Izzara menuruni tangga rumahnya setelah dia selesai bersiap untuk pergi bekerja. Langkah kakinya dibawa ke dapur untuk menjenguk mamanya yang sibuk menyediakan sarapan pagi buat dirinya.
"Mama, Zara dah cakapkan tak perlulah sediakan sarapan pagi untuk Zara lagi. Zara dah besar, pandai-pandailah Zara masak sendiri ke pergi beli ke." Tegurnya pada Puan Syafina yang masih lagi bertungkus-lumus di dapur.
Puan Syafina tergelak halus mendengar teguran anak daranya yang boleh dikatakan setiap hari dia dengar ayat yang sama.
"Zara ingat mama nak percaya ke kamu masak sendiri tak pun pergi beli sarapan pagi? Zara, kamu tu kalau betul-betul sibuk, sarapan pun kamu sanggup skip tau. Tak adanya, biarkan mama sediakan je sarapan untuk kamu buat sementara ini. Lepas kamu kahwin nanti, barulah kamu dibenarkan sedia sarapan sendiri. Pastikan sarapan, jangan sengaja skip pula. Kasihan suami kamu nanti." Ujar Puan Syafina tanpa memandang wajah anak daranya yang sudah mencebikkan bibirnya.
"Ya Allah, kesitu pula dia. Yang tiba-tiba berkait pasal kahwin ni kenapa? Bukannya ada orang nak dekat Zara pun." Balas Izzara sambil mengambil mangkuk besar untuk mamanya mengisi nasi yang digoreng dengan penuh kasih sayang.
"Mama saja je cakap pasal kahwin. Iyalah, kawan baik kamu, Ikha tu dah selamat jadi isteri orang. Mama menunggu je nak dapat menantu baru."
Berkerut dahi Izzara mendengar ayat yang keluar dari mulut mamanya. "Mama baru dapat menantu tahun lepas, takkanlah nak menantu baru pula tahun ni?"
Kakaknya pun baru sahaja selamat mengadakan majlis aqiqah beberapa bulan yang lepas. Semuanya masih baru, segar dalam ingatan. Takkanlah nak buat majlis lagi?
"Amboi, kamu cakap macam kamu tu muda lagi. Sedarlah sikit Izzara oi yang kamu tu dah 25 tahun. Takkan tak nak kahwin lagi? Nak jadi anak dara tua ke macam mana ni?" Sakat Puan Syafina.
Mangkuk besar yang sudah penuh diisi dengan nasi goreng itu diangkat dan diletakkan ke atas meja makan. Izzara melangkah ke arah rak pinggan untuk mengambil pinggan dan sudu buat mereka sekeluarga. Tidak lupa juga cawan dan piring.
Semua kelengkapan itu disusun kemas diatas meja. Puan Syafina mengambil tempat duduk dihadapan Izzara. Makanan itu masih belum disentuh, menunggu kehadiran Encik Qayril yang masih lagi belum siap.
"Masalahnya sekarang ni mama, tak ada siapa yang nak dekat Izzara. Macam mana Izzara nak kahwin? Kalau boleh kahwin dengan hantu tak apa juga." Izzara cuba membela diri. Dia sebenarnya tak nak kahwin lagi buat masa sekarang ni kerana dia terlalu sibuk dengan tempahan baju yang diambil.
Boleh dikatakan penuh satu fail tempahan baju kahwin yang dia terima dalam bulan ini sahaja. Inilah sebab utama kenapa dia jarang mempunyai masa untuk berjumpa dengan kawan-kawannya sejak dua menjak ini.
"Kamu pasti ke tak ada orang nak dekat kamu? Dah kamu tak cari, macam mana nak ada orang suka kamu."
"Eh, takkanlah Zara kena pergi cari? Nanti jadi perigi cari timbalah pula mama. Tak naklah, daripada cari calon suami, baik Zara berkurung dalam butik, siapkan semua tempahan yang ada. Duit pun dapat." Balas Izzara dalam nada separa bergurau.
Puan Syafina menggelengkan kepalanya, geram dengan perangai Izzara yang suka menjawab. "Ha, sebabtulah kamu tak ada calon suami lagi. Sibuk dengan kerja, suka menjawab. Memang jadi anak dara tualah anak mama sorang ni.'
"Anak dara tua pun, anak dara tualah mama. Zara tak kisah." Jawabnya bersama sengihan bergurau.
Puan Syafina menjegilkan biji matanya. Memang suka menjawab!
Izzara meletuskan tawa halusnya melihat ekspresi yang dibuat oleh mama kesayangannya. Tak pernah tak kelakar!
Tanpa sengaja, matanya tertancap pada sebuah bekas makanan berwarna biru yang elok terletak diatas kaunter dapur rumahnya. Bekas itu siap diletakkan di dalam beg lutsinar lagi.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...