"Kev, mana Qisha?"
"Huh? Kenapa inspektor tanya? Dia ada je kan dalam kereta tu?" Kevin menyoal separa hairan. Tak dapat menangkap mengapa Ariana tiba-tiba mengajunya soalan yang rasa tersangat senang untuk dijawab.
Ariana menepuk dahinya perlahan. "Dia tak ada dalam kereta tulah sebabnya saya tanya awak." Balasnya separa rela.
Membulat mata Kevin saat mendengar penyataan Ariana. "Dia tak ada?" Soalnya terkejut.
Ariana menggeleng kepalanya sebagai jawapan. "Awak tak tahu ke dia pergi mana?"
Kali ini, Kevin pula yang menggeleng kepalanya. Dahinya sudah basah dibasahi peluh kerana risau tentang kemungkinan yang akan berlaku terhadap Qisha.
"Okay, awak bertenang dulu. Cuba hubungi dia, mungkin dia pergi jalan-jalan sekitar ni je?" Ariana cuba sepenuh hatinya untuk bertenang dan berfikiran terbuka.
Kevin mengangguk ragu-ragu. Smartphone-nya dibawa keluar daripada poket seluar slacknya dan dia mula mencari nama Qisha. Setelah memastikan nombor yang dia tekan itu milik Qisha, panggilan disambungkan.
Beberapa deringan berbunyi sebelum panggilan itu dimatikan dengan sendirinya. Panggilan kali kedua dibuat dan apa yang dia dapat hanyalah benda yang sama.
"Tak angkat?" Ariana menyoal setelah mendengar keluhan yang keluar daripada mulut Kevin.
"Mungkin phone dia tak ada bateri kot? Tak apa, awak uruskan dulu mayat ni. Saya minta tolong pegawai lain untuk cari Detektif Qisha. Tolong jangan risaukan fasal dia sangat ya? Dia detektif, dia boleh jaga diri." Pesan Ariana sebelum dia keluar daripada rumah suspek itu untuk mencari pegawai lain yang mengawal dan mengarahkan mereka untuk mencari Detektif Qisha di kawasan sekitar.
Setelah arahan diberikan, Ariana bergerak ke arah kereta Qisha yang elok terletak di hadapan rumah suspek. Gadis itu mula melakukan pemeriksaan ke atas kereta yang dipandu oleh Qisha.
Laci dashboard dikobek. Sepucuk pistol dijumpai beserta beberapa butir peluru. Dahinya berkerut saat matanya tertancap pada objek berwarna silver yang terlekup diatas alas kaki tempat penumpang.
Objek itu diambil. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati objek berwarna silver itu adalah telefon milik Qisha. Nama Kevin yang terpapar pada skrin telefon gadis itu diperhati sekilas. Telefon itu disimpan ke dalam beg plastik berzip dan disimpannya ke dalam poket jaket kulitnya.
"Kemana Qisha pergi kalau dia tak bawa phone eh?" Monolognya.
Telefon yang sudah disimpan dalam beg plastik berzip itu diperhatikan sekali lagi. "Jangan cakap-"
"Ari! Termenung apa tu? Dari tadi lagi aku tengok kau tenung je pokok depan tu. Kau fikir apa?" Sergah Izzara sambil meletakkan pinggan kacanya yang sudah penuh dengan isi.
Ariana tersentak sedikit dengan sergahan Izzara yang tak dijangka. "Boleh tak tegur elok-elok? Nasib aku tak ada sakit jantung tau." Marahnya perlahan.
Izzara meletuskan tawa kecilnya. "Aku dah bagi salam tau. Kau je yang termenung jauh sangat sampai tak dengar salam aku." Balas gadis itu tidak mahu kalah.
"Bagitahu akulah, kau termenung apa? Nampak macam mendalam sangat kau termenung tu." Izzara cuba memujuk Ariana untuk memberitahunya walaupun sedikit tentang apa yang dia fikirkan.
"Tak ada apa-apalah. Aku terfikirkan pasal-"
"Pasal kerja?" Haziq memotong percakapan Ariana.
Perlahan Ariana mengangguk, menyetujui apa yang dikatakan oleh Haziq.
"Masa wedding kawan baik kau pun, kau nak fikirkan fasal kerja juga ke?" Haziq menyoal sarkastik.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...