Sudah 3 hari sejak pergaduhan itu aku masih tidak bercakap dengan Khairul. Biar padan muka si Khairul tuu mereput dengan bosan sunyi dia. Itulah buat aku sakit hati lagi.
Sedang aku mengemalun tiba tiba pintu bilik dikuak dari luar. Opss Khairul dah masuk bilik, action bermula!
Aku membaca komik lawak kampus tanpa memandang orang yang membuka pintu bilik.
Khairul berjalan masuk ke dalam bilik dan matanya memandang isterinya yang ralit membaca komik. Ish sampai bilaa Qhaira nak jadi macam ni, gerutu Khairul.
"Awakk.." panggil Khairul dengan perlahan
"Apa" jawab aku sambil membaca komik.
Okey Khairul kau kena luahkan segalanya! Sampai bila kau nak hubungan kau dan dia macam ni! Tak bercakap, buat hal masing masing ish.
"Sampai bila awak nak macam ni ha? Saya dah minta maaf siap bagi coklat lagi, tak akan awak tak maafkan sayaa lagii" luah Khairul yang sudah tidak tahan dengan situasi begini.
Dalam diam aku hanya tersenyum saja, padan muka!
"Okey fine, Qhaira Tasneem apa lagi yang awak nak saya buat? Saya akan buat asalkan kita tak macam ni. Saya bosan tahu takk" renget Khairul dengan matanya setia memandang isterinya yang ralit membaca komik.
Aku terus menoleh ke arah Khairul. "Haa padan la dengan muka awak, buat isteri sakit hati lagi" balas aku lalu beralih ke arah komik.
Fuh sabar Khai sabar, macam kau tak kenal Qhaira yang keras kepala ni. Sabar Khai jangan keruhkan keadaan. Pujuk Khairul dalam hatinya.
Sedang aku membaca tiba tiba aku teringat sesuatu yang aku ada lihat di Instagram semalam. Hehe inilah kesempatan aku untuk tapaw duit Khairul hehehe
"Saya nak beli sesuatu" kata aku tanpa memandangnya.
Khairul yang sedang buntu memikirkan cara untuk pulihkan hubungan mereka tersenyum mendengar kata isterinya.
"Awak nak apa? Coklat? Kek? Teddy bear?" soal Khairul bertalu talu akibat teruja.
"Ish awak ni, pikir saya budak budak lagi ke?" soal aku dengan marah. Aku berjalan ke arahnya sambil memegang iPhone milik ku.
"Saya nak ni" kata aku sambil menunjukkan sesuatu di skrin iPhone ku.
"hoodie?" soal Khairul dengan hairan.
"Yee laa hoodie, habis awak nampak apa dalam ni. Kereta?" soal aku sambil mengeluh.
"Tapi awak ada banyak hoodie kan dalam almari tuu" balas Khairul sambil menunjukkan almari kami berdua.
"Eyy awak ni, itu hoodie lain dan ini hoodie lain. Hoodie ni limited edition laa" renget aku yang tetap mahukan baju yang bergambar Billie Eilish.
"Hmm yela yela asalkan awak dah okeyy" balas Khairul lalu terus bangun memeluk aku.
"Saya minta maaf yaa" bisik Khairul sambil memeluk erat badanku.
Aku tersenyum sendirian. Ish Khairul ni pandai betul kan pujuk memujuk ni haih. Mujur dia nak belikan aku hoodie tu kalau tidak jangan harap boleh peluk hahaha.
"Nak pegi beli hoodie tu bila? Kang habis pula nanti" soal aku yang masih dalam dakapan Khairul.
Khairul terus melepaskan pelukan dan memandang wajah aku. "Pegi beli petang jap lagi nak?" soal Khairul sambil tersenyum.
Aku sudah tersenyum lebar kerana teruja. "Okeyy!" balas aku dengan senyuman bahagia. Oh my god im gonna get Billie Eilish hoodie limited edition !!
***
"Sini !" jerit seseorang sambil melambai lambai.Aimi Dahlia berjalan ke arah orang tersebut. "Babe lama tak jumpaa kau" kata Aimi Dahlia yang teruja sambil memeluk rakan baiknya, Najiha.
"Itulahh aku rasa 3,4 tahun juga kita tak jumpa wehh,asyik jumpa dalam alam maya je" balas Najiha dengan teruja sekali.
