"Ikha, tolong aku ambilkan fail kes yang ada dalam laci meja sana." Pinta salah seorang peguam wanita yang merupakan kawan baik kepada Ikha
Ikha mengangguk. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah laci yang dinyatakan oleh rakannya itu.
Laci tersebut dibuka. Beberapa fail coklat yang bertindih itu diselongkar.
"Fasha, fail kes yang mana?" Ikha menyoal sambil tangannya masih lagi tercari-cari fail kes yang dinyatakan.
"Fail kes yang terbaru. Aku rasa Encik Arif letak fail tu dalam laci tersebut." Rakan sekerja Ikha yang bernama Fasha itu menjawab.
Ikha mengangguk sahaja. Dia menyelongkar kembali laci tersebut dan mencari fail kes terbaru yang Fasha katakan kepadanya sebentar tadi.
Hampir 5 minit dia mencari, akhirnya dia menjumpai fail yang Fasha katakan. Saat fail itu diangkat untuk dikeluarkan daripada laci tersebut, matanya tertancap pada sebuah fail coklat yang sudah pun berhabuk.
Fail yang diminta oleh Fasha sebentar tadi diletakkan ke atas lantai buat seketika sebelum dia mengambil fail yang sudah berhabuk tersebut.
Tanpa berfikir panjang, dia membelek fail tersebut. Terdapat kesemua senarai nama beberapa pelajar yang dibunuh 2 tahun yang lepas, yang dikatakan oleh Izzara tempoh hari.
Matanya terpana. Setiap helaian dibelek dengan penuh teliti. Setiap kali helaian itu diselak, bibirnya dikemam.
Sampai sahaja pada helaian terakhir, ada satu nama yang menarik perhatiannya. Dia tersenyum puas.
Dia bangun dari keadaan duduk mencangkung dan bergerak pergi ke tempat meja peribadi Fasha.
Fail yang diminta oleh gadis itu dihulurkan.
"Kau nak buat apa dengan fail tu?" Ikha menyoal sambil mengambil tempat duduknya yang berada di sebelah Ikha.
"Aku kena backup kes ni. So, aku nak kena siasat lah pula apa sebenarnya yang terjadi." Beritahu Fasha. Tangannya ligat membelek setiap helaian fail tersebut.
Ikha mengjongketkan sebelah keningnya. "Bukan ke kes ni Ilmyra kena backup?"
Fasha tersenyum kecil sambil melepaskan satu tawa halus. "Aku harap do tapi tak. Dia dapat kes lagi besar untuk diuruskan. Untunglah jadi peguam yang disukai ramai."
"Untung apa bendanya. Stres do hari-hari dapat kes. Boleh terputus semua wayar dalam otak aku nanti kalau fikir banyak sangat. Dah lah kes-kes besar ni susah gila nak cari maklumat." Sampuk Ilmyra yang baru sahaja selesai berbahas sebentar tadi.
"Eh kau ada. Macam mana kes tadi? Selesai? Kau menang ke?" Ikha memusingkan kerusi berodanya untuk menghadap Ilmyra yang berdiri diantara dia dan Fasha.
Ilmyra menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Penat daripada berbahas sebentar tadi masih lagi dapat dia rasakan.
Telapak tangannya dibawa ke mulut untuk menutup mulutnya yang ingin menguap.
"Penatnya kau." Tegur Fasha, padahal dia langsung tak pandang ke arah Ilmyra. Telinga lintahnya sahaja yang dapat menangkap bunyi Ikha menguap, walaupun perlahan.
"Yer lah. Aku tidur pukul 3 pagi semalam sebab nak selesaikan kes ni lah." Bebelnya.
Kedua belah tangannya ditongkatkan pada tempat menyandar Fasha sambil matanya melihat setiap sudut meja gadis itu dan Ikha.
"Eh Ikha, dari mana kau dapat fail tu?" Dia bertanya. Bibirnya dijuihkan ke arah fail coklat yang sudah pun berhabuk yang terletak diatas meja kerja Ikha.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romansa{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...