CPIM 34

1.9K 131 33
                                    

"Amboii kawan kita sorang ni tersenyum je dari tadi" usik Bella sambil menyiku lengan Hasya untuk melihat aku.

"Yelaa, hmm maklum laa dah berbaik dengan suami" usik Hasya lalu mereka berdua ketawa.

"Erh mana ada laa. Aku senyum sebab dapat hoodie Billie Eilish laa halahh kecoh laa korang ni" balas aku walaupun hakikatnya memang aku gembira kerana dah berbaik dengan Khairul tambah pula dapat hoodie baru.

"Hmm iye laa tu" balas Bella lalu mereka berdua ketawa lagi. Hmm kalau usik aku je ketawa, kalau ketawa je usik aku hmm nasib kau laa Qhai dapat kawan gini.

"Wehh macam tak percaya doo rupanya Cikgu Dahlia pernah bercinta dengan Sir Khairul dulu" kata Aina yang dari kelas jurusan lain kepada kawannya.

"Kan patut laa diorang asyik berdua je dalam sekolah ni" sambung Najwa iaitu rakan kepada Aina.

Bella dan Hasya sudah memandang satu sama lain.

Tanpa berlengah aku terus mendapatkan Aina untuk memastikan yang aku tak salah dengar.

"Wehh korang kejap".

Aina dan Najwa kelihatan terkejut melihat aku di depan mereka. "Eh Qhai..err kenapa?" soal Aina dengan gugup. Qhai dengar je aku cakap tadi, mampus aku. Gerutu hati Aina.

"Korang cerita apa tadi pasal Cikgu Dahlia dan Sir Khairul" soal aku sambil memandang mereka berdua yang kelihatan gugup.

"Err kau dengar ke Qhai?" soal Najwa yang rasa serba salah. "Iye laa aku dengar. Kalau aku tak dengar aku tak laa panggil korang" balas aku sambil menepuk dahi.

"Korang tahu mana pasal Cikgu Dahlia dan Sir Khairul? Ke orang reka cerita ni eh?" soal aku yang malas nak membuang waktu. Masa rehat dah hampir tamat.

"Eh takk, kitaorang tak reka pun. Okey tadi Cikgu Nora tak masuk kelas jadi Cikgu Dahlia yang gantikan. Masing masing bosan takde keja so Cikgu Dahlia buka cerita waktu dia sekolah menengah dulu lepas tu Cikgu Dahlia cakap yang diorang pernah couple tapi break sebab masing masing nak fokus belajar." balas Aina dengan suara semakin perlahan kerana rasa serba salah menceritakan kepada Qhaira.

"Dan satu lagi Cikgu Dahlia cakap yang dia tu first love Sir Khairul" sambung Najwa pula. Aina menyiku Najwa "Apahal kau cakap yang tuu" tegur Aina lalu memandang aku.

Najwa tersedar akan kesilapannya yang terlepas cakap. "Err sorry Qhai..aku takde maksud nak sakitkan hati kau ke apaa. Sorry" pinta Najwa yang turut rasa bersalah.

"Eh pahal nak sorry pula, korang mana ada buat salah pun. By the way thankyou tau" aku terus meninggalkan mereka berdua.

Ohh kau nak main main dengan aku eh perempuan. Apa function kau nak buka sejarah lama eh! 

"Qhai kau okey tak?" soal Hasya apabila melihat perubahan muka aku. "Dah jom masuk kelas, loceng nak bunyi dah tu" ajak aku tanpa membalas soalan Hasya.

Patut laa Khairul marah sangat malam tu kat aku. Cinta pertama rupanya.

"Qhai" panggil Bella

"Qhai" panggil Hasya pula.

"Eyy Qhai rilek boleh tak?" kata Bella sambil memegang lengan aku.

"Kenapa korang ni" soal aku yang cuba mengawal marah.

"Kitaorang pun dengar laa cerita Aina dan Najwa tadi tapi Qhai boleh tak kau jangan terburu buru atau marah suami kau nanti. Korang kan baru je berbaik, jangan disebabkan cerita lama korang berdua nak perang lagi" tegur Bella yang tidak mahu melihat rumah tangga sahabatnya hancur.

"Betul kata Bella, benda dah lepas pun. Apa yang penting sekarang kau bini dia. Pegi mampus laa dengan cinta pertama dia tuu" sokong Hasya dengan bersungguh.

