Kunci kereta yang digantung di sebelah pintu masuk biliknya digapai. Dia mengambil jaket kulit hitamnya sebelum turun ke tingkat bawah.
Hiasan dalaman rumahnya diperhati. Rekaan dalaman rumahnya sangatlah cantik dengan menekankan ciri keringkasan dan moden. Hampir kesemua perabot dalam rumahnya berwarna putih dan kelabu.
Sangat cantik dan anggun. Walaupun dia seorang lelaki, dia masih pentingkan perincian rumah yang selesa di matanya. Rekaan luaran dan dalaman rumah ini direka dengan sendiri mengikut citarasanya.
Beberapa bulan selepas dia mendapat kerja, dia terus mereka rumahnya. Separuh daripada kos untuk membina rumah itu adalah daripada papanya. Seribu kali dia menolak, seribu kali itu juga papanya memujuk untuk membayar.
Pada mulanya, Dato' Isyraf mahu membayar penuh rumah anak lelaki tunggalnya itu. Termasuklah bayaran ansuran sekali tetapi ditolak mentah-mentah oleh Haziq.
Selepas beratus kali berbincang fasal rumah persendiriannya itu, akhirnya dia bersetuju untuk papanya membayar separuh daripada jumlah keseluruhan rumah itu.
Nak kurangkan lagi, papanya dah tak bagi. Terpaksalah dia menurut.
Kontraktor untuk buat rumah itu pun adalah kontraktor syarikat papanya. Macam ditaja penuh oleh syarikat Dato' Isyraf pun ada. Alahai, anak kesayangan papanya sungguh.
Haziq menutup dan mengunci pintu utama rumahnya. Dia menghampiri keretanya dan membuka pintu.
Enjin kereta dihidupkan sebelum dipandu keluar dari perkarangan rumah.
Hari ni, adik tunggalnya, Ivy Hazel akan pulang ke bumi Malaysia untuk cuti semester selama beberapa bulan.
Seperti yang telah diceritakan di bab sebelum ini, adiknya berminat dalam bidang kedoktoran dan meneruskan pengajian kedoktorannya di Oxford University, United Kingdom dengan bantuan biasiswa kerajaan yang berjumlah hampir sejuta ringgit Malaysia.
Sebenarnya adik perempuannya itu berminat untuk belajar di Harvard University, United States of America tetapi kerajaan tidak menyediakan biasiswa untuk universiti itu pada tahun tersebut.
Memang ada rasa kecewa dalam hati Ivy tapi nak buat macam mana bukan rezeki dia. Nak tanggung pembiayaan universiti dengan sendiri pun keluarganya tidak mampu. Betul, keluarganya kaya tetapi kos pengajian dalam bidang kedoktoran tersangatlah mahal. Kosnya dianggarkan berjumlah 300k ringgit untuk satu semester.
Tak mampulah nak menanggung dengan jumlah tersebut selama 6-7 semester. Mahu bankrup keluarganya nanti.
Terpaksalah reda. Belajar di Oxford University pun masih seronok. Tak ada bezanya pun.
Haziq tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kereta kesayangannya diparkirkan di tempat khas untuk pengunjung lapangan terbang tersebut.
Dia turun dari kenderaannya dan masuk ke dalam lapangan terbang itu melalui pintu utama.
Smartphone yang disimpan dalam poket jaketnya dikeluarkan apabila perantinya itu berdering minta diangkat.
Ikon hijau digesek ke kanan untuk menjawab panggilan itu.
"Abang, where are you?" Tanpa salam, Ivy terus menerjah.
Haziq mencebik bibir geram. Dah tak pandai bagi salam ke apa budak bertuah seorang ni lepas berbulan duduk dekat United Kingdom.
"Salam mana salam? Tahulah belajar dekat UK tapi takkanlah salam pun dah tak reti nak beri?" Sindir Haziq sinis.
Ivy pula yang mencebikkan bibir merah merekahnya. Patutnya bila dia balik ke bumi Malaysia semula, dapatlah abangnya sapa dia baik-baik. Ini apa yang dia dapat mula-mula adalah sindiran. Mana tak geram.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...