Pagi yang indah tanpa ada gangguan. Aku bangun daripada perbaringan. "Eh mana laki aku ?" aku mengerling jam dinding yang elok tersangkut di situ.
Pukul 9 dah?! Uishh Qhairaa kau dah cecah rekod untuk bulan ni sebab bangun awal ! Eh ye ke awal ? Ish memandai je awal,kalau awal mesti Khairul ada dalam bilik ni lagi. Tanpa berlengah aku terus ke bilik air.
***
"Hai tuan puteri baru bangun ke ?" soal suara yang dari ruang tamu. "Eh tak la lama dah bangun. Saja taknak turun" balas aku lalu menjeling ke arahnya. Khairul ketawa. Aku buat lawak ke ? Malas nak dilayan dengan mamat otak senget tu aku terus melangkah ke dapur. Aku membuka tudung salji yang berwarna merah di atas meja makan.Nasi goreng kampung ! Nyum nyum.
Baru hendak menhenyak punggung di kerusi tiba tiba Khairul datang bersuara. " Ha makan cepat sikit. Ada benda nak bincang" kata Khairul lalu meneguk air yang dituangnya tadi.
"Bincang apa ?" soal aku sambil mengunyah nasi goreng kampung. "Ada lah. Cepat sikit" balas Khairul lalu terus ke ruang tamu semula. Eh dia ni datang kat dapur nak minum air ke atau nak bagitahu yang tu ? Eh Qhaira apa yang kau merapu ni ?! Biar la kat dia nak datang dapur buat apa. Kenapa sejak sejak ni kau asyik merapu ? Haihh.
Selesai makan aku terus ke ruang tamu. Melihat Khairul yang leka bermain telefon tapi tv biar terbuka je. Ish anak sapa ni ? Aku menhenyak punggung di sofa berhadapan dengan Khairul. Remote tv dicapai. "Ha nak bincang apa ?" soal aku terlebih dahulu sambil mengalih siaran lain.
"Eh bila awak sudah?" soal Khairul yang kelihatan terkejut dengan kemunculan aku. " Tu la main fon lagi. Kalau rumah ni terbakar pun mesti awak tak sedar" sindir aku. Aku yang comey cantik ni boleh dia tak perasan. ! Haihh suami aku nihh.
"Erm ye la. Ha ni saya nak kasitahu ni" kata Khairul sambil meletak Iphone di sebelahnya.
"Ha apa?"
"Ish sabar la "
Aku memutar bebola mata aku. Apa la yang nak dibincangkannya tu. Khairul sudah tersenyum. Eh dah kenapa tetiba senyum seram pula aku tengok. Dah la tinggal kami berdua je dalam rumah ni. Haihh Qhaira jangan fikir bukan bukan nanti terjadi betul !
"Awak ni dah kenapa ? Senyum sorang sorang " soal aku. Gila tak seram silap silap ni bukan laki aku. Oh no ! Jangan kata ada makhluk lain yang menyamar jadi Khairul !
"Kenapa muka awak nampak gelisah?" soal Khairul sambil memgerut dahinya. " Mana ada. Ha awak nak bincang apa ?" soal aku untuk tidak kelihatan gelisah lagi.
"Saya nak tanya. Awak.."
"La tadi awak kata nak bincang. Ni tanya pulak. Yang mana satu awak ni ? " soal aku yang terlebih dahulu memotong percakapannya. Khairul memejam matanya.
"Qhaira. Bagi saya cakap habis dulu boleh? " soal Khairul yang kelihatan lagak tenang. "Oh okey okey. Teruskan" balas aku sambil menayangkan gigiku yang tersusun cantik. Alhamdulillah ciptaan Allah.
" Awak ingat tak ..."
"La. Mula mula awak kata nak bincang. Pastu nak tanya. Pastu sekarang nak suruh saya ingatkan sesuatu. Yang mana satu awak ni?" soal aku yang terlebih dahulu memotong ayat Khairul sekali lagi. Seronok pula usik Khairul macam ni. Rasa nak ketawa terbahak bahak je bila tengok muka Khairul yang tahan kemarahan dan berlagak tunjuk tenang. Macam la aku tak tahu. Sebenarnya Khairul ni pantang kalau ada orang potong percakapan dia. Dari dulu lagi dan aku lah manusia yang palingg suka memotong percakapan Khairul ! Hehehe
Tiba tiba Khairul datang dekat dengan aku. Aku yang rasa bahagia terus rasa gelisah. Ha sudah mati kau Qhaira ! Khairul duduk bersebelahan dengan aku dengan renungan yang tidak dapat ditafsirkan. Gulp.
