CPIM 74

312 20 1
                                    

Sudah 5 hari berlalu tapi Khairul masih belum dapat melihat isterinya.

"Sabar ye Khai, beri masa kat Qhaira. Dia kan baru sedar" pujuk mama yang sedih melihat anaknya jadi begini.

Khairul hanya mendiamkan diri. Aimi Dahlia ? Biarlah polis yang selesaikan. Khairul sudah penat mahu fikir.

Adakah memang betul, semua ni salah aku? Aku penyebab mereka tersakiti ? 

"Khai.." panggil ibu perlahan. Khairul terus memandang ibu yang sedang berdiri di hadapan pintu wad isterinya.

"Qhaira nak jumpa.." kata ibu dengan senyuman. Khairul yang terkejut terus bangun dan segera masuk.

"Sayang.."

Tapi Qhaira langsung tidak memandangnya. Matanya hanya setia memandang ke luar tingkap.

"Saya nak minta maaf.." pinta Khairul sebaik sahaja dia duduk bersebelahan katil isterinya.

"Saya tahu saya banyak salah dengan awak tapi please.."

"Ceraikan saya"

Tak sempat Khairul mahu habiskan ayatnya dia terkedu dengan permintaan isterinya itu.

"Hah ?" Sukar untuk Khairul percaya. Cerai ? Tak mungkin !

"Apa maksud awak sayang!" Marah Khairul yang cuba mengawal nada.

"Saya dah penat.." balas Qhaira ringkas.

"Tak ! Saya takkan ceraikan awak Qhaira Tasneem. Awak dah janji yang awak nak setia dengan saya dan tak akan putus asa dengan hubungan kita tapi kenapa.." belum sempat habiskan ayat, Qhaira memotongnya lagi.

"Itu dulu. Sekarang saya..saya dah penat." balas Qhaira yang tidak pandang ke arah suaminya. Hatinya sakit apabila dikhianati seperti ini.

"Tak, saya akan sentiasa ada di sisi awak Qhaira Tasneem. Tolong jangan buat saya macam ni" rayu Khairul yang sudah menangis melihat keadaan isterinya sekarang. Dia tak sanggup hidup tanpa isterinya. Kerana dia terlalu cintakan Qhaira Tasneem.

"Dah banyak kali awak cakap macam ni Muhammad Khairul. Dan banyak kali janji yang awak lafazkan tapi tengok.. sapa yang mungkir janji itu" balas Qhaira yang cuba untuk mengawal suaranya juga. Dia memandang wajah suaminya yang sudah dibasahi dengan air mata.

Khairul terdiam. Memang benar apa yang dikatakan Qhaira. Sudah beribu kali janji yang dia telah mungkir dan Qhaira masih setia sehingga kini.

"Awak pergi laa dekat Dahlia, dia lebih perlukan awak. Mungkin dengan perpisahan ini hidup masing masing akan aman" balas Qhaira yang separuh hati tidak mahu benda ini jadi sebenarnya. Tapi siapa sangka dengan cara ini mungkin tak akan ada drama air mata sebegini lagi ?

"No. Saya tak akan pergi ke perempuan yang penyebab isteri saya jadi macam ni" kata Khairul yang menunduk melihat lantai. Qhaira kelihatan terkejut.

Penyebab aku jadi macam ni ? Apa maksud Khairul ?

"Biar polis yang settlekan" kata Khairul yang seperti faham dengan reaksi Qhaira.

Perempuan itu memang gila !

"Sayang..please saya merayu jangan berubah hati. Saya akan usaha untuk kembalikan hidup kita yang dulu" janji Khairul sambil menggenggam tangan kecil isterinya.

"Suka hati awak Khairul.." Qhaira melepaskan genggaman itu lagi mengiring menghadap ke luar tingkap. Petanda yang dia ingin sendirian.

Khairul yang faham dengan tindak balas isterinya, dia bangun dengan terpaksa.

Qhaira baru sedar, mungkin dia belum boleh fikir dengan betul. Getus Khairul lalu melangkah keluar.

Sebaik sahaja pintu ditutup. Air mata Qhaira deras mengalir bagaikan sudah lama menakung dan tunggu masa untuk ditumpahkan.

Cikgu Praktikal is Mine ! Where stories live. Discover now