LJ-31

627 42 2
                                    

"Eh, balik sini lagi?" Tegur Ivy kepada abangnya, Izz Irshad Haziq yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.

Itulah kerja budak tu setiap masa, mengganggu abangnya. Tak padan dengan dah besar. 

Haziq memberi adiknya jelingan menyampah. "Lantak abanglah nak balik sini bila-bila. Bukannya menyusahkan adik pun kan?" Penuh menyampah dia membalas.

"Menyusahkan oranglah. Nanti orang kena masak lebih." Gumamnya, hampir tak dapat didengari oleh Haziq tapi sayangnya pendengaran lelaki itu masih lagi tajam.

Haziq tersenyum sinis mendengar komen adiknya. "Bukannya adik yang masak pun kan?" Sebelah keningnya dijongketkan, mencabar kesabaran Ivy Hazel.

Ivy menggigit bibirnya, kegeraman. "Eh selama abang tak balik rumah, Ivy yang masak okay!" Ujarnya mempertahankan diri sendiri.

"Ivy yang masak ke Ivy yang tolong masak?" 

"Ivy yang masaklah!" Hampir terpekik Ivy menjawab soalan sinis abangnya itu.

"Ya Allah yang kamu berdua bergaduh dekat depan pintu tu kenapa. Tak malu ke kalau jiran nampak adik beradik yang dah tua, dah layak kahwin masih lagi bergaduh dekat depan pintu? Macam anjing dengan kucinglah kamu berdua ni." Sampuk Datin Dahlia sambil menggelengkan kepalanya, tak percaya anak teruna dengan anak daranya itu masih lagi bergaduh walaupun dah besar.

"Ivy ni mama... Dia tak bagi abang balik sini. Dia cakap menyusahkan dia sebab kena masak untuk abang sekali. Betul ke selama ni dia masak mama?" Adu Haziq kepada mamanya. Sempat lagi dia melirikkan matanya ke arah adiknya yang dari tadi lagi tenungnya macam nak tembus.

"Betullah apa yang adik kamu tu cakap. Memang selama ni dia yang ambil alih tugas memasak. Baguslah daripada asyik terbongkang depan TV layan Netflix." Jawab Datin Dahlia.

Hampir melopong mulut Haziq mendengar jawapan yang keluar daripada mulut mamanya. Ingatkan Ivy tu sengaja je nak memperbesarkan cerita, rupa-rupanya apa yang dia cakap tu betul.

Melihat reaksi Haziq yang terkedu dengan jawapan Datin Dahlia, Ivy tersenyum kemenangan. Apabila matanya bertembung dengan Haziq semula, lidahnya sengaja dijelirkan dan dia segera berlalu dari situ, senyuman kemenangan masih lagi terlakar dibibirnya. 

Haziq mendengus geram. 

"Abaikanlah adik kamu tu. Nanti malam ni biar mama yang masak, biarkan dia tak complain. Kamu pergilah masuk bilik dulu. Mandi, solat lepas tu turun bawah untuk makan malam, okay?" Ujar Datin Dahlia kepada anak terunanya. 

Haziq menganggukkan kepalanya. Dia berjalan mendekati mamanya terlebih dahulu untuk mencium tangan orang tuanya sebelum dia menghilangkan diri ke dalam biliknya untuk mandi dan solat Maghrib.

............

Selesai sahaja mereka empat sekeluarga menjamu selera, mereka mula berpecah, menyambung mana-mana kerja yang tertangguh. Datin Dahlia dan Ivy masih lagi di dapur untuk mengemas dan membasuh pinggan, membantu bibik di rumah itu manakala Haziq mula meninggalkan dapur untuk masuk ke biliknya semula.

"Haziq, mari sini sekejap." Mendengar namanya dipanggil, langkah Haziq terus terhenti. 

Dia memusingkan badannya untuk menghadap papanya, Dato' Isyraf yang duduk bersenang di ruang tamu sambil menonton televisyen.

"Ada apa papa?" Soal Haziq sambil mendekati papanya. 

Dia mengambil tempat duduk di sofa yang lain, bersebelahan dengan papanya. 

Dato' Isyraf memandang anak terunanya itu seketika sebelum membuka mulut. "Haziq tahu kan papa nak berhenti kerja dah tahun ni?" Soal Dato' Isyraf meminta kepastian sama ada anak terunanya yang seorang itu tahu atau tidak akan hajatnya untuk berhenti kerja.

HS 2: Love Journey [C]Where stories live. Discover now