"Awak saya nak pegi rumah Hasya jap. Saya lupa nak ambil nota kat dia masa kat sekolah tadi." Macam mana ntah boleh pula terlupa nak ambil nota kat Hasya, sibuk bergosip punya pasal cerita pasal movie The Avengers semalam. Sememangnya kami bertiga ini memang pengemar semua movie Marvel ! Cerita la beribu kali pun tak jemu ! Itulah Qhaira,Bella dan Hasya.
"Okey hati hati bawak moto tu" Pesan Khairul sambil membelek belek fail di atas meja ruang tamu.
Aku berjalan ke arah pagar,baru menolak separuh pagar tetiba aku ternampak sebuah kotak yg dibalut dengan kemas.
Apakah ini ? Untuk siapa ? Ohh mungkin peminat Khairul barangkali ? Yelah semenjak bergelar cikgu praktikal bertambah pula peminat dia. Follower instagram pun bertambah daripada 10k naik 12k. Yang aku ni baru 7k,ilmu apa la yg si Khairul guna ni. Tanpa berlengah aku terus ambil kotak tersebut dan bawa masuk ke dalam rumah.
"Eh sekejapnye ?" soal Khairul yg kehairanan apabila aku masuk ke dalam rumah.
"Ish mana pegi lagi,ni haa" aku menyua kotak tersebut ke arah Khairul.
"Ehh apa ni ? Wahh awak nak buat surprise eh ? Alala kata nak pegi rumah Hasya rupanya buat surprise ehh ? Untuk apa ? Sweet laa awak ni". Aku terlopong. Whats ? Aku buat surprise ? Aku melihat muka Khairul yang tersengih apabila menyambut huluran aku.
"Ish manada,banyak la awak punya surprise. Ni bukan dari saya,peminat awak la ni. Saya jumpa depan pagar tadi" balas aku sebelum beri harapan palsu kepada Khairul.
Riak muka Khairul berubah, "Halah ingatkan isteri saya dah pandai buat surprise hmm". Aku hanya mengeleng sahaja hahaha,nanti nanti la saya belajar ye suami hehe.
Aku memusing badan mahu melangkah keluar dari rumah. "Eh jap awak" panggil Khairul lalu berjalan ke arah aku.
Aku memusing dan hanya memandang Khairul berjalan ke arah aku. "Tapi kat kotak ni tulis untuk Qhaira Tasneem", Khairul menyua semula kotak tersebut untuk aku. Aku terlopong "Ha ? Untuk sayaa ?".
"Dia yang ada peminat kata orang pula ish" kata Khairul dengan memuncungkan mulut seperti seorang yang cemburu.
Eh cemburu ? Kenapa pula ? Aku kan dah sah jadi isteri diaa,milik dia. "Ish siapa laa saya untuk diminati ni haih". Kata ku untuk merendahkan diri.
Tangan aku membelek kotak tersebut. Agak agak ada apa eh ? Ntah ntah ada yang nak prank aku,mungkin dalam ini sesuatu yg menyeramkan atau benda yang aku tak suka !
"Eleh takpayah nak merendah diri sangat la. Macam saya tak tahu awak tu famous kat sekolah sampai sekolah lain pun kenal awak. Ingat saya tak tahu laki laki kat sekolah tu cuba tackle awak. Hantar surat bagi coklat bagai. Tak cukup lagi,like semua gambar awak kat instagram. Tu yg awak kata tak ada peminat lagi haa ?" balas Khairul dengan panjang lebar.
Lamunan aku berkenaan isi kotak tu mati mendengar kata kata Khairul. Bapakk ahh dia tahu semua ?! Sampai tahu siapa like gambar aku kat instagram ? Aku sendiri pun tak sedar macam mana dia boleh sedar.
"Awak buat research pasal isteri awak ke ?" soal aku,hebat juga si Khairul bab ni ehh.
Mata Khairul terkebil kebil mahu membalas persoalan aku. "Err ehh tadi awak kata nak pergi rumah Hasya kan ? Dah dah pegi cepat kang hujan pulaa". Balas Khairul lalu merampas kotak daripada pegangan aku.
Aku melihat di luar rumah,cuaca cerah tak ada la tanda tanda nak hujan. "Banyak laa awak nak hujan,ni panas terik tak ada tanda nak hujan" balas aku sambil melihat Khairul yang cuba membuka balutan kotak tersebut.
"Dah dah pegi cepat" halau Khairul akibat malu dek apa yang dikatakan sebentar tadi. Aku tersenyum melihat gelagat Khairul yang sudah kantoi dengan kerja yang dibuat sebelum ini, 'stalk isteri sendiri'. Haihh macam macam laa suami aku ni. Tanpa berlengah aku terus keluar,kang tak siap kerja aku tanpa nota tu.
Khairul memandang di luar rumah,Qhaira sudah pun meluncur keluar bersama motornya. "Fuhh macam mana boleh kantoi ni Khairul ! Haishh tak pasal pasal dapat malu. Mesti dia tengah gelakkan aku la tuu. Dan mesti dia akan jadikan benda tu sebagai modal nak pekena aku nanti ! Macam tak kenal siapa Qhaira Tasneem". Khairul menyandarkan tubuhnya di sofa. Siaran yang ditanyangkan di tv tidak diendahkan,dia masih terfikir apa yang difikirkan oleh Qhaira.
***
"HAHAHAHA serius la Qhai ?" tawa Hasya masih tersisa selepas mendengar aku menceritakan tentang 'kerja kantoi' si suami aku.
"Serius la wey,takde hari aku nak menipu kau" balas aku yang turut tertawa apabila mengenangkan riak kantoi Khairul.
"Ya Allah suami kau Qhai hahahaha, i cannot brain laa hahahaha" Hasya masih lagi ketawa sehingga air matanya keluar. "Bella perlu dengar cerita ini jugaa wehh" kata Hasya sambil mengelap air matanya dengan jari.
"Of course laa ! Benda lawak perlu dikongsi hehehe" balas aku yang masih tak dapat lupakan kejadian tersebut.
"Tapi kann.." sengaja Hasya melanjutkan percakapannya. Aku melihat diaa sambil mengangkat kepala tanda 'apa?'.
"Siapa ehh yang bagi hadiah tu kat kau ?" soal Hasya yang masih ragu ragu. "Entah laa,balik nanti aku baru nak tengok,kot la ada petunjuk ke kan ?". Balas aku yang cuba tidak mahu ambil serius sangat. Hasya mengangguk.
Habis gelak ketawa sana sini aku pun pulang ke rumah. Tapi dalam perjalanan pulang aku merasakan ada yang mengekori aku. Tapi siapa ? Mungkin firasat aku saja.
Siapa yang mengekori Qhaira Tasneem ? Atau apa benar hanya firasat sahaja ?
Tunggu next chapter okeyy 😘
Sorry sebab lama tak update sejak pkp ni hehe
Sis terharu yang mana sanggup tunggu next chapter 😭🙏 sorryy buat korang tertunggu tungguu 😭🙏
Thankyou sebab support cerita mengarut sis nii 😭❤
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...