"Hahaha aku gurau je tadi " ketawa hambar yang mampu. Disebakan rasa gementar campur gelisah sampaikan aku tersasul sebut 'aku'. Haihh isteri apa la kau ni Qhaira oii.
Tiba tiba Khairul ketawa. Ni confirm nak pekena aku la ni ! Taguna punya suami ! Aku mencubit lengan Khairul. Ish geram aku padan muka. Kalau boleh aku nak jer taekwondo kan dia ni ! Haihh.
"Tahu takut. Ha lain bila saya cakap jangan nak memandai potong" kata Khairul sambil memicit hidungku sehingga aku tak dapat nak bernafas. Aku menepis tangannyan. Haihh nak bunuh isteri ke apa dia ni.
"Ye laa. Maaf" kataku sambil memeluk tubuh. Suka usik aku ! Hmph ! Taknak kawan 2 minit ! Merajuk.
"Alolo marah ae. " soal Khairul sambil mencubit pipi gebu aku ni. Haih tadi hidung sekarang pipi. Kesian kau muka sebab jadi lepasan geram si mamat otak senget.
"Ha tadi nak bincang apa ?" soal aku untuk kali ke berapa ntah. "Macam mana nak bincang kalau ada orang tu asyik potong je cakap kita nii" balas Khairul lalu mencubit bibir aku yang muncung akibat merajuk tadi.
"Ermm ermm. Awak ! Sudah la cubit ! Eyy" balas aku sambil mencubit pipi Khairul pula. Ish geram aku. Habis hilang perangai lelaki aku yang asyik orang katakan perangai aku kalah lelaki.
"Ok ok. Saya nak cakap. Saya dapat jadi cikgu praktikal !" Kata Khairul dengan ceria. Serius yang tu ja dia nak cakap ? Yang tu je ?! Masa cakap tadi macam ada benda penting sangat.
"Wah congratulation. " balas aku acuh tak acuh. "Macam tak happy je ?" soal Khairul. "Habis tu saya nak cakap apa ? Awak kata nak bincang. Tapi awak nak bagitahu yang ni je ?" soal aku. Bukan nak marah. Tapi aku pun tak tahu la nak kata macam mana. Haihh Qhaira dah parah kau ni.
"Alaa. Sama je la. Awak taknak tanya sekolah mana ?" soal Khairul yang kelihatan sangat gembira. Pelik.
"Ha ye. Sekolah mana ?" soal aku acuh tak acuh lagi. Sebenarnya malas aku nak ambil tahu. Hahahha
"Rahsia"
Jawapan yang diberi oleh Muhammad Khairul Bin Tahir ni kan. Membuatkan aku rasa nak bagi penampo percumaa jerr.
"Ehh tadi awak suruh tanya. Pastu awak kata rahsia. Apakah? Awak ni betul ke tidak? " soal aku. Eyy kecil besar kecil besar je aku tengok laki aku ni.
"Hahahaha." ketawa Khairul. Ya Allah kau titikkanlah kesabaran aku terhadap suamiku ini. "Dah la saya malas nak cakap dengan awak " aku terus bangun dan beredar dari situ. Tak sempat nak langkah kali kedua. Tangan aku dipegang.
"Sesiap ye. Kita pergi shopping !" arah Khairul sambil senyum menayangkan gigi putihnya itu. "Erm" . Aku terus naik atas untuk bersiap.
Qhaira Qhaira. Awak tunggu la nanti hehehehe. Dalam diam Khairul ketawa jahat.
Agak agak sekolah mana Khairul dapat ?
Tunggu chapter seterusnya ! Keep reading and vote #CikguPraktikalIsMine 😘
YOU ARE READING
Cikgu Praktikal is Mine !
RomanceQhaira Tasneem satu satunya anak kepada pasangan Tajuddin dan Noraini. Dengar saja nama seperti perempuan yang mempunyai sifat lembut tetapi sebaliknya perangainya mengalahkan lelaki. Suka akan aktiviti dan permainan yang lasak. "Muka je handsome ta...