Tangan kirinya yang kosong, tidak memegang apa-apa menolak pintu kaca restoran itu. Matanya mencari kelibat rakan karibnya yang telah berjanji untuk berjumpa disitu.
Saat matanya menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang kemas berpakaian pejabat, dia merapati lelaki itu.
Salam diberikan dan duduk di sebelahnya. Mereka berdua berjabat tangan terlebih dahulu sebelum melanjutkan perbualan.
"How's your design? Do you have any other things to add?" Arish menyoal sambil matanya ralit menatap komputer riba di depan mata.
Apa lagi kalau bukan siapkan kerjanya yang terakhir.
Haziq mengangguk. "It's all good now. I'll send it to our contractor and we'll see the upcoming result in the future." Balas lelaki itu.
Bahagia rasanya diri bila dapati satu tugasan besarnya telah selesai. Dia masih tak faham kenapa dia buat semua benda tu sedangkan dia boleh sahaja menyuruh anak buahnya.
Entahlah, mungkin dia terlalu berminat. Oh kejap, terlalu berminat itu macam menipu je. Mungkinlah dia nak tunjukkan kebolehan dirinya dalam bidang perniagaan.
To make things clear, Haziq dan Arish masing-masing bekerja dalam jenis syarikat yang lebih kurang sama. Syarikat mereka berdua adalah syarikat yang mengusahakan bangunan untuk dijual.
Selalunya mereka membina bangunan versi pencakar langit dan juga pangsapuri moden. Sudah semestinya kesemua benda yang mereka buat memakan kos berpuluh-puluh juta hingga kadang-kadang hampir mencecah billion ringgit.
Tak hairanlah jika bangunan yang mereka bina itu mahal. Terkadang mereka itu akan bergabung dengan beberapa syarikat untuk membina sebuah bangunan.
Seperti sekarang, syarikat milik keluarga Haziq, Atiny Holdings bergabung dengan syarikat milik keluarga Ariana– yang sekarang ini dipegang oleh Arish iaitu I & E Holdings.
Projek mereka mencecah RM 50 juta kerana mereka membina bangunan itu di United Kingdom. Satu masa nanti, mereka pasti sibuk untuk pergi ke sana dan ulang-alik dari Malaysia.
Kalaulah ada jet peribadi. Hanya perkataan kalau yang boleh letak disini. Nak beli jet peribadi? Mungkin keluarga mereka kaya tapi tak adalah sampai billionaire yang mampu beli jet peribadi mewah sendiri.
Lagipun membazir je nak beli semua benda tu. Lebih baik mereka gunakannya untuk sesuatu yang lebih berfaedah. Tambah cawangan pejabat mereka pun tak apa dah.
Arish mengetuk meja dengan perlahan bagi mengambil perhatian Haziq yang sibuk termenung. Entah apa yang dilamunnya pun Arish tak tahu.
"Kau rasa siap ke projek tu?" Arish membuka mulut terlebih dahulu.
"In Shaa Allah. Kita kena percayakan kontraktor kita." Ujar Haziq bersama senyuman untuk menyakinkan sahabat yang berada disisinya kini.
Dia teringat kembali satu memori yang agak kelakar baginya. Memori dimana dia nyaris-nyaris sahaja membenci Arish sepenuh jiwa raganya kerana cemburu melihat lelaki itu rapat dengan Ariana. Dengan satu alasan yang tak munasabah, dia cemburu melihat Ariana rapat dengan Arish sedangkan gadis itu menolak mentah-mentah pertolongannya.
Tak sangka pula Arish tu abang– abang angkat kepada Ariana. Patutlah rapat semacam. Tatkala dia tahu kisah sebenar, sumpah dia rasa macam nak tumbuk je diri sendiri. Padahal dia boleh sahaja cari maklumat gadis itu.
Too dumb to even think.
Arish mengeluh berat. "Kau ni termenung lagi." Tegur lelaki itu mendatar. Dia langsung tak pandang sahabatnya disebelah kerana sibuk dengan kerjanya.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...