dengan ajakan Khairul.

"Harini?"

"Yelaa habis semalam?" balas Khairul yang berloya buruk. Aku memandang Khairul tanpa reaksi.

"Ish awak ni, harini laa. Sebelum ni kita tak pernah pegi dating. Masing-masing busy walaupun hari cuti, kebetulan harini tusyen awak cancel dan saya takde keja so why not kita keluar daripada buat tahik mata je" balas Khairul dengan panjang lebar.

Aku hanya mengangguk. "Okey" balas aku dengan ringkas.

Aku terang panjang lebar tapi dia cakap okey je?! Gerutu hati Khairul tapi senyuman tetap terhias dibibirnya.

"Okey awak bersiap dulu, saya tunggu luar" balas Khairul dengan senyuman yang terpaksa untuk kelihatan 'yee saya okey jee dengan balasan okey awak'

Apabila figura Khairul sudah tidak kelihatan di dalam bilik terus aku ketawa terbahak bahak. Gila tak lawak tengok muka acah acah tenang si suaminya.

"Comel betul laa suami aku ni ajak dating". Tanpa berlengah aku terus berjalan ke arah almari untuk mencari baju yang sesuai untuk pegi dating dengan encik husband uwuu.

***
"Awak nak bawa saya pegi mana ni?" soal aku yang kehairanan, dari tadi nampak jalan raya je.

"Dating macam yang selalu orang lain buat laa" balas Khairul sambil tersenyum. Aku hanya menghela nafas saja. Suka hati awak laa Khairul.

Kereta Inspira merah milik Khairul berhenti parking di dalam mall. "Dah jom"

Aku hanya mengikut sahaja kemana Khairul pegi.

"Wayang?"

Khairul hanya mengangguk lalu memegang erat tanganku berjalan ke kaunter. "Uish bila awak beli tiket?" soal aku yang kehairanan, cepat betul suami aku ni.

"Tadi awak bersiap lama sangat jadi saya beli laa tiket wayang kat online dulu" balas Khairul lalu menarik tangan aku untuk mengikutinya.

Eh aku bersiap lama sangat ke? Soal hatiku tanpa didengari sesiapa.

"Awak nak tengok cerita apa?" soal aku yang penasaran. Nak tahu juga cerita apa yang Khairul pilih ni.

"Malefiecient" balas Khairul dengan ringkas sambil membawa dua air minuman manakala sebakul popcorn dihulurkan padaku.

"Eh dah keluar eh yang season 2 punya ?" soal aku yang masih tidak tahu perkembangan semasa seperti katak di bawah tempurung.

"Dah lama awak, dari minggu lepas lagi. Semua orang dah pegi tengok wakk" balas Khairul sambil melihat isterinya tanpa reaksi. Dah tak tahu nak kasi reaksi apa lagi.

"Ohh ye eh? Hehe mana tahuu saya tengah busy nak exam nanti" balas aku sambil tersengih mengunyah popcorn. Kami masuk ke bilik wayang bersama tanpa berpegangan tangan sebab tangan Khairul sedang memegang dua air minuman untuk diminum sambil layan movie.

-
Hampir dua jam berada di bilik gelap kami berdua jalan beriringan keluar apabila movie tersebut telah tamat.

"Awak nak makan apa apa tak?" soal Khairul sambil memandang kedai kedai yang berderetan di dalam mall.

"Jom makan 4fingers" cadang aku tapi lebih kepada ajak, gitu pula eh. Khairul hanya mengangguk dan kami berjalan mencari kedai tersebut.

Selesai mendapat tempat duduk dengan membawa dulang berisi chicken drumsticks dan dua chicken delight. Nyum nyum

"Lepas ni awak ada nak pegi mana mana tak ?" soal Khairul sambil mengambil seketul chicken drumsticks dan digigitnya.

"Awak ada nak bawak saya ke mana mana ke?" soalan dibalas soalan. Khairul beriak seperti sedang berfikir lalu dia menggeleng.
Erk tadi dia yang beria ria ajak aku dating tapi dah takde hala tuju pula. Gerutu hati aku, nanti kang cakap dekat mulut terasa pula suami aku.

"Disebabkan lately ni saya busy dengan homework,tusyen,kelas tambahan hari hari balik lewat. So saya nak melepaskan segala tekanan yang berada di fikiran.." aku memandang Khairul dan dia juga turut memandang aku dengan dahi yang berkerut.

"Jom pegi funfair" sambung aku dengan sengaja mengenyitkan mata berkali kali agar Khairul bersetuju. Sudah lama tak jejak kaki kat funfair,kali terakhir pun beberapa tahun lepas.

"Ermm good idea. Kita boleh berseronok, saya pun lately ni busy juga dengan assignment lepastu kerja cikgu lagi" balas Khairul yang juga mengalami sedikit tekanan sebagai mahasiswa serta guru praktikal.

Yes ! Khairul setuju,tak sabar nak enjoy main itu ini. Aku sudah membayangkan semua jenis permainan yang sudah lama tidak main di funfair eyyy tak sabar !

"Puan Qhaira dah kenapa tersenyum sorang sorang ha?" soal Khairul yang memandang pelik ke arah aku.

Opps over sangat ke eh reaksi aku. Bukan apa aku excited kot !

"Ehemm,takde apa laa. Makan cepat nanti boleh pegi awal" balas aku dengan riang,gila tak seronok funfair adalah salah satu tempat yang digemari oleh penduduk dunia yee, uish dunia eh.

Khairul tersenyum melihat gelagat aku. Apa apa je la Qhai janji awak happy,getus hati Khairul lalu sambung menyuap makanan ke dalam mulutnya

Jangan lupa vote,comment dan share ❤

Maaf lambat update sebab sis tengah seronok layan kdrama Record of youth dan Flower of evil  😂

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now