Pejam celik cuti semester sudah mula ! Tak sabar nak balik rumah tido sepuasnya setelah beberapa hari tidur tak tak cukup. Inilah pengorbanan seorang pelajar.
"Excitednya awak nak balik" tegur Aufiyah sambil mengemas barangnya juga.
"Hehe mestilah, saya tak sabar balik nanti nak tido puas puas" balas Qhaira dengan sengihan.
"Suami awak datang pukul berapa ?" Soal Aufiyah sambil menyusun bag ditepi dinding untuk diangkat bawa pulang ke rumah.
"Tak sure tapi petang laa" balas Qhaira sambil melihat jam tangan yang menunjukkan pukul 10.25 am. Aufiyah hanya mengangguk.
Aufiyah berjalan ke arah Qhaira. "Mak ayah saya dah nak sampai, risau tak sempat nak bye bye satgi hehe" kata Aufiyah lalu terus memeluk rakan biliknya.
Qhaira membalas pelukan itu. "Thank you tau jadi roommate yang sentiasa dengar masalah saya" ucap Qhaira sambil ketawa kecil apabila mengenangkan waktu dirinya kecewa dan tertekan, Aufiyah lah yang menjadi tempat untuk meluahkan segalanya.
"No hal laa, kalau awak nak cerita apa apa bagitau jaa Aufiyah sudi mendengar" balas Aufiyah lalu mereka ketawa.
Haihh semester depan tak tahu laa siapa yang jadi roommate aku, harap dapat yang sebaik Aufiyah ni. Getus Qhaira Tasneem.
Berat rasanya mahu berpisah dengan rakan sebilik walaupun kami hanya tinggal sebilik untuk beberapa bulan tapi memori yang kami cipta ada yang indah dan ada yang sedih.
.
.
."Haihh nama perempuan ni memang lambat betul laa, tadi beria suruh aku datang awal tapi dah sampai dia pula lambat" rungut Khairul yang bersandar di keretanya sambil mengerling jam di tangan kirinya.
"Ehem"
Khairul memandang ke arah suara tersebut.
"Apa yang awak bebel hah? Pikir saya tak nampak ?" Soal Qhaira sambil mengecilkan matanya melihat Khairul.
"Eh takde laa, mana ada saya bebel. Saya menyanyi tadi" nafi Khairul dengan sengihan. Nasib Qhaira tak dengar.
"Iye iye je menyanyi, ntah ntah awak kutuk saya kan ?" Teka Qhaira sambil menyilangkan tangan di dada. "Ehh tak, memandai je kata saya kutuk awak. Takde laa tak baik tau buruk sangka dengan suami ni" nafi Khairul lagi agar tidak diketahui isterinya.
Qhaira memandang tajam. "Eh bag ni je ke nak bawa balik ?" Soal Khairul yang ingin mengubah topik.
"Tak, ada lagi. Awak pikir saya ada 10 tangan ke nak bawak semua turun ke bawah ni" balas Qhaira dengan memerli lalu berjalan ke arah bangunan biliknya.
Khairul hanya tersenyum dengan perangai isterinya ini. Tiba tiba dia nampak kelibat seperti dikenali.
"Tu bukan budak sekolah.." Khairul memandang orang itu tanpa berkelip.
"Macam mana dia boleh study kat sini juga ?" Soal Khairul yang hairan. Matanya masih fokus pada lelaki yang berjalan di bawah bumbung menuju ke kafe.
****
"Oh my god, rindunya bilik ni !" Jeritku setelah beberapa bulan tidak pulang ke rumah.
"Rindu bilik je ? Saya ?" Soal Khairul sambil mengangkat bag masuk ke dalam bilik mereka.
"Tak" balasku ringkas.
Khairul berjalan ke arah isterinya lalu dipeluk dari belakang. Qhaira terkedu, dirinya diam tidak bergerak seakan akan patung.
Dupdapdupdap
Haihh jantung aku ni dah kenapa berdegup laju lain macam ni ! Getus Qhaira yang masih mendiamkan diri apabila dipeluk oleh suaminya.
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...