LJ-21

724 55 1
                                    

Pintu rumah keluarganya dibuka setelah dia mengetuk pintu tersebut. Salam diberikan sebelum dia memboloskan diri ke dalam rumah.

"Eh? Tiba-tiba je balik rumah ni. Demam ke?" Sindir Ivy yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

Haziq mendengus geram. Jelingan tajam diberikan kepada adik tunggalnya itu. "Suka hati abanglah nak balik mana. Ni pun rumah abang juga, kan?" Balasnya tak puas hati.

Ivy tersenyum mengejek. "Nak balik tu tak salah. Yang salahnya, pukul 10 baru nak balik. Sibuk sangat ke dekat pejabat tu?"

Sekali lagi Haziq mendengus. "Ivy tak kerja pejabat, Ivy tak tahu. Boleh tak stop bercakap kejap? Serabutlah."

Ivy diam tidak menjawab. Dia tersenyum kecil sebelum membuat haluan untuk masuk ke dapur.

"Mama, abang balik sini." Beritahunya kepada Datin Dahlia yang sedang mengadun kek. Katanya nak buat kek red velvet, kegemaran Ivy.

Datin Dahlia mengangkat kepalanya untuk memandang Ivy yang masuk ke dapur. "Lah, tak bagitahu awal-awal. Nasib mama tak letak lauk dalam peti lagi."

Ivy mengangkat bahunya sebagai respons. Dia membuat haluan ke ruang keluarga untuk menonton televisyen.

Dia bukannya tak nak bantu mamanya tapi dia tahu sangat mamanya tu tak suka dibantu, lebih-lebih lagi kalau buat kek. Nanti dia akan cakap, "kek tu bukan air tangan mama dahlah kalau ada orang bantu."

Nampak? Ya, mamanya unik sikit.

Haziq masuk ke dapur setelah dia selesai menukar pakaian dan meletakkan segala barangannya ke dalam bilik tidurnya.

"Mama sibuk ke? Boleh tak kalau Haziq nak cakap sesuatu." Haziq menyapa dari sisi.

Datin Dahlia menggelengkan kepalanya sebagai jawapan. "Tak adalah sibuk sangat. Cakaplah apa yang kamu nak cakap." Balasnya bersama senyuman.

"Mama, Ivy jadi saksi untuk kes apa sebenarnya? Haziq tak tahu apa-apa pun." Soalnya penuh naif.

Datin Dahlia tergelak kecil mendengar soalan Haziq. "Biar betul kamu tak tahu apa-apa? Kamu langsung tak tanya ke adik kamu tu?"

Haziq menggeleng kepalanya. Betul-betul tak tahu apa sebenarnya yang terjadi.

"Ivy jadi saksi untuk kes pembunuhan menteri tu. Ivy yang buat laporan polisnya. Abang ni tak up-to-date lah. Kes tu dah dekat 3 minggu dah berlalu. " Balas Ivy berserta komen.

Dia sebenarnya dari tadi lagi pasang telinga mendengar perbualan mamanya dengan abangnya dari ruang keluarga. Tak jauh pun ruang keluarga dengan dapur.

Lagi memudahkan dirinya apabila Haziq dan mamanya cakap kuat gila, satu-satu benda dia boleh dengar dengan jelas.

Membulat mata Haziq mendengar jawapan Ivy. "Ivy witnessed kes pembunuhan yang besar macam tu?"

Ivy mengangguk. "Apa nak terkejut sangatnya? Dah pembunuhan tu berlaku depan mata Ivy, nak buat macam mana. Bukannya Ivy nak pun."

Datin Dahlia menggeleng kepala mendengar soalan Haziq. "Yang kamu tak ikut perkembangan semasa ni kenapa? Busy sangat dekat pejabat ke? Ariana tak bagitahu kamu ke fasal kes ni?"

Tersentak Haziq seketika ketika mendengar nama Ariana. "Tak, dia cakap benda ni rahsia. Kalau Haziq nak tahu, Haziq kena tanya Ivy sendiri tapi Haziq tak ada masa nak cakap dengan Ivy haritu, tu yang tak ikut perkembangan semasa sangat." Balas Haziq. Kepalanya ditundukkan ke bawah.

Rasa bersalah mula menghurungi hatinya. Dia bukannya bersalah kerana tak tahu apa-apa tentang adiknya tapi dia berasa bersalah dengan apa yang dia balas pada Ariana petang tadi.

HS 2: Love Journey [C]Where stories live. Discover now