CPIM 23

2.5K 132 11
                                    

"Weh aku rasa seram laa dengan Khalil sekarang" kata Hasya yang berbisik takut didengari oleh orang lain pula.

"Itulahh aku pun seram dengan perubahan dia sekarang lepastu pasal coklat pula fuh" sokong Bella pula sambil memakai helmet. Aku masih lagi termenung memikirkan soal Khalil dan pengirim coklat tersebut. 

"Hoi Qhai, kau tak seram ke hah?" soal Hasya sambil memandang aku.

"Seram itu rasa laa juga tapi ntah laa haish" balas aku yang sudah mulai runsing memikirkan semua ini. "Better kau hati hati dengan Khalil sekarang Qhai, jangan bagi fakehope ke apa" nasihat Bella yang jelas risau akan diri aku.

"Fakehope apanya aku dah kahwin jadi bini orang pun. Lagipun aku anggap dia macam kawan baik je sebab dia banyak tolong aku bab pelajaran tak lebih pun" jelas aku supaya tiada salah faham yang berlaku.  Mereka hanya mengangguk. 

"Dah aku balik dulu apa apa roger" aku terus memboceng meninggalkan garaj motor sekolah.

****
"Saya tak nampak awak pun kat sekolah tadi" soal aku sambil menonton drama korea yang bertajuk Hotel Del Luna.

"Saya ada meeting kat luar.  Kenapa rindu nak tatap wajah saya kat sekolah ke?  Tahu la saya nampak handsome bila pakai kemeja kan?" usik Khairul sambil mencuit cuit pipi aku.

"Takde maknanya saya nak rindu, tanya je mana tahu kena culik ke" balas aku selamba. Khairul memandang aku lalu ketawa.

"Haihh saya tahu laa saya handsome tapi awak punya pemikiran boleh tahan juga eh, jarang saya nak dengar lelaki kena culik" balas Khairul dengan tawanya yang tak hilang. Aku juga turut tertawa, haih apa laa kau ni Qhai gila ke Khairul kena culik dah besar panjang kot haihh.

Tapi perlu ke tak eh aku bagitahu Khairul pasal coklat tu ada kaitan dengan Khalil hmm.

"Haih pikir apa lagi wahai isteriku" sampuk Khairul yang aneh melihat aku tetiba je diam. "Eh takde apa laa" balas aku.

Nanti laa bagitahu bila kes ni sahih kang tak pasal pasal jadi fitnah pula,mana tahu semua ini hanya kebetulan sahaja. Gerutu hatiku, saja nak menyedapkan hati.

"Haih awak ni baru 17 tahun tapi dah tengok cerita bukan bukan eh" celah Khairul ketika aku sedang ralit memikirkan berkenaan Khalil.

"Ha? Maksud awak?" soal aku dengan hairan lalu memandang ke arah tv.

Oh damn! Time macam ni laa scene kiss nak muncul.

"Ish manada laa !" nafi aku walaupun sememangnya aku pernah menonton aksi pelakon korea bercium di dalam drama.
Aku terus mengalih siaran lain.

"Alalaa kalau awak nak kiss bagitahu je laa, saya boleh kasi meh sini" usik Khairul sambil memuncungkan bibirnya.

"Ahh ngada ngada laa awak ni, dah laa saya nak pegi check homework" tanpa berlengah aku terus melangkah beredar dari ruang tamu nanti kang tak pasal pasal benda lain pula terjadi Khairul bukan boleh harap sangat fuh.

Khairul ketawa terkekek melihat reaksi aku yang gelabah. Haih baru nak syok tengok drama Hotel Del Luna, takpe la Qhai nanti kau tengok kat VIU je laa, gerutu hati aku sambil berjalan ke arah meja belajar.

Masa berlalu dengan pantas, malam sudah pun menjelma. "Malam ni makan apa eh?" soal diriku sambil termenung melihat buku yang tersusun kemas di rak.

Tiba tiba pintu bilik dikuak dan muncul Khairul. "Haa saya baru nak keluar nak tanya awak malam ni makan apa" . Aku menyusun buku buku yang berselerakan di atas meja belajar. 

"Makan awak" balas Khairul ringkas.

Aku memandang Khairul, "Awak ni nak bertukar jadi canibal ke?" soal aku yang mengerti lain maksud yang dikatakan Khairul. Sedang aku mengemas buku aku terdengar keluhan Khairul, aku memandang ke arahnya.

"Awak ni dah kenapa mengeluh pula" soal aku yang kehairanan, ye la tetiba je mengeluh tak kepelik suami aku ini.

"Awak ni tak paham maksud saya ke atau pura pura ha?" soal Khairul sambil mengecilkan matanya.

Pura pura? Apa maksud laki aku sebenarnya eh? Eh jap tadi aku tanya nak makan apa malam ni dan dia jawab nak makan aku so canibal la kan kalau makan manusia.. Eh jap..ke dia maksudkan benda lain yang...  Aku terus memandang Khairul lalu Khairul ketawa terbahak.

"Dah paham ke maksud saya tu? Hahahaha" Khairul masih lagi ketawa sambil menampar pintu.

"Khairul..." aku merenung ke arah wajah suami aku, dia ni suka tau usik aku dengan benda tak senonoh!

"HAHAHA maaf laa wahai isteriku, otak awak ni lambat pickup laa" ejek Khairul lagi yang masih dengan ketawa.

"Yela sebab otak saya masih suci lagi nak pikir benda bukan bukan" balas aku untuk pertahankan diri daripada terus rasa malu.  "Tapi awak on tak?" usik Khairul lagi lalu ketawa terbahak bahak melihat perubahan muka aku.

"Khairul !! Dah laa saya malas nak layan awak!" aku terus beredar dari bilik nanti benda lain pula diusiknya. Aku dah la lapar nanti kang tak pasal pasal Khairul aku makan. Eh makan?  Eyyy apa yang kau fikir ni Qhai! Stop ! Aku terus mengetuk kepala ku yang berfikir benda tidak elok.

"Jangan diketuk kepala tu, kang jadi bodo pula pastu tak paham apa maksud saya hahahaha" usik Khairul yang entah bila mahu berhenti.

"Biar laa" balas aku lalu terus berjalan ke dapur.  Aku terlihat bungkusan di atas meja makan dan aku membukanya. "Uuu nasi ayam" aku tersenyum melihat makanan kegemaranku yang berada di atas meja makan.

"Tadi saya order, malam ni kita makan nasi ayam. Makan awak tu nanti nanti la" usik Khairul lagi sambil mengambil pinggan.

Aku memandang tajam ke arah Khairul. Khairul melihat pandangan tajam aku lalu tersengih "Hehe sorry sorry, dah jom makan".

Mujur ada nasi ayam kat sini kalau tidak aku ketuk kepala Khairul guna kuali biar tak boleh fikir benda tak senonoh lagi. "Termenung apa lagi wahai isteriku mari kita bersantapan mari" ajak Khairul sambil menghulurkan nasi yang sudah diisi dengan nasi ayam.

"Yela yela nak duduk la ni". Kami makan malam bersama sama dan berbual untuk menghilangkan rasa kesunyian di dapur.

Keep reading,vote,comment and share ❤

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now