LJ-33

538 48 6
                                    

Seminggu kemudian,

Seminggu telah berlalu sejak Ariana memberi cabaran untuk Haziq menawan hatinya. Selama seminggu itu, Ariana langsung tidak mendapat khabar berita daripada lelaki itu.

Tiada satu pun mesej dia bertanya khabar, ingin berjumpa dan sebagainya. Lelaki itu diibaratkan hilang dari radar. Terserempak dengan dia dalam minggu itu pun tidak.

Seperti lelaki itu cuba untuk mengelak daripada berjumpa dengan Ariana atau memang Allah tak takdirkan untuk mereka berjumpa pada minggu tersebut.

Tak, Ariana tak kisah pun bila Haziq tak berjumpa dengan dia.

Dia tak risau.

Tak rasa hairan.

Dan tak rindu.

Rasanyalah...

Selama seminggu itu pun Ariana sibuk dengan kertas siasatannya yang tidak lagi selesai. Termasuk siasatan tentang kes pembunuhan Qisya Irene Binti Qamarul.

Jam sudah pun berginjak pada pukul 6.00 petang dan dia masih lagi tidak berginjak daripada kerusi yang didudukinya. Kawasan pejabat itu sudah pun hampir kosong kerana ramai rakan sekerjanya yang sudah pulang ke rumah.

Tapi, perasaan takut ditinggalkan berseorangan dalam pejabat itu langsung tidak pernah terdetik dalam dirinya. Mungkin banyak cerita paranormal yang berlaku dalam pejabat itu tapi satu cerita pun dia tidak pernah ambil peduli.

Jika ada makhluk paranormal yang ingin mengganggunya ketika dia tengah membuat kerja, dipersilakan. Selagi ada ayat suci Al-Quran di dalam dadanya, selagi itu dia tidak akan takut pada makhluk Allah yang berasal daripada alam lain itu.

Bunyi ketukan pintu mengganggu fokus Ariana pada kertas siasatan yang dia tengah siapkan. Kepalanya diangkat untuk melihat siapakah gerangan yang mengetuk pintu tersebut.

Harith.

"Masuk." Panggil Ariana.

Harith masuk ke dalam bilik peribadi Ariana bersama sekeping sampul surat berwarna coklat dalam tangannya.

"Ari, saya nak awak cek apa yang tak kena pada gambar-gambar yang ada dalam sampul surat ni. Kemudian, awak tulis laporan berdasarkan gambar-gambar tersebut. Awak hantar laporan tu kepada saya pada esok pagi." Arahnya.

Sampul surat berwarna coklat itu bertukar tangan.

Ariana mengangguk, menerima arahan. "Baiklah."

Dengan itu, Harith terus menghilangkan diri daripada bilik Ariana.

Kertas siasat yang Ariana ingin siapkan sebentar tadi segera ditolak ketepi.

Sampul surat berwarna coklat itu dibuka. Beberapa keping gambar dikeluarkan daripada sampul surat tersebut.

Gambar-gambar mangsa pembunuhan. Tapi, dia tidak pasti gambar tersebut dari mana dan bila gambar tersebut diambil.

20 keping gambar itu disusun diatas mejanya selepas dia siap menutup kertas siasatannya sebentar tadi.

Sekali pandang, dia sudah dapat rasa ada benda yang tak kena pada gambar-gambar tersebut. Seperti ada satu persamaan antara gambar-gambar itu namun dia tidak dapat pastikan lagi apakah benda yang sama itu.

Dua keping gambar yang dia rasa paling baru antara 20 keping gambar itu diambil. Kedua gambar itu dipegang dalam kedua belah tangannya. Gambar itu dibandingkan.

"Tempat pembunuhan, 100% lain." Gumamnya.

Matanya mengimbas lagi pada gambar tersebut.

"Seorang dijerat, seorang lagi dipukul. Masih lagi lain." Monolognya pada diri sendiri.

HS 2: Love Journey [C]Where stories live. Discover now