"Kau laa duduk Korea sampai lupa nak balik Malaysia" selorah Aimi Dahlia sambil melabuhkan punggung di kerusi.
"Mana ada laa, aku susah nak dapat cuti dengan assignment pun boleh tahan banyak juga" balas Najiha pula sambil mengeluh. "Ini aku dapat balik pun sebab test dah habis dan diorang kasi cuti 10 hari" sambung Najiha lagi. Aimi Dahlia hanya mengangguk tanda faham dengan keadaan rakan baiknya.
"Ohh tak lama lagi kau konvo laa kann. Bakal jadi engineering" soal Aimi Dahlia dengan teruja apabila dapat tahu yang rakan baiknya tak lama lagi akan menamatkan pengajiannya.
Najiha hanya tersengih dengan kata Aimi Dahlia. "Ohh yaa apa cerita kau dengan dia sekarang?" soal Najiha yang ingin tahu cerita sebenar.
"Dia dah kahwin laa" balas Aimi Dahlia dengan muka yang menyampah.
Jelas kelihatan terkejut pada muka Najiha. "Wait, dalam video call kau cakap kau jumpa dia tapi wait.. dia dah kahwin?!" soal Najiha yang seperti tidak percaya.
Aimi Dahlia hanya mengangguk, sudah agak dengan reaksi rakan baiknya ini.
"Habis kau macam mana? Wait korang sebenarnya break ke tak lagi eh?" soal Najiha yang keliru dengan status rakannya.
"Yee kitaorang dah break masa dia nak pegi UK, kitaorang break sebab rela takde paksaan masing masing nak fokus belajar. Aku ingat bila dia dah balik sini boleh la nak sambung ke apa tapi tahu tahu je dah kahwin" balas Aimi Dahlia dengan kecewa. Harapannya ingin bersama Khairul hancur.
"Aku still susah nak percaya sebab korang nampak sepadan kot, ramai budak kelas kita pikir yang korang ni memang ada jodoh tapi rupanya.. " luah Najiha yang sukar untuk mempercayai cerita sebenar.
"Dia kahwin dengan siapa?" soal Najiha yang ingin tahu.
"Qhaira Tasneem" balas Aimi Dahlia dengan menyampah kerna tidak suka menyebut nama gadis itu.
"Qhaira Tasneem? Siapa tu? Budak sekolah kita ke?" soal Najiha bertubi tubi yang terdengar asing dengan nama tersebut.
"Sepupu dia dan pelajar di sekolah aku praktikal sekarang" balas Aimi Dahlia dengan menyampah sambil menyedut air yang dipesannya tadi.
"What?! Sepupu? Dan pelajar??" ternganga Najiha apabila mendengar kenyataan tersebut. Khairul kahwin budak bawah umur?
"Ish kau ni slow la sikit suara kau tuu. Yee budak tu baru tingkatan 5" balas Aimi Dahlia dengan geram apabila kejadian di tangga haritu bermain main di mindanya.
"Macam mana diorang boleh kahwin eh?" soal Najiha yang ingin tahu lebih mendalam tentang Khairul dan Qhaira Tasneem.
"Itu aku tak tahu, aku tahu yang diorang kahwin pun sebab cikgu cikgu sekolah tu yang cerita. Nak tunggu Khairul bercerita memang tak laa" balas Aimi Dahlia dengan hampa.
"Cantik ke Qhaira tu?" soal Najiha yang membayangkan bagaimana wajah Qhaira Tasneem.
"Ntah" balas Aimi Dahlia yang masih tidak berpuas hati. Najiha hanya mengeluh.
"Tapi bukan kau first love dia ke?" soal Najiha dengan ragu ragu, takut juga kang mengamuk pula.
"First love boleh buat apa kalau takde jodoh" balas Aimi Dahlia yang masih terasa kecewa.
"Orang cakap kalau first love ni susah nak lupa tauu" balas Najiha sambil tersengih. Aimi Dahlia memandang Najiha lalu senyuman dilemparkan kepada rakan baiknya.
Tak sia sia juga aku jumpa Najiha hari ini, begini rupanya otak budak belajar luar negara. Gerutu hati Aimi Dahlia.
Ommo Aimi Dahlia first love Muhammad Khairul? 😱
Jangan lupa vote, comment dan share ❤
Do follow me for my next update! ❤
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...