LJ-28

555 56 0
                                    

"Good morning, is Mr. Haidar in his office right now?" Penuh mesra Izzara menyapa penjaga kaunter pertanyaan pejabat yang Aryan Haidar bekerja.

"Morning, did you mean Mr. Aryan?"

"Oh yeah, Mr. Aryan. I'm sorry, I didn't know he asked his employees to call him by his first name." Dengan janggal Izzara memperbetulkan nama panggilan Aryan Haidar.

"It's fine, Miss. May I know why do you want to meet him? Do you have any appointment with him?" Penuh berhemah dan sopan gadis yang menjaga kaunter pertanyaan itu menyoal Izzara.

Izzara menggaru pipinya sambil tersengih janggal. Dia tak buat apa-apa temu janji pun nak jumpa dengan Haidar ni. Sibuk sangat ke lelaki tu sehinggakan nak jumpa dia pun kena buat temu janji bagai?

"Ah, no. I didn't make any appointment with him. I have something important to give him. Is he busy, though?" 

"I don't really know about his schedule but do you want me to call him and ask whether he is free or not?" 

"Yes, please." Balas Izzara bersama satu senyuman manis menghiasi wajahnya.

"May I know your name, Miss?" 

"Just tell him a girl named Izzara wanted to meet him. I think he will know." Ujarnya penuh ringkas.

Seraya mendapat jawapan daripada gadis bertudung maroon di hadapannya, gadis yang menjaga kaunter pertanyaan itu segera membuat panggilan kepada Aryan Haidar.

Selepas beberapa deringan, panggilan itu bersambung. 

Mereka menukar ayat buat beberapa kali sebelum panggilan dimatikan. 

"He is kinda free right now. You may meet him. Take the second lift and go to level 5. Once you reached there, turn right and go straight until you find a row of personal office. His room number is 250, on your left." Terang gadis penjaga kaunter itu dengan ringkas dan padat.

Izzara menganggukkan kepalanya, tanda dia faham akan penerangan gadis itu. "Thank you so much." Badannya ditundukkan sedikit sebelum dia meninggalkan kaunter pertanyaan itu dan berlalu ke arah lif untuk naik ke tingkat 5 seperti yang diberitahu oleh gadis tadi.

Butang tingkat 5 ditekan setelah dia memasuki lif tersebut. Sampai sahaja di tingkat 5, dia belok ke kanan mengikut penerangan yang diberi. Lima minit dia berjalan ke hadapan tanpa belok kiri atau kanan, dia menjumpai sebaris kawasan di mana terdapat banyak pejabat peribadi yang dipisahkan dengan pintu kaca.

Izzara mengambil nafas terlebih dahulu sebelum dia melangkah melalui kesemua pejabat tersebut untuk mencari pejabat peribadi Haidar. Bekal makanan yang ada dalam tangannya dipegang erat. 

Tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup laju saat dia hampir tiba di hadapan bilik Haidar.

Langkah kakinya berhenti betul-betul di hadapan bilik lelaki itu. Belum sempat tangannya naik untuk mengetuk pintu kaca itu, dia terperasan figura seorang gadis yang duduk bersilang kaki diatas sofa berhadapan dengan meja kerja milik Haidar.

Haidar nampak seperti tidak mempedulikan kelibat gadis itu. Dia nampak lebih fokus pada kertas kerja yang ada di hadapan matanya. 

Sekali lagi, niatnya ingin mengetuk pintu tidak berhasil kerana dia agak tergamam dengan tingkah laku gadis yang duduk diatas sofa itu. Dia seperti tengah bercakap tentang sesuatu namun diabaikan oleh Haidar.

Mungkin kerana dia bengang diabaikan, dia bangun dari duduknya dan merapati meja kerja Haidar, berdiri di hadapan lelaki itu sambil bercekak pinggang. Seperti masih lagi tidak dipedulikan oleh lelaki di hadapannya itu, dia mula bertindak agak diluar jangkaan.

HS 2: Love Journey [C]Where stories live. Discover now