Aku menarik nafas dan sedaya upaya senyum untuk kelihatan tenang. "Hmm yelaa, dah jom masuk kelas kang lewat kena berdiri luar pula". Aku menarik lengan mereka berdua dan berjalan ke arah kelas.

Kalau takde diorang ni dalam hidup aku ntah laa. Thank you Bella dan Hasya.

***
"Qhaira" panggil Khairul apabila terlihat isterinya berjalan ke garaj motor.

Aku menoleh ke arah suara itu. "Awak nak balik dah ke?" soal Khairul sebaik sahaja berdiri di hadapan aku.

"Yelaa, waktu balik kan sekarang" balas aku sambil memandang Khairul.

"Tadi ibu call yang diorang takde kat rumah sebab pegi ziarah kawan ayah meninggal pagi tadi" balas Khairul sambil mengelap peluh.

"Jadi?" soal aku.  Kalau ibu ayah takde kat rumah pun kenapa lagipun aku ada bawa kunci rumah simpan dalam bag.

"Yelaa mana tahu awak nangis ke tengok ibu ayah takde kat rumah" balas Khairul selamba sambil memandang ke arah lain.

Aku terus menampar lengan Khairul, "Awak ingat saya budak tadika ke nak nangis bila tengok takde orang dalam rumah" balas aku sambil memandang tajam ke arah Khairul.

"Aduh sakit laa,pahal bini aku ganas sangat eh" kata Khairul sambil menggosok lengan tempat yang ditampar tadi.

"Elehh dia yang lembik" balas aku selamba sambil melihat arah lain.

"Ohh lembik ehh, tunggu awak malam nanti kita tengok siapa lembik" balas Khairul dengan nakal sambil tersengih.

"Eii apa awak ni Ya Allah, dah laa saya nak balik dulu" aku terus beredar dari situ. Dasar otak tak betul! 

"Ohh tahu takut, suka hati je cakap lembik" kata Khairul seorang diri sambil ketawa.

"Eh jap pahal tadi aku panggil dia eh, yelaa nak bagithai ibu ayah takde kat rumah tapi.." Khairul cuba mengingat semula perkara yang ingin disampaikan kepada isterinya.

"Lahhh aku nak ajak dia makan kat luar" Khairul menepuk dahi dan terus berjalan ke arah garaj motor.

"Aikk mana motor Qhaira?" soal Khairul bersendirian. Dia memandang sekeliling dan akhir sekali ke arah pagar sekolah.

"Mak aii cepatnya isteri aku bawa motor, tahu tahu je dah dekat pagar" bicara Khairul sendirian sambil menggeleng.

"Baru test sikit dah mengelabah isteri aku ni haih". Kata Khairul sambil memandang isterinya yang berlalu pergi meninggalkan kawasan sekolah.

Sedang Khairul berjalan ke keretanya, Aimi Dahlia bergegas berjalan ke arah Khairul.

"Khairul"

Khairul memandang ke arah suara itu. "Ohh Lia, kenapa?" soal Khairul sambil meletakkan bag komputer riba di dalam kereta.

"Jom pegi makan minum sama sama nak ?  Lama kita tak lepak sekali" ajak Aimi Dahlia dengan senyuman yang manis.

"Sorry Lia, I nak pegi makan dengan Qhaira. Sebab ibu ayah takde kat rumah" balas Khairul seraya dengan senyuman.

"Ohh takpe laa lain kali je" balas Aimi Dahlia dengan tenang lalu beredar dari situ. 

"Ish si Qhaira tu pun sibuk nak makan luar, order je la makanan dekat foodpanda ke apa ke erhh".  Marah Aimi Dahlia lalu meloloskan diri dalam kereta Myvi yang berwarna kuning.

Qhaira dah tahu cinta pertama Khairul 😱 apa lagi laa muslihat Aimi Dahlia lepas ni 😥

Jangan lupa vote, comment dan share ❤

Do follow me for my next update ❤

CIKGU PRAKTIKAL IS MINE TOP10 IN #MALAYSTORY aww 😭❤ dari angka 26 turun 8 ,thank you so much kpd reader sebab sudi baca cerita merapu yang sis karang ni 😂❤

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now