Jam tangan yang dililit pada tangan kanannya dikerling sekilas. Jarum jam sudah berginjak pukul 2.30 petang. Sekejap lagi, dalam pukul 2.50 petang dia kena makan tengah hari bersama rakan-rakan sekolah menengahnya.
Segala lakaran yang baru disiapkan beberapa minit lalu segera disimpan ke dalam fail. Fail itu disusun dan disimpan ke dalam rak buku yang ada dalam bilik kerjanya.
Beg tangannya yang terletak diatas meja kerjanya diambil. Bilik kerjanya diperhatikan buat kali terakhir supaya yakin tiada barang yang tertinggal.
Suis pendingin hawa dan lampu kemudiannya ditutup. Pintu bilik kerjanya dikunci. Dia mendekati kaunter pembayaran yang ada dalam butik bajunya.
"Rania, saya nak keluar makan tengah hari sekejap. Awak jaga butik, ya?" Pintanya kepada Rania iaitu salah seorang pekerja di butiknya.
"Baiklah, cik. Nanti jika ada apa-apa saya telefon cik." Penuh sopan santun Rania menghormati pemilik butik yang dia bekerja sekarang ini.
Aishy Izzara mengangguk sahaja. Dia berjalan mendekati pintu utama butik baju yang diusahakan dengan sendirinya tanpa bantuan dari sesiapa. Tak ada sesiapa yang bantu termasuklah ahli keluarganya.
Aisha Izzati sememangnya berkeras nak membantu adik kesayangannya itu mengusahakan butik tapi mengenangkan perangai Izzara seorang tu jenis keras kepala sama seperti Ariana, dia terpaksa membiarkan adiknya usaha sendiri.
Segala kos untuk menubuhkan butik ini adalah dari duit tabungannya. Duit tabungannya itu langsung tidak digunakan ketika dia belajar di universiti kerana kedua ibu bapanya tak habis-habis memberinya wang bulanan. Benar, duit dia tidak pernah menurun malah makin bertambah.
Sampai beratus ribu yang tersimpan dalam bank. Cukup untuk dia menyewa sebuah rumah kedai 3 pintu dan membeli segala jenis barang yang dia perlukan untuk membuka butik.
Butik ini diberi nama sebagai Aishy's Boutique. Tak adalah unik mana nama butik dia tu. Dia tak menggunakan nama belakangnya kerana baginya nama itu tersangatlah kosong dan ramai yang telah menggunakan nama tersebut.
Pertama kali butik kecilnya itu dibuka, tak ramai yang mengunjungi. Pakaian yang direka dalam butik dia 100% hasil lakaran dan lukisan gadis itu. Semuanya dijahit dengan sendiri dan material kain dipilih dengan sangat teliti.
Disebabkan pakaian itu dia hasilkan dengan sendiri, pastinya kuantiti pakaian itu sangatlah terhad. Terkadang, ada 2 3 pasang pakaian yang direkanya hanya ada sehelai.
Ironinya, pakaian di butiknya tidaklah begitu mahal walaupun ianya adalah terhad. Baginya, dia tak mahu membebankan orang yang berminat dengan rekaannya.
Tak mahulah sehelai dua baju yang nampak agak kosong tapi rekaan unik itu dikenakan dengan harga melebihi RM300. Terlalu mahal bagi dirinya. Dia juga ingin orang yang kurang berada dapat memakai pakaian rekaannya.
Selain daripada jualan baju yang telah siap dijahit, dia juga mengambil tempahan rekaan costume-made dari pelanggannya. Selalunya dia akan menyuruh pelanggannya itu memberi tahu bajet bagi baju yang hendak ditempah mereka.
Dia tidak suka jika dia yang kena letak harga. Jika terlalu mahal, kasihan pula pada pelanggannya.
Perwatakan friendly dia menyenangkan ramai orang sehinggakan kedai butik dia kini menjadi tumpuan orang.
Hari demi hari banyak tempahan yang masuk dan ada juga beberapa orang yang masuk ke butik untuk membeli pakaian yang telah siap direka dan dijahit seperti baju kurung, jubah, blouse, long skirt, palazzo dan bermacam jenis lagi.
Tempahan baju pengantin pun dia ambil!
Minatnya dalam seni reka bentuk fesyen bermula ketika dia berumur 18 tahun. Itu pun secara tiba-tiba. Ketika itu, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum permohonan ke universiti mengikut bidang yang diminati, ditutup. Dia ambil masa sangat lama untuk menyedari yang dia sebenarnya minat dalam seni reka bentuk fesyen.

YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romansa{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...