"Inspektor Harith, kita sudah dapat result bedah siasat untuk mayat yang kita jumpai beberapa hari lepas." Maklum Sarjan Zarina sambil menghulurkan fail coklat keputusan bedah siasat itu kepada Harith.
Ariana mengangkat kepalanya saat mendengar perkataan 'bedah siasat.' "Sarjan Zarina, ada apa-apa maklumat fasal darah yang ada pada cermin compact tu?" Soalnya. Dalam banyak-banyak keputusan bedah siasat, dia ingin tahu fasal kesan darah yang tertompok pada cermin itu lagi.
Sarjan Zarina mengangguk sebagai jawapan. "Ada. Dalam fail itu sekali." Balasnya bersama senyuman kecil.
"Oh, terima kasih..." Ucap Ariana.
"Sama-sama... Saya minta diri dulu ya." Pamitnya sebelum beredar daripada bilik mesyuarat yang dia jejaki sebentar tadi.
"Ari, kenapa kau macam beria fasal kesan darah misteri tu sangat?" Soal Daniel kehairanan.
Ariana hanya tersengih sebagai jawapan. Dia mendekati Harith dan mengambil fail coklat yang berada di atas meja lelaki itu.
Lembaran keputusan sesi bedah siasat itu dikeluarkan daripada fail tersebut. Dia mengimbas setiap maklumat yang terpapar pada helaian keputusan tersebut. Matanya tertancap pada satu nama yang sangat dia kenali, yang tertulis di hujung helaian tersebut.
Membulat matanya saat nama itu dibaca.
Qisya Irene Binti Qamarul.
"Niel, Qisya!" Tanpa sengaja dia meninggikan suaranya kerana terkejut.
"Qisya? Why with her? What happened?" Daniel menyoal sambil menghampiri Ariana untuk melihat isi kandungan kertas itu sekali.
"There's her thumbprint on the compact mirror. I think we should go there again. I kinda feel like she's somewhere near there. Alive or dead, I can't confirm." Beritahunya.
Entah mengapa hatinya berasa tidak selesa tiba-tiba. Dia dapat rasakan akan ada berita buruk sesampai sahaja mereka ke sana.
"Alright, go to my car while I ask for ASP's permission first." Arah Daniel.
Ariana menurut. Sepucuk pistol yang dia letakkan diatas meja sebentar tadi diambil semula dan disimpan ke dalam poket baju seragamnya. Langkahnya dilajukan menuruni tangga, menuju ke kereta milik Daniel.
Belum sempat Daniel menjejakkan kaki untuk meninggalkan bilik mesyuarat itu, lengannya dipegang oleh Harith, seperti menyuruhnya berhenti.
"Be careful. It's already 5.00 p.m. Don't risk your life and hers, okay?" Pesan Harith kepada rakan sekerjannya itu.
Daniel mengangguk, memahami pesanan tersebut. Bahunya ditepuk dua kali oleh Harith sebagai tanda memberi semangat sebelum dia meninggalkan bilik mesyuarat itu untuk meminta kebenaran dengan ASP.
...........
Tanpa melengahkan masa, Ariana keluar daripada kereta Daniel sebaik sahaja mereka sampai di kawasan tersebut.
Kawasan itu masih lagi disita dengan pita berwarna kuning dan hitam, menandakan kawasan itu adalah kawasan larangan untuk orang lain masuk kecuali polis.
Ariana dan Daniel melepasi kawasan itu dan menuju ke tempat dimana mereka menjumpai cermin itu sehari yang lepas.
Sampai sahaja disitu, mata Daniel tertancap pula pada beberapa titik darah yang ada diatas rumput tersebut.
"Ari, ada darah." Beritahunya kepada Ariana yang ralit mencari disebalik semak samun.
Ariana menghampiri Daniel apabila namanya dipanggil. Kesan darah itu diperhatikan.
![](https://img.wattpad.com/cover/233564695-288-k55204.jpg)
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...