"Awak hati hati bawak motor atau awak nak naik kereta dengan saya ?" soal Khairul yang kerisauan.
Aku hanya tersenyum,halah halah suami aku ni risau betul laa. "Takpe laa,awak jangan laa risau sangat. Macam mana pun jap lagi mesti kita jumpa kat sekolah kan" balas aku dengan tenang. Mahu tak dirisau oleh Khairul bila aku bagi tahu semalam pasal ada orang ikut aku pulang rumah. Hadiah itu ? Meh nak flashback
"Assalamualaikum" aku melangkah masuk ke dalam rumah.
"Eh mana suami aku ?" soal aku bersendirian. Aku berjalan ke dapur
"Awak ? Eh takde,dalam bilik kot". Aku terus berjalan ke bilik pula. Sampai di bilik aku membuka pintu dann "Laa tidur rupanyaa,petang petang mana boleh tidur haihh suami aku ni".
Tanpa berlengah aku terus berjalan ke katil untuk mengerak Khairul bangun. Tak baik tidur lewat petang ni.
"Awakk bangun,mana boleh tidur lewat petang awakk bangunn" aku mengoncangkan lengan Khairul.
Khairul membuka mata sedikit sambil melihat aku. "Eh awak dah balik,pukul berapa eh sekarang ?" soal Khairul sambil mengosok matanya.
"Dah pukul 6 haa, awak dah solat asar? " soal aku yang menunjukkan seorang isteri yang prihatin gitu. Khairul hanya mengangguk.
Aku berjalan ke meja belajar dan terlihat kotak kecil yang balutannya sudah dibuka. "Eh kotak apa ni wak?" soal aku yang lupa akan perihal hadiah misteri yang ditemuinya sebelum ke rumah Hasya.
"Kotak untuk awak, siap ada kad hmm" balas Khairul yang kedengaran seperti cemburu.
"Kad?" aku membuka kotak tersebut dan terlihat sekeping kad yang bercorak hati dan didalam kotak tersebut terdapat coklat kegemarannya,Cadbury Hazelnut.
Uish macam mana orang itu tahu coklat kesukaan aku? Soal hatiku. Aku membuka kad tersebut dan terkejut dengan perkataan yang ditulis.
Kau akan jadi milik aku Qhaira
"Fuh gila" spontan perkataan yang terkeluar daripada mulut aku.
"Dah tengok? Siapa yang kasi kotak ni ha? Dia taktahu ke yang Qhaira Tasneem sudah berkahwin?" soal Khairul yang jelas kedengaran seperti tidak puas hati dengan orang tersebut. Ada hati nak rampas isteri aku! Gerutu hati Khairul.
"Rilek rilek, mana la saya tahu siapa yang kasi ini. Dia bergurau mungkin" balas aku untuk menyedapkan hati sendiri. Sejujurnya aku pun rasa getaran apabila membaca bait bait perkataan tersebut. Kau akan jadi milik aku Qhaira. Fuh meremang habis.
"Bergurau? Bergurau apa macam ni, dah buang je la coklat tu. Ntah ntah dia jampi serapah ke lepastu awak pun tergilakan dia dan tinggalkan saya" balas Khairul yang mempunyai fikiran di luar kotak.
Aku tersembur ketawa dengan muka Khairul yang tidak puas hati sambil merenung tajam coklat tersebut. "Apa yang lawak ha? Orang serius ni" tegur Khairul yang hairan, boleh pula ketawa dalam situasi begini.
"Awak laa, insya Allah saya akan setia dengan awak ye Muhammad Khairul" balas aku sambil menepuk perlahan pipi Khairul.
"Dah taknak laa buat muka macam ni, jom cari makan untuk malam ni" ajak aku yang tidak mahu memanjangkan kes ini. Khairul hanya mengangguk dan pergi bersiap. Aku masuk ke dalam tandas untuk ambil wudhuk dan solat asar.Flashback tamat
"Jumpa di sekolah nanti" aku terus start dan meluncur keluar daripada halaman rumah.
"Kalau aku jumpa orang itu, siap la dia!" marah Khairul lalu masuk ke dalam kereta dan meluncur keluar daripada halaman rumah juga.
***
"Serius la Qhai?" soal Hasya yang terkejut selepas mendengar cerita aku berkenaan kejadian petang semalam."Serius la, motif apa aku nak tipu korang haih" kata aku sambil mengemas buku buku yang bersepah di atas meja aku.
"Agak Agak siapa laa yang hantar kau coklat tu eh? Dengan kad pastu bagi ayat yang menyeramkan pula tu uish" kata Bella sambil menggeleng membayangkan jika perkara itu berlaku pada dirinya.
"Itulah aku pun tertanya tanya juga siapa laa orang tu" balas aku sambil merenung ke tingkap memikir soal hadiah misteri tersebut.
"Ntah ntah laki kau kot, dia nak buat surprise ke atau nak kenakan kau" kata Hasya selamba.
Aku terus mengetuk kepala si Hasya. "Bengap kau tu simpan sikit boleh tak, kalau laki aku yang buat semua tu kenapa dia tunjuk riak cemburu tak puas hati? Kau ingat Khairul tu gila ke nak cemburu dengan diri sendiri haih" aku mengeleng dengan tekaan Hasya yang tidak masuk akal. Nak kata suami aku gila ke apa?
"Hehe betul juga" balas Hasya tersengih sambil mengosok kepalanya.
"Kau kena hati hati tau sekarang Qhai, takut pula aku kang jadi apa apa pula" nasihat Bella sebagai sahabat. Aku hanya tersenyum dan mengangguk.
"Korang bertiga ini tak habis habis membawang eh" sampuk suara dari belakang.
Kami bertiga beralih kebelakang untuk melihat siapa tapi kalau dah dengar suara itu mesti la kenal siapa. "Hotak kau membawang. Tak nampak ke depan kami ni buku bukan bawang" jawab Hasya yang berpura pura tidak mengerti.
Irfan merenung tajam ke arah Hasya dan Hasya juga tidak mengaku kalah untuk membalas.
"Hoi sudah laa, main pandang pandang pula kang terjatuh cinta susah nanti" balas aku selamba melihat mereka berdua yang sedang lawan merenung.
"Ah takde maknanya la nak jatuh cinta dengan Mamat ni" balas Hasya dengan angkuh. "Wahh kau pikir aku nak ke? " balas Irfan sambil menjeling.
"Weh Irfan kenapa sekarang aku tengok Khalil macam tak ngam je dengan kau" soal Bella tiba tiba yang menyedari perkara yang aneh antara Irfan dan Khalil, kalau dulu tak boleh langsung nak berenggang tapi sekarang?
"Ha itulah, kau pun perasan kan? Aku sebenarnya pun pelik tau bila ditanya aku ada buat salah ke tapi dia jawab dia nak menyendiri jangan kacau" balas Irfan yang kedengaran runsing.
"Sejak sejak ni aku tengok Khalil pelik la, tak macam dulu" balas aku pula yang juga sedar akan situasi sekarang. Kenapa dengan Khalil dia ada masalah kah?
"Lepas tu korang tahu tak semalam aku nampak Khalil beli coklat,aku pun tegur la beli untuk siapa dia jawab rahsia. Mesti ada awek tapi tak nak kongsi cerita dengan aku hmph!" kata Irfan yang kecewa.
"Coklat?" soal aku yang kehairanan dan inginkan maklumat yang lebih mendalam.
"Aku cakap keropok ke tadi?" soal Irfan yang bergurau. "Ish kau ni, coklat apa yang dia beli? " soal aku untuk kepastian.
"Coklat Cadbury hazelnut"
Aku, Hasya dan Bella saling pandang memandang. "Tak mungkin" kata Bella dengan mengerut dahi. Gulp
"Korang pahal? " soal Irfan yang kehairanan melihat reaksi mereka bertiga. "Eh Khalil kau pegi mana?" soal Irfan tiba tiba, kami bertiga beralih ke belakang dan melihat Khalil sedang berjalan ke mejanya. Adakah dia dengar perbualan kami?
"Aku jumpa cikgu" balas Khalil tanpa memandang kami.
Lalu Khalil memandang aku, "Kau kenapa Qhai pandang aku macam tu?" soal Khalil sambil menjongket keningnya.
"Ha? Eh takde apa laa" aku terus beralih menghadap ke meja aku.
Tak akan Khalil yang mengirimkan coklat tersebut padanya?
Siapakah pengirim coklat tersebut?
Keep reading ,vote ,comment and share ❤